Rupa Paras Jaminan Bahagia?
Bila manusia mahu menjadi Tuhan, Segala apa yang tidak disukai dijatuhkan hukuman. Rupa paras bukankah satu kurnia? Mengubahnya dengan sengaja bukankah mengundang dosa? Bila melihatkan orang menilai manusia lain dengan bangsa, agama --- seringkali terfikir, apakah dalam hidup mereka, mereka sendiri tidak pernah dinilai sedemikian rupa. Adakah dengan membezakan setiap orang dan mengganggap mereka semua adalah jahat, itu menjadikan hidup anda lebih baik? Entahlah. Padahal benda begini sudah dipupuk sejak dari kecil. Kita diajar melayan setiap orang sama rata, tidak mengira siapa pun mereka. Apa latar belakang mereka dan sebagainya. Adakah kalau kita sakit dan pergi ke pusat perubatan yang di mana pengamal perubatannya tidak sama bangsa dan agama dengan kita, kita akan dihalau pergi begitu sahaja? Sesuatu untuk difikirkan barangkali. Begitu juga dengan orang yang melihat warna kulit, saiz tubuh badan dengan pandangan hina dan mengagungkan warna...