Cintailah Aku. Cintai Diri Sendiri.
Salam.
Salam sejahtera.
Jadi, sempena minggu penghargaan ini, kami semua diminta untuk menulis sesuatu tentang penghargaan. Ya, penghargaan terbesar dan terpenting pada aku adalah nilai kesyukuran dengan apa yang dilalui setakat ini. Dapat bangun setiap pagi sudah dikira nikmat terbesar yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Maka, penghargaan pertama - ALHAMDULILLAH, terima kasih Ya Allah atas pinjaman nikmat yang belum pernah gagal sejak azali.
[Sumber gambar] - Sudah 9 bulan bersama, kalau mengandung, mesti aku tengah nak meneran dalam bilik bersalin ni. Eh. |
01 - Terima kasih pada Abah dan Emak
Mereka yang tidak pernah suka aku menulis.Abah dan Emak anggap menulis adalah satu bentuk pembaziran masa dan tiada faedah. Oh, mereka hanya tahu aku sudah ada satu buku, tetapi mereka tidak pernah mahu endah dan ambil tahu. Jadi, aku seperti biasanya, hanya tenggelam dalam dunia sendiri, menulis agar satu hari nanti, mereka akan sedar dan buka mata. Apa pun, terima kasih pada Abah dan Emak - tanpa kalian berdua, aku mungkin tidak akan wujud di dunia.
Oh, ini termasuk juga adik beradik.
02 - Terima kasih pada keluarga.
Lahir dalam keluarga yang besar (sungguh besar) dan mempunyai rangkaian sosial yang luas, mereka menyebarkan cerita tentang apa yang aku tulis dan juga aku sudah punya buku (#KitabTerfaktab). Ada baik dan buruknya. Baiknya aku diperli-perli mana royalti, buruknya, aku cuma mampu senyum dan tahan diri. Ah, terima kasih juga pada mereka. Kalau tidak disebabkan terpaksa melalui pelbagai pengalaman sedemikian rupa, aku masih lagi anak kecil yang tiada makna.
03 - Terima kasih skuad Terfaktab.
Lamaran bekerja sebagai sebahagian daripada keluarga ini, buatkan aku rasa bangga. Terima kasih pada Aqram yang menghulurkan peluang ini. Bukan calang-calang lelaki Aqram ini - buatkan aku berkalih menulis di ruang yang baru dan bermula dari bawah (walaupun aku ternyata masih yang paling bawah).
Q : Kau ni penulis Terfaktab ke?
A : Ya.
Q : Siapa? Tak kenal pun.
A : Tak kenal pun takpe.
Q : Aku cuma kenal si polan, si polan, si polan, si polan .....
A : Aku cuma biasa-biasa.
Q : Mesti tulisan kau tak best.
A : Mungkinlah.
Pada kawan-kawan lain dalam Terfaktab : gadis-gadis cantik dan jejaka-jejaka kacak - kalian antara manusia hebat yang aku jumpa atas dunia. Sumpah aku akan ingat sampai bila-bila pertolongan kalian bila aku ditimpa musibah. Terfaktab pada aku adalah bagaikan sebuah keluarga. Keluarga yang banyak mengajar aku tentang erti hidup atas dunia.
Oh ya, tidak lupa kepada geng Sarkasis, Lejen Press, Kontrol Histeria dan sesiapa lagi yang bersama ibarat Komrad.
04 - Terima kasih kepada pembaca.
Tanpa pembaca, ya, kamu semua, siapalah aku, siapalah tulisan aku dan mungkin juga siapalah kami di Terfaktab ini. Dengan sokongan padu kalian, kami mampu menghasilkan sesuatu yang baik dan ya, mungkin juga bermanfaat demi kebaikan kita semua. Kalau ada pembaca yang datang ke sini daripada Dunia Sebelah Zara, teruskan menyokong Terfaktab juga kerana Terfaktab adalah sebahagian daripada hidup aku juga. Penyumbang kepada kelangsungan hidup penulis marhaen yang ketagih kafein ini.
05 - Terima kasih kepada pembenci.
Terima kasih kerana masih terus membaca dan mencaci serta memaki.
Moga anda hidup dalam keadaan baik-baik sahaja.
06 - Terima kasih bekas kekasih.
Kalau tak pernah menjalani kenangan terbaik dan pengajaran terhebat selama satu tahun setengah dengan awak dulu ( 8 Mac 2006 hingga 18 Ogos 2007) - mungkin saya tidak mampu memberikan yang terbaik kepada dunia sekarang ini. Pembelajaran yang menarik dan buat saya mampu ketawa bila ingat dunia yang cantik pernah suram dan disimbah kembali dengan warna.
07 - Terima kasih kawan, teman dan sahabat.
Buat kawan-kawan : Terima kasih tidak terhingga.
Buat teman-teman : Terima kasih sudi menemani dalam perjalanan hidup ini.
Buat sahabat-sahabat : Ucapan terima kasih tidak mampu untuk membalas segala apa yang kalian berikan pada aku dalam menjalani kehidupan ini. Terjatuh, bangun, jatuh, dan bangkit, bingkas berlari demi menikmati senyuman yang tidak ingin sirna lagi.
08 - Terima kasih kekasih hati kini.
"Saya nak hidup dengan awak bukan untuk sebulan, setahun sahaja. Kalau boleh saya nak hidup dengan awak lama. Mungkin tak lama mana, 5 hingga 6 dekad pun dah memadai asalkan kita bersama hingga akhirnya"
Er, awak. Terima kasih.
(Tiba-tiba)
[Sumber gambar] - Cintailah aku, cintailah diri sendiri. |
Jadi, sebelum berpisah, terima kasih sekali lagi.
Cintailah aku,cintailah diri sendiri.
Itu ucapan yang kalian patut ucapkan sebagai penghargaan pada diri setiap hari.
Lord Zara : Disebabkan perbezaan, maka kita dapat lihat dunia dengan lebih indah. :)
Ulasan
nice word..dan kamu jugk peberet penulis eyka...terima kasih :)
dapat mne bebear 2? comeyy ahh! keh keh keh :P
kbai :P
Ha, kan aku dah komen. Cis!
Regards,
-Strider-
hee, you one of my favourite. thank you. :)