Rabak. Pedih jugak lah.
Orang pernah cakap, kalau suka kat seseorang, jangan suka sangat sangat. Sukalah dalam 40% ke, 60% ke, janganlah sampai 100%. Simpan suka yang selebihnya tu untuk diri sendiri. Bak kata orang, suka kat diri sendiri dulu sebelum nak suka kat orang lain. Hek eleh. Cakap senang lah tapi kalau dah nak tersuka sangat nak buat cemane kan? Kau boleh control ke? Nak pendam sikit sikit tu boleh la. Nak control tu rasanya nak kena menuntut ilmu dulu. Sempena minggu rabak ni, aku nak share pengalaman rabak sendiri je. Boleh tak? Boleh tak? Ah, kalau tak boleh pun aku peduli ape. Pegilah meninggal. Kejadian ni berlaku masa aku amik diploma dulu. Seumur hidup ni aku tak pernah betul betul suka kat seorang lelaki. Maksud aku suka gila babeng la, suka nak mampus, suka gila baq hang, macam tu. Suka biasa biasa tu pernah lah. Selalu. Aku memang tak pernah buat perangai suka gila kat orang lelaki sampai lah aku jumpa one guy ni. Bukan jumpa lah, nampak je kot lagi tepat. Dia tak perasan pun kewujudan...