Jumaat, Jun 15

Selamat Tinggal Dan Moga Berjumpa Lagi,Awek Chuck Taylor.

Setelah empat hari aku ghaib dari dunia internet dan berita, aku kembali mengumpul kekuatan untuk menulis tulisan ini. Rasanya aku dah cukup kuat untuk aku menulis, dan empat hari tidak mengadap PC - bagi seorang Nami adalah perkara yang janggal dibuat. Rumah aku dahlah takde TV, takde apa-apa maklumat yang aku terima sepanjang empat hari aku berhiatus ni. Aku hanya mengurungkan diri dan melayan perasaan hiba.

Entah ya, sebenarnya tak sangka aku berkenalan dengan kau selama lapan tahun. Bermula di food court underground Lot 10 - gadis muka muncung yang suka gigit straw dan main ais - pertemuan kita pada awalnya tidak menyenangkan. Aku kenal kau dari kawan kau satu pusat tuisyen yang bernama Kasturi di KL. Pada awal perkenalan kita, kau aku anggap sebagai gadis sombong yang bajet cun (walaupun aku akui, kau memang cun).

Pada awal perkenalan kita yang tak menyenangkan tu, aku dah berpunya tapi aku tak pasti apakah aku mencintainya atau tak. Mungkin kerana desperado masa tu takut tak berpunya lagi. Awek aku masa tu gila kongkong sampai aku nak keluar dengan adik perempuan gua pun dia cakap bukan-bukan, dia ingat gua ni layan sumbang mahram agaknya. Pada perkenalan kita yang tak menyenangkan tu, seperti Zidane memberi assist kepada Raul untuk menjaringkan gol, kawan kau merangkap classmate tuisyen aku memberi nombor telefon kau. Entah apa edan aku pada malam itu aku kacau kau, main misscall-misscall sampai kau menghantar SMS "don't you have balls to call me?"

Saat itu umpama Planck Epoch Atom yang meletup menjadi supernova menjadi galaksi - hubungan antara kita terbentuk. Saat itu, aku bergegas berlari ke kedai topup dan terus menelefon kau. Dari situ, mungkin, cinta kita berputik.

Hari pertama kita bertemu berdua, kali ini kau tidak muncung itik seperti kali pertama kita bertemu ketika kawan-kawan kita ada. Kita bertemu di kedai buku, mungkin tempat dating yang paling hipster ketika itu, tatkala kebanyakan manusia memilih untuk berdating di panggung wayang atau McDonalds. Kau cari buku dan kau bebel macam-macam perkara. Kau mencari buku revolusi Poland Solidarnosc dan juga buku Sudoku. Kemudian kau tersenyum dengan aku. Aku perhatikan kau. Kau suka main rambut kau. Kau suka main gelang tangan kau dan bila kau minum, kau suka gigit straw dan kacau ais. Segalanya aku rakam dengan mata dan ingatan aku walaupun tidak HD (sebab aku rabun).

Entah macam mana, awek aku call. Kantol yang aku telah berpunya. Aku tak faham kenapa kau agak pissed off pada petang tu. Mungkin aku ini terlalu low expectation untuk jadi pacaran kau, aku hanya keluar untuk teman kau beli buku. Tapi oleh kerana nada suara serta mata aku yang meliar ketika berbual dengan awek aku, kau detect yang aku sebenarnya tidak mencintainya. Kau memang bagus dalam hal ni. Cukup detail pandangan kau. Sungguh Vorsprung Durch Technik.

Cerita kita, makin lama makin melebar, entah bagaimana boleh jadi cinta. Selebihnya kita berpisah kerana kerjaya ayah kau dan entah bagaimana, cinta kita terputus. Kemudian ada lagi sambungan dengan arwah adik kau dan selebihnya kau dan aku dah tahu, kan?

Lima tahun Sherina Ellyana telah pergi, selama lima tahun itulah kau menyalahkan kematian adikmu. Lima tahun juga kau telah menangis dan menderita, dalam masa sama, kau sendiri tak sedar kau sedang menyeksa hidup kau. Kau tak sedar yang Elly tidak mahu kau terus menderita. Kemudian, cintaku bersilih ganti, tapi walaupun selepas aku kau ada boyfriend, tapi kita tak pernah berputus hubungan. Entah, kadang-kadang kekasih kita pun tidak menjaga kita seperti antara kita berdua. Mungkin sebab itu hubungan kau dengan kekasih-kekasih kau yang lain putus, dan mungkin aku juga alami yang sama.

Kita telah saling jaga menjaga antara satu sama lain walaupun tidak berpacaran. Kau sungguh jauh, tapi kau masih ingin tahu tentang hidup aku. Aku masih ingat tatkala aku baru dihalau rumah, aku tiada wang, kau membantu aku dari jauh untuk meneruskan hidup. Aku masih ingat tatkala aku mula-mula mahu menulis, kau orang pertama yang membaca karya aku. Kau yang memberi semangat untuk aku untuk terus menulis.

Dan bila Erica hadir, aku sangkakan seperti yang lama dulu, kau akan keruhkan hubungan. Kali ini aku silap. Kau bukan sahaja menjaga aku, kau juga menjaga Erica. Kau sungguh tidak pentingkan diri sehinggakan hari kau terlantar di hospital pun kau nak tahu tentang Erica dan aku. Sungguh kau tak pentingkan diri. Kenapa kau tak fikirkan diri kau dulu? Tahukah kau yang kami berdua di sini sangat risau dengan kau? Setiap hari aku berharap kau akan cepat sembuh, kau tahu tak?

Aku tahu, ketika buku Awek Chuck Taylor di pasaran - kau memerhatikan tweet orang ramai. "Aku rasa aku ni macam Mira Awek Chuck Taylor" "I think I fall in love with Mira" dan kata-kata yang kau sendiri sebenarnya tidak suka. Kau - seperti yang aku selalu kenal - tidak suka kepada perhatian. Biar aku lafazkan kata-kata ini; "no one could ever be Awek Chuck Taylor like you". Ini lafaz aku. Hanya kau seorang sahaja.

Sejak 16 Ogos 2005 tarikh kita berpisah dari hubungan cinta - aku tak pernah lafazkan tiga perkataan ini, mungkin kau sendiri akan kata yang aku ini cliche, tapi aku ingin lafazkan, aku cintakan kau. I love you. Selama lapan tahun ini aku bernafas dalam ego dan memalsukan perasaan aku dengan kau. Aku tahu tanpa kau, aku tidak menjadi penulis novel, dan aku tak menjadi penulis blog juga. Kau adalah follower pertama Twitter aku. Kau adalah friends pertama Facebook aku. Kau adalah follower blog Teh Tarik Gelas Besar aku. Bahkan title "Teh Tarik Gelas Besar" pun datang dari peristiwa kita - semasa aku tertumpahkan teh tarik ke baju kawan kau.

Kini kau telah tiada. Bila aku murung dan tiada tempat nak mengadu, kau akan muncul. Kau sendiri gelarkan diri kau "fairy godmother" aku. Aku lebih banyak mengadu dengan kau berbanding dengan orang lain. Kadang-kadang aku rasa Erica pun lebih banyak mengadu dengan kau berbanding dengan aku sendiri. Kau tau betapa pentingnya kau terhadap kami berdua. Ini aku akui, dan aku masih ingat saat Erica dapat tahu kau ada penyakit kanser.

Kau pergi jua akhirnya. Dan aku dan Erica terpaksa merelakan kau pergi. Biarkanlah kesakitan itu pergi. Asalkan kau dapat mengecapi erti yang kau ingini. Kau kembali dan bertemu dengan adikmu Elly. Aku harap kau janganlah tangisi pemergian dia lagi, kerana kini kau telah bersamanya. Kini, giliran kami pula yang akan terus mengenangkan kau.

Wahai gadis suka kacau ais dan gigit straw, wahai gadis yang suka membebel tentang hal falsafah, wahai gadis yang suka main skate, wahai gadis yang sentiasa kuat dan tabah, kau akan sentiasa di hati aku. Kau akan sentiasa di hati Erica. Bak kata kau dalam surat terakhirmu, "Thank you Nami for make me immortal in your novel".

Selamat tinggal, adios la amor. Semoga kita bertemu lagi suatu hari nanti. Aku tak akan lupakan kau. Selamanya, Ezreen Emira.


32 ulasan:

ஜ miss klanika ஜ berkata...

arwah Ezreen Emira sulaiman rite ? be safe up there .i keep reading ACT again and again. cant believe it, she has gone . and it's true Nami , "no one could ever be Awek Chuck Taylor like her.and it will always her . just her".

al fatihah ~

Mimy Marizd berkata...

al-fatihah~

Azizah Alwi berkata...

Al-Fatihah.
Moga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya.
Eventhough aku tak baca lagi novel Awek Chuck Taylor tu tapi aku faham betapa pentingnya Ezreen Pada kau dan Erica.Apa-Apa pun moga kau terus tabah Nami.

Iman Aman berkata...

"Aku tahu tanpa kau, aku tidak menjadi penulis novel, dan aku tak menjadi penulis blog juga. Kau adalah follower pertama Twitter aku. Kau adalah friends pertama Facebook aku. Kau adalah follower blog Teh Tarik Gelas Besar aku. Bahkan title "Teh Tarik Gelas Besar" pun datang dari peristiwa kita - semasa aku tertumpahkan teh tarik ke baju kawan kau."

lejen cinta online. epik.

farhanieza berkata...

this is epic. T.T

Kc Kasedah berkata...

Al-Fatihah.

Epik Nami. maafkan aku kerna baru, aku baru saja tahu siapa Awek Chuck Taylor yg sebenarnya. walaupun orang lain dah gilakan novel kau, aku masih dgn ego aku tak ambil tahu pasal novel dan kisah cinta kau ni.

Moga kau dan Erica boleh merelakan pemergian dia.

Ida Firdausi berkata...

sedih.. even aku tak kenal Ezreen dan kau.. tapi aku dapat rasa yang kau sayang sangat-sangat kat dia..

Al-Fatihah.
Moga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman hendaknya.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

al-fatihah....

AsyieqiN Rkey berkata...

al-fatihah...

semoga awek chuck taylor tenang kat sane....=)

Una berkata...

tak kenal. tapi menangis baca entry ni. ada honestynya. sobs3

EZAN IDMA berkata...

alfatihah . kita akan jumpa dia nanti k? :)

♡ a.y.u ♡ berkata...

tetiba airmata aku mengalir...sungguh kuat ikatan kalian.... disini aku perlu berkata pada diriku juga jgn terlalu ego dengan perasaan...

alfatihah untuk beliau...

Tanpa Nama berkata...

the true Celtic fan.
aku mmg respect dia.

al fatihah untuk dia.

Aiman berkata...

She is one in a Million.
Al- Fatihah

AlexiaAqram berkata...

bertabah dan teruskan kumpul kekuatan diri. jangan buat mistake, dan jadikan satu kematian sebagai new born perkara lain. aku cuma sediakan pentas, dipersilakan utk kau beraksi sebaiknya di atas pentas.

takziah.

Xana Razak berkata...

it's ok to weep for your loss...

may the memories give you and erica strength...

tira berkata...

I'm sorry fo your lost nami, erica. Maaf kerana aku tak percaya pada mulanya cerita awek chuck taylor adalah cerita benar. Takziah. Moga dia dan elly ditempatkan di kalangan org yg beriman. Amin.

Sofia Vy Nin berkata...

Turut belasungkawa.

Meski sulit, moga kalian tabah menjalaninya.

Al-Fatihah.

Hakim berkata...

Entah mengapa aku rasa cerita ini amat dekat dengan aku.

Bertabahlah dan kuatkan diri.
Salam Takziah.

Ariesya Nadhira Roslane berkata...

Cerita betul ke ni? :(

jamilah19 berkata...

a pure relationship, that is treasured forever :'

Adziim berkata...

Al-Fatihah for both of them.

Aku doakan kebahagiaan kau dan Erica.

Eera Shera berkata...

tak penah baca lg awek chuck taylor. sedih. dpt rasakan betapa ikhlas syg nami dkt arwah. moga dia tenang kat sana amin

liyana nabilah berkata...

al fatihah.

Rokiah Wandah berkata...

semoga ketemu lagi di Jannah . Kembalilah dengan tenang !

Mohd Akmal Adli berkata...

Nami, aku baru semalam habis baca buku kau. 1 novel tuh aku baca satu malam je. bila aku baca, aku dalam dunia aku sendiri. aku imagined how your story goes along. aku kusyuk ngan novel kau dari pukul 9 lebih sampai pukul 4 pagi baru aku tido. mmg power dan padu novel kau. buat Mira, dan Nana, Al-Fatihah.

QimiQimon berkata...

Al Fatihah kpd arwah Ellyana & Emira..kau hebat nami, kau kuat! \m/

Billet Doux. berkata...

Awek Chuck Taylor. 1 malam aq x tido baca novel ni sbb terasa ingin tau tu kuat dan seakan dekat dengan jiwa remaja dengan perkataan agak kasar yang digunakan. AL FATIHAH.

Capix Mohd berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Capix Mohd berkata...

BRO NAMI, THIS IS THE MOST BEST ARTICLE AND NOVEL I EVER READ IN THIS WORLD! SERIOUSLY NOVEL NI DAH BUKAK MATA AKU TERHADAP DUNIA NI. AND IM REALLY SORRY FOR MIRA AND NANA. BE STRONG BRO. AL-FATIHAH UNTUK MEREKA BERDUA. AKU HARAP SANGAT SANGAT SATU HARI NANTI AKU DAPAT JUMPA KAU BRO. SERIOUSLY YOU ARE MY IDOL!

karten berkata...

Bro..ak seriusly respect kat kau..bkn senang nak trima yg org kita syg dah pergi..bkn 1 tp 2..kau mmg seorang yg tabah.. ak respect kau.. alfatihah utk mereka berdua..

Fadhila Ismail berkata...

baru tau ini kisah benar.