Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kasi panas sama pakwe

“Hey woman, go make a sandwich!”

Imej
Assalamualaikum wbt. Ya, Tora datang lagi eh! Bent Pencil datang lagi, membawa post baru! Haha. Maaf, bukan tak mahu menulis, sebenarnya ada la dua tiga post dalam draf, tapi tak pasti kalau sesuai untuk bacaan umum. (eh bau kontroversi benar!) Anyway, sebenarnya hari ni nak cita kat hang (awat la dah kluaq loghat utagha ni), pasai ceq tengok cita kat tv tadi. Ha, cita Amazing Race tu. Episod tadi pasal dia nak buat cabaran, kena hiris itik masak Peking. So mai la dua ekoq merpati dua sejoli ni nak buat cabaran. Si lelaki tu cakap, “Ha, engkau la buat, engkau kan perempuan, mesti biasa masuk dapur.” Maka si awek tadi dengan muka cengil dia, hah! Potong, potong, potong itik tu sampai hancur. Pastu kena denda masuk dapur potong sayur oleh tauke chef dia. < link > Lepas tu bila diinterview si awek ni cakap, “bila awak sebut perempuan biasa masuk dapur, saya terasa sangat....” sambil jeling pakwenya yang buat muka inesen ala-ala Jehan Miskin. (Eh kenapa Jehan Miskin pulak yang ...

Troll : Jenis Lelaki Keji

Lelaki oh Lelaki, Ditujukan khas untuk jenis lelaki yang akan butthurt sendiri, Bukan semua lelaki, Hanya yang terasa hati, Jenis kalau kau gebang habis satu negeri, Kau kata kau lah yang paling power sekali, Isu politik, isu agama, isu semasa, isu basi, semua kau bantai sekali, kononnya nak impress si puteri-puteri, kononnya kau lah lelaki idaman di abad ini, kononnya kaum Hawa ni senang je kau nak kasi jatuh hati, kononnya lelaki lain memang dah tak boleh nak pergi, kalau kira peperangan kau mestilah yang depan sekali, kaulah sempurna walaupun doa qunut pun tak lepas-lepas lagi, kau kondem orang sana-sini, lagi lagi perempuan yang kau rasa macam tak mengerti, yang tak se'power' dan hanya setaraf kau punya kaki, tapi perempuan perempuan ni juga lah kau cari kalau terasa hati, atau nak mengadu pasal jiwa dilukai, nak mengadu pasal kena troll di dalam entri, eh eh eh, bukan tadi macam berani mati? kesejatian kelelakian kau memang kami ragui, bak mai depan depan, ada berani? ...