26 Jun 2012

Tahap Tahap Rabak.


Kali ini saya nak bercerita guna bahasa melayu. Jarang jarang ini terjadi. Maafkan kalau bahasa Melayu saya kurang sempurna, saya cuba ok – saya cuba. Untuk kali ni je. Entri lain nanti saya guna bahasa Indonesia balik.

Oh, tapi sebelum saya mula saya nak introduce-kan satu benda. Kalau anda pembaca Twitter, mungkin anda dah tau kalau di negara tetangga, rabak itu dipanggil 'galau'. Dan ya, saya adalah satu di antara banyaknya perempuan dalam dunia yang sering terpuruk dalam dunia galau saya sendiri – dan ya sudah tentu ini dikarenakan sesuatu yang bernama cinta (baca: masa lalu).


***


Rabak ni sebenarnya dia ada banyak tahap. Bertingkat tingkat. Saya dah buat satu piramid biar lebih senang nak explain.


Semakin ke bawah piramid rabak, semakin bahaya kondisi hati seseorang manusia.


Rabak Tahap Satu

Simptom: Biasanya jenis yang suka jalan jalan sendiri, earphone pasang lagu lagu sedih (lagu OST Ombak Rindu, misalnya) ambil ‘feel’ macam watak utama yang teraniaya dalam filem/drama love story yang ada sad ending.

Rabak yang paling basic. Biasanya suka termenung sendiri, kadang kadang takda alasan pun tapi memang suka nak termenung. Takda boyfriend, takda girlfriend, tak gaduh tapi memang suka melankoli tak tentu arah. Benda benda remeh pun dia nak emo tak tentu pasal (contoh: hari ni hujan ke tak, kalau tak hujan, saya ambil keputusan untuk sedih sepanjang hari)


Rabak Tahap Dua

Simptom: Biasanya dalam dilema. Suka tapi malu. Selalu up status facebook dengan lirik lagu/ video lagu. Atau mungkin update “nowplaying” dekat twitter dengan harapan orang yang dia suka notice lirik lagu tu sebenarnya untuk dia. Suka ambil inspirasi quotes cinta dari tumblr, atau dari status status fanpage terfaktab untuk menyatakan cinta tapi guna taktik un-mention – biar tak nampak desperate sangat - yes, no?

Rabak tahap dua ni untuk orang orang yang dalam diam suka, tapi malu nak confess. Belum berani katanya, dengan alasan: “Dia terlalu baik lah, saya tak layak untuk dia.” Biasa berlaku dalam awal perkenalan, zaman zaman baru nak start cari pasangan.


Rabak Tahap Tiga

Simptom: Biasanya orang yang percaya kesempatan itu boleh datang banyak kali. Rata rata orang orang ini kalangan drama queen/king. Yang tiap 5 minit ganti ganti status facebook/twitter/BBM apa apa lah medium lain. Kejap cakap “mulai hari ni, saya akan lupakan anda, titik!” selang 10 minit “Damn, tak boleh lupa. Truth is, I miss you :’(”

Moving on, rabak tahap tiga. Haa, ni dah naik sikit level dia. Ini biasanya untuk orang orang yang dah putus. Tapi bila pergi mana mana, masih suka sebut sebut nama atau apa apa yang bersangkutan ex. Cakap dah putus, dah tak nak lagi dekat dia, dia banyak salah bla bla bla tapi lepas tu boleh sambung balik.

Rabak tahap tiga ni boleh juga di-refer untuk kes lain, yang mula mula ragu, lepas tu tak percaya, lepas tu percaya balik, lepas tu kena bohong, tak percaya. Frekuensi rabak tahap tiga ni rata rata dari kes golongan orang yang menjalani Long Distance Relationship (LDR).


Rabak Tahap Empat

Simptom: Biasanya orang orang ini suka pergi bangunan yang tinggi tinggi. Suka berpakaian hitam, sebab hidup dirasakan terlalu gelap. Suka conteng dinding dengan cutter untuk bilang betapa rabaknya dia. Bunyi status “Huh, takda orang pun yang sayang saya. Lebih baik saya mati saja”

Ini rabak yang paling bahaya. Dah kritikal, dah kronik. Tingkat rabak yang memungkinkan seseorang itu dapat tekanan jiwa, sampai nak gantung diri. Orang orang yang dalam tahap ni, saya nasihatkan baiklah anda ni pergi tulis puisi ke, tulis cerpen ke, makan ke, buat lagu ke. Mana tau boleh jadi next Adele. Kan positif tu? Tak pun last resort, anda pergi mandi – letak shampoo banyak banyak sikit dekat kepala tu, biar segar sikit, rambut wangi kepala pun boleh jalan straight. Ok?


PS: Buat saya, galau itu yang berkuasa menghidupkan sebuah kedewasaan. Efek galau mungkin berawal dari hal hal yang negatif - tapi pada akhirnya rata rata karena galau jugalah, karya karya positif dapat dihasilkan. Salam dari pencinta galau. 


17 ulasan:

cicak papan berkata...

terbaik..rasanya dah tahu dah saya berada dekat tahap mana..huhuhu~

amira_hasrori berkata...

rabak tahap tiga nak pergi ke peringkat empat. GOD, please help me.

muhsin.aminudin berkata...

rabak mata aku hari ni. rabak2

The PinPin berkata...

Aku agak aku rabak tiga ni. Dem!

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah berkata...

haha... aku macam rabak normal2 ja..

Qla Sdek berkata...

Pernah merasa rabak tahap ketiga. Oh demm

Tanpa Nama berkata...

galau pun diguna di borneo.

e4ezzati berkata...

peringkat ke 3. tapi simptom lansung tak kena ! haha

Syaz Shuhaimi berkata...

Rabak ketiga campur rabak dua.haha.

ixxara_says berkata...

Number three! Haha!

I bet siapa yang baca I punya twitter mesti nampak kejap2 I memaki dia, kejap-kejap tweet jiwang rindu.

ஜ miss klanika ஜ berkata...

aku rabak pesen satu ,dua jam je. ada timing tersendiri.

Ayyza May berkata...

alamak aku dah dua bulan rabak keempat. bye nak pergi mati. haha

moots berkata...

gua rabak no 1.

steady je.

ZAR berkata...

rabak,parok,parok.

Mustaphashobri berkata...

terbaaaik. ;)

fatin qurratuaini berkata...

rabak aku tahap tiga suku empat.

SyahidahSyasha berkata...

rabak tahap 1 tahap dua. hahhahhaha k