Awek-awek kaki bola dan jenis-jenisnya.
Ketika penulisan ini ditaip, kedatangan Euro 2012 sedekat saja
lagi. Wakaf Che Yeh dan Padang Besaq telah dipersiapkan dengan memorabilia Euro
tiruan dan baju cap lima ringgit. Mamak-mamak sudah hampir siap renovasi kedai
mereka dan memasang layar besar sekurang-kurangnya dua buah kiri kanan. Dan
para lelaki pula bersedia untuk menggunakan hikmat jutsu merampas remote Astro
daripada gegadis yang mungkin ingin menonton
K-drama dan Mentor. LOL!
Oh ya, cakap fasal gegadis, kita kupas isu
penting mengenai awek-awek peminat bola. Ya bola as in bola sfera berdiameter 22cm dan berpetak-petak selang warna
putih, bola apa kau fikir ni saitonnn!
Saya jamin tentu ramai pemuda peminat tegar bola yang menginginkan awek peminat
bola berada di sebelah mereka semasa menyorak gol kemenangan. Jangan tipu—masakan
tidak ramai yang turn-on melihat gadis ber-T Harimau Malaya saiz S ye tak? Tapi
apakah mereka ini true fan, atau hanyalah poseur berbaju bundle lima ringgit?
Mari kita bincangkan di sini...
EMPAT
TAHAP AWEK BOLA
TAHAP
1: “Bola? Natang apa tu bang?”
Normal bagi hampir 90% wanita di dunia, tidak
meminati bola atau tahu-menahu mengenai bola selain bola ayam, bola ikan dan
bola sotong. Namun ada sesetengahnya bukan saja tidak minat bola, malah
mengatakan siaran bola secara langsung di TV adalah pemusnah peluang beliau
menonton Desperate Housewives di malam hari. Beliau juga tidak faham apa itu
penalty, offsaid, malah perkataan gelecek pun beliau ingatkan maksudnya kentang
lenyek. Tanda-tanda awal ialah menuduh anda curang setiap kali anda keluar melepak
di mamak, menarik muka setiap kali mata anda melirik ke skor bola di kaca TV
dan dada surat khabar, serta mengatakan bahawa jersi yang anda pakai ketika
dating adalah huduh.
Komen sebenar. Nama terpaksa dirahsiakan. |
Awek-ability: sesuai untuk para pemuda yang kurang minat bola atau tidak minat
langsung. Kalau anda peminat bola tegar, mohon jauhi unless anda mampu bahagia
dengan duduk rumah layan Kpop sambil menolak godaan rakan-rakan menyorak team
EPL anda di mamak.
TAHAP
2: Kaki pancing poseur
Jika anda bertanya kepada mereka “Kenapa anda
minat Christiano Ronaldo?” jawapan yang dikeluarkan adalah “hensem gileee awww
amagaddd” dan bukan statistik gol beliau semasa mewakili Portugal, MU mahupun
Madrid. Ya, itulah gadis peminat bola tahap awalan. Namun begitu terdapat pula
mereka yang menghafal sedikit-sebanyak fakta bola untuk menarik perhatian
lelaki. Sumber mereka adalah encik Google dan bahagian paling belakang surat
khabar. Ya, lelaki memang mudah dimengorati—pakai jersi team kegemaran sikit,
claim #ultras sikit, luah sikit komentar fasal game semalam—lelaki boleh
sangkut. Namun begitu lelaki yang sedikit bijak dapat membau usaha separuh
masak ini dengan mengumpannya dengan trivia bola. Cara mengeja nama Shweinsteiger contohnya.
"Mafla? tak matching la dengan baju putih ai..". |
TAHAP
3: Pasangan dua sejoli “Aku ada kerana kau ada”
Awek tahap tiga asalnya meminati bola kerana
galakkan pakwe. Tetapi lama-kelamaan terinzal pula melihat gelecekan kaki
pasukan Samba, lalu membuka ruang mindanya yang selama ini diisi nama mekap dan
designer kasut untuk nama-nama kelab ternama Copa Libertadores, La Liga mahupun
J-League (siapa minat J-league di sini? Maskotnya comel banget). Awek jenis ini
boleh menghafal nama-nama kelab dan pemain ternama, tapi dari tarikh tertentu
saja (contohnya fakta bola sejak 2009, kerana time tu baru kapel). Namun begitu
semangat bolanya membara dari hari ke hari, dan tidak mustahil untuk mereka
bersesak-sesak-sesakan bersama anda masuk ke stadium sambil membawa banner yang
dilukis sendiri. Anda nak lukis sendiri, tulisan anda macam cakar harimau.
kahkah!
Sekali dia jerit gol, banner ke mana, bendera ke mana. |
TAHAP
4: Pengulas Sukan Tanpa Gaji aka, Dewi Bola
Kalau awek yang minat kerana pakwe saya
letakkan di tahap 3, awek yang minat sejak kecil (terutama didikan keluarga)
saya letak di tahap 4. Kerana minat terhadap bola mereka adalah agak lama,
mereka mempunyai pemahaman yang tinggi terhadap bola. Mereka dapat menghafal
fakta-fakta dari zaman Serbegeth Singh masih bermisai hero Hindustan dan belum
menggunakan nama manja Shebby, sehinggalah zaman pencarian Ramli ke Manchester
United. Mereka juga setia meminati pasukan yang sama sejak bertahun-tahun,
walaupun pasukan itu kemarau juara seperti England, sebab “sejak dijaman Gary
Lineker lagi saya sudah minat itu England, kalau tak kerana tangan bedebah Maradona, memang ada can pegang World Cup tu tahu tak.”
Awek-ability: Jadi member boleh, jadi awek pun boleh. Seronok
melayan mereka berborak bola sambil bertukar pendapat. Berjam-jam boleh gelak
ketawa sampai lima enam gelas teh habis dihidang. Lagi-lagi kalau diajak
menonton bola (mungkin dia yang beriya ajak), dia bawa banner dan habis bercat
muka sambil buat chant sendiri, memang true Ultras di situ.
Eh pleaselah. Setakat piala buruk tu dua kali kami pegang taw. hikhik! |
Tapi...ada dua hal yang menjadi warning. Sebab
ketinggian ilmu bolanya, ada kala dia bongkak sedikit. Amboi kalau fakta dia
dibidas, mulalah dia menghentam sana sini. Sebab dia “true fans, engkau tu
siapa”. Amboi. Kang bawak si puaka Sokerleaks mengeteh sekali, terkedu engkau.
Satu lagi, kalau dia team bertentangan dengan
korang. Dia Chelsea, anda Arsenal. Sekali de Blues menang, dia menganjing
sekor-sekor pemain Gunners sampai anda rasa nak rampas dan karate dua BB milik beliau. Tapi bila team
anda menang dan anda bersorak dan menganjing team dia—amboi lazernya dia marah
anda balik. Memaki anda seolah-olah anda baru ditangkap berselingkuh dengan
bini orang. Jadi bila jumpa orang macam ni...er...baik buat kawan
Facebook je la. Seronok post taunts ke
wall diorang setiap kali game. Terisi jugak hidup yang kosong ni bila troll makhluk cepat emo.
Nak letak gambar fans Chelsea di sini, tapi mereka agak cun dan seksi. Jadi kita letak gambar pakar fisio wanitanya saja. boleh? |
So, tu je lah, ada 4 jenis setakat ni. Ingat
Ultras sekalian, pilihlah pasangan yang selaras dengan minat bola anda—kalau
anda level 2 jangan mengada pilih level 4. Tak sekufu nanti. Dan bagi gegadis
yang tengah baca dan tersentap punggung tu, lek lek lu. Tak semestinya anda
kena pikap majalah four four two dan
baca sampai lenjan—kalau anda bukan peminat bola, cukuplah anda memahami minat
yang tersayang dan merelakan beliau bermalam bersama madu anda sekali skala.
Ya, ane hemsem dekat mamak tepi jalan berlayar besar itulah madu anda nanti. Huahuahua!
p.p.s Oh ya, thanks to google for the Euro chick pics, and @incikweasel for
factual/opinion inputs. Yeah!
Ulasan
p/s : x tersentap langsung :P
,engko nak lagi? kakakaka
bukan pempuan...tapi lelaki hahah
rare
ahh man...lupa C di situ.dah double check dah semalam. haha
gua nasihatkan jgn tertipu.
pompuan dan bola ada lah bagaikan dua garis yg selari.
jgn tertipu.
tapi ape citer lelaki2 yang minat bola, tapiii...main bola tak jugak..erk!
**act, minat team yg warna biru.. sbb suka warna biru...haha...boleh gitu :P