Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel arsenal power

Awek-awek kaki bola dan jenis-jenisnya.

Imej
Ketika penulisan ini ditaip, kedatangan Euro 2012 sedekat saja lagi. Wakaf Che Yeh dan Padang Besaq telah dipersiapkan dengan memorabilia Euro tiruan dan baju cap lima ringgit. Mamak-mamak sudah hampir siap renovasi kedai mereka dan memasang layar besar sekurang-kurangnya dua buah kiri kanan. Dan para lelaki pula bersedia untuk menggunakan hikmat jutsu merampas remote Astro daripada gegadis yang mungkin ingin menonton   K-drama dan Mentor.   LOL! Oh ya, cakap fasal gegadis, kita kupas isu penting mengenai awek-awek peminat bola. Ya bola as in bola sfera berdiameter 22cm dan berpetak-petak selang warna putih, bola apa kau fikir ni saitonnn ! Saya jamin tentu ramai pemuda peminat tegar bola yang menginginkan awek peminat bola berada di sebelah mereka semasa menyorak gol kemenangan. Jangan tipu—masakan tidak ramai yang turn-on melihat gadis ber-T Harimau Malaya saiz S ye tak? Tapi apakah mereka ini true fan, atau hanyalah poseur berbaju bundle lima ringgit? Mari kita binc...

Janda/Duda

Pernah bercinta dengan janda atau duda? Tak pernah? Amboi, tak fun nyaaa.. Kali ni gua cuma nak cakap pasal anggapan kita tentang golongan janda/duda ni. Kebanyakkan dari kita kompem akan lagi banyak pikir negatif dari positif pasal diaorang. Macamlah diaorang tu semua spesies hantu. Gua merasakan orang yang selalu berfikiran buruk pasal golongan janda/duda ni adalah orang yang sampai mati pun akan lihat sesuatu benda tu dari sisi hitam, jelik, hodoh, buruk, berdosa, jahat. Cuba pikir secara logik, ada tak orang yang mempunyai impian untuk menjadi duda atau janda? Mesti takde kan, kalau ada jugak gua tak tahu nak cakap apa. Kamon, siapalah yang nak jadi janda/duda ye dak? Lagipun apa bezanya janda/duda dengan kita yang single atau tak kahwin lagi ni? Kalau putus percintaan itu ditakrifkan janda/duda maka kita semua yang pernah putus cinta ni juga tergolong dalam kategori janda/duda. Yang bezanya cuma mereka putus cinta selepas perkahwinan, kita pula putus cinta sebelum per...

Cinta The Flash

Lu orang tahu pasal The Flash tak? Alaa, superhero yang pakai kostum merah yang lari kemain laju tapi tak pernah kena speed trap tu? Kalau tak tahu, mungkin lu orang tergolong orang yang takde tivi kat rumah atau golongan yang sibuk sembang MLM kat kedai mamak. Tahu tak ada orang yang jatuh cinta serupa The Flash ni? Apa orang kabor, cinta kilat? Kemain laju lagi dia jatuh cinta, kemain pantas lagi dia tangkap perasaan, kemain lincah lagi dia dah menyimpan harapan. Amboi, pesen tak menyempat nak jatuh cinta. Kebanyakan orang pesen camni baru kenal sebulan dua seseorang tu dah jatuh cinta. Pesen mudah mengikut drama tivi. Dalam drama tivi tu memang la tak sampai 15 minit dia dah jatuh cinta, kot nak samakan dengan waktu sebenar, berapa tahun pulak dia punya drama. Tu tak masuk lagi dengan iklan serupa cilake lagi ye dak? Gua kasi contoh sikit, ada sorang makwe ni baru kenal sorang lelaki. Lelaki ni budak sekelas kawan dia. Baru melepak sekali dua dah jatuh cinta. Tak salah nak jatuh ...