Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Leplep

Surat untuk saudari

Sepanjang malam saya merenung skrin laptop dan saya membuat keputusan untuk menulis surat maya secara ringkas buat saudari yang selalu lekat di hati sekurang kurangnya untuk hari ini. Ketika saya menulis surat ini, dinding sedang berbunyi dan tivi kehilangan fungsi. Saudari, Bagaimana angin 28 Mac bertiup? Saya pasti ia memberi kesan yang menyelesakan dan juga membahagiakan. Bagaimana awan 28 Mac berarak? Saya yakin ia masih menjadi hari yang cerah walau hujan turun sekalipun. Dan bagaimana senyuman 28 Mac? Saya tahu ia merupakan senyuman paling berseri dalam hari seorang wanita. Maaf saya ucapkan kerana tidak dapat hadir. Kadang kala saya fikirkan yang saya sudah cukup bersedia tapi seperti yang orang lain mengenali saya, saya seorang yang cukup sukar diduga. Boleh jadi saya hadir dengan karekter lelaki paling riang atau boleh jadi saya datang dengan watak yang paling garang. Lebih bagus tidak mengambil sebarang risiko dalam situasi seperti ini. Jika ini satu perang, saya...

Sedih

Lelaki. Mana pandai tunjuk sedih. Entah bagaimana mereka control hati, mereka jarang luahkan rasa sedih. Tak macho konon-kononnya. Putus cinta, lelaki akan tumbuk dinding dua tiga kali, menjerit dan pergi main snuker dengan member. Itu je. Perempuan. Memang pandai tunjuk sedih. Entah bagaimana hati mereka, luahkan sedih dah jadi tabiat. Tak gadis la kalau tak beremosi. Putus cinta, meraung dua tiga jam, tumbuk tumbuk bantal, pergi makan, masuk bilik sambung menangis, pergi mandi, menangis bawah shower, jumpa kawan-kawan, cerita sambil menangis, balik, menangis lagi. Itu je. "Jangan cengeng sangat, itu pun nak menangis," kata lelaki pada perempuan. "Jangan ego sangat, lega kalau menangis," balas perempuan pada lelaki. Tapi tunjukkan atau tak, pendamkan atau tak, rasanya tetap sama. Rasa yang buat kau sesak nafas, rasa yang membunuh segala logik, rasa yang akan menghilangkan segala rasa. Rasa macam celaka. Lelaki atau perempuan, bila ti...

Slot Drama Cinta Ringkas

Saya masih serius mencintai teman wanita saya manakala teman wanita saya pula masih serius mahu saya meninggalkannya. Jadi pada suatu malam yang dingin, di mana suhu hampir mencecah -4 darjah celcius saya pergi berjumpa dengan teman wanita saya untuk membincangkan hala tuju hubungan kami. Kami berjumpa di tepi tasik di pinggir ibu kota. Sengaja saya memilih tasik sebagai tempat pertemuan untuk membangkitkan mood melankolik dan drama. Saya duduk di atas sebuah bangku sambil kepala mendongak melihat bulan. Tidak lama kemudian, teman wanita saya muncul dan kini bulan sudah menjadi dua. Dia hanya berseluar jeans dan menyarung baju panas yang saya hadiahkan padanya dulu. Baju panas itu saya kait sendiri apabila tiada drama menarik untuk ditonton di tivi. Dengan masih mahu memakainya, itu adalah satu perkembangan yang bagus untuk cinta kami berdua. Dia duduk di sebelah sambil tersenyum manis. Saya menyelitkan sekuntum bunga matahari yang memang saya sengaja bawa untuk mencuri ha...

Kenapa perlu ada ex dalam hatimu?

Kekasih, Kenapa perlu ada ex dalam hatimu? Apakah kau masih keliru, atau kenangan masih kuat di kalbu? Kekasih, Aku berikan kau satu contoh, Semoga kau tak bodoh, Dia umpama mimpi yang hodoh, dan aku pula potensi jodoh. Apakah kau mahu pilih hodoh berbanding jodoh?  Oh, mungkin kau kira kau dan dia masih punya peluang, Selepas berjuta kali dia siakan, Selepas tujuh malam kau menangis sakan, Selepas kau sakit tak lalu makan. Woi woi woi, Siapa yang datang beri harapan? Ni dia, ni dia orangnya. Kahkahkah. Real real. Kekasih, Hilanglah segala ingatan, Aku rela kau lupakan, Kenangan manis kita andai kau bisa lupuskan juga kesengsaraan. Dia ibarat lirik lagu bangang yang lekat di otak bukan? Kenapa perlu ada ex dalam hatimu? Kenapa kenapa kenapa? Oh God, tell me why. Ku tak mahu kau terus terbuai. Dengan memori kau dan dia berpegangan tangan, Dengan memori kau dan dia masih berpacaran, Dengan memori kau berjumpanya...

Surat untuk bakal bekas kekasih

Awak, Buat apa tu? Dah makan? Ada sakit apa-apa? Kerja okay? Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak? Kalau semua orait, baguslah. Awak, Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat. Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka. Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita. Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat. Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat. Awak, Seperti malam boleh menjadi pudar, Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang, begitu juga dengan perasaan. Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba, Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya, Itu mungkin kehendak Tuhan. Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah. Dan jangan pula awak menyerah kalah. Benda dah lepas, maka lepaskanlah. Pegang masa depan dengan erat, andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni. Awak, Biasakanlah hidup tanpa...

Letak tajuk sendiri, gua busy ni.

Tahu binatang apa paling insecure dalam dunia? Anjing dan angsa. Tak percaya cuba try lalu sebelah binatang dari dua spesies ni, mesti kena usha semacam. Kalau nasib malang, kena kejar. Sebenarnya banyak je lagi binatang yang insecure tapi oleh sebab gua malas, gua nak fokus pada anjing dan angsa je. Ahh, ikut suka gua la ye dak? Tak suka engko jangan baca entri ni, engko klik pangkah sekarang, engko klik pangkah sekarang! Anjing dan angsa mungkin binatang yang memang dijadikan dengan perasaan tidak sedap hati bila rasa diaorang terancam. Padahal apa sangat la yang buat diaorang rasa terancam tu, nak masuk spesies haiwan terancam pun tak lepas. Lainlah panda, tapi panda pun tak insecure macam anjing dan angsa. Cool kan panda? Tapi cuba pikir apa yang buat menatang dua spesies ni rasa insecure sebenarnya? Ya, rasa sayang. Sayang pada diri atau pada tuan. Ramai dah tau kot, anjing dan angsa antara binatang kegemaran dibela untuk menjaga rumah. Nampak je stranger, terus diaorang ...

Umar (3)

Cuaca petang itu sungguh baik. Kanak-kanak berlari berkejar-kejaran, tupai-tupai melompat keriangan, burung-burung terbang di awanan, pemuda-pemudi duduk kegersangan. Suhu pada waktu itu sekitar 23 darjah celcius iaitu lebih kurang menyamai suhu bilik. Suhu badan normal pula sekitar 37 darjah celcius. Jika melebihi dari itu, bolehlah dianggap manusia itu sedang demam. Suhu badan Umar pula adalah lebih kurang 41 darjah celcius, ini bukan kerana dia sedang demam tapi ini kerana Umar sedang marah. Seperti biasa. Ibunya sedang ralit mesin kelapa. Telatah anak bujangnya yang sedang menterbalikkan almari itu tidak diendahkan oleh wanita tua berumur awal 50an itu. Kerja mesin kelapa memerlukan fokus. Jika hilang fokus buruk padahnya pada jari-jemari. Apabila dia menjeling sekali lagi, kelibatnya anak bujangnya itu telah hilang. "Oh Tuhan, berikanlah hidayah pada anakku, Umar", katanya sambil memegang erat kelapa. Umar menuju ke arah rumah Tok Ketua. Dia harus bertanya menge...

Umar (2)

Umar berlari ke pantai yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Hanya berada dalam anggaran 5 batang pokok kayu jati yang tumbang. Pergi ke pantai pada waktu golongan hantu sedang tekun bekerja memang kerja gila tapi bagi seorang Umar, dia memang handal melakukan pelbagai kerja gila. Sampainya di pantai, Umar menjerit. Untuk menghilangkan stress konon-kononnya. Perangai ini dicedok Umar dari filem-filem yang banyak menunjukkan scene kalau tengah stress, pergi mana-mana lepas tu jerit kuat-kuat sorang-sorang. Bangang. Dia masih memikirkan tentang suara yang menyuruhnya mencari cinta jika ingin megubah sikap pemarahnya. Sebenarnya takde sebab pun dia nak stress tapi anggap je la untuk menyedapkan cerita. Umar melihat jam di tangannya. 4.32 pagi. Oleh kerana suara itulah, lenanya terganggu. Umar tiba-tiba jadi marah. "Kau menaikkan amarahku!", jerit Umar sambil berlari ke arah laut. Sampai di tengah laut, barulah Umar teringat yang dia tidak pandai berenang. Ombak besar ...

Umar

"Kau menaikkan amarahku!", jerit Umar sambil menendang televisyen. Hanya kerana satu iklan bangang mengenai amalan sopan santun dalam masyarakat, Umar gagal menahan perasaan. Televisyennya berasap. Ibunya hanya menggelengkan kepala. Anak tunggalnya itu mempunyai sikap yang amat teruk, dia pemarah dan tidak sabar. Sudah berkali-kali ibunya menasihati, sudah berbotol-botol air yassin diminumnya, sudah dua tiga puluh orang pawang serta jurulatih motivasi dipanggil, sudah cukup sudah, Umar masih lekas marah. Sambil melompat keluar dari tingkap yang terbuka, Umar menjerit, "Keluar kejap mak!". Ibunya terus berlari ke muka pintu. "Umar, apa gunanya rumah kita ada pintu kalau engko masih menggunakan tingkap?", ibunya bertanya lembut. "Pintu dicipta untuk membuang masa, mak!", Umar menjawab sambil membawak keluar basikalnya dari bawah rumah. Ibunya hanya mampu menggelengkan kepala. Baru sahaja Umar hendak mengayuh, rantai basikalnya tercabut. Um...

Cinta Buatan Twitter

Imej
1. Hari ni gua nak bincangkan tentang pro dan kontra Cinta Buatan Twitter . Gua syak semua orang pernah rasa, takpun ada crush kan? 2. Cinta Buatan Twitter ialah cinta yang bertemu, berlangsung dan mungkin putus di Twitter. 3. Supaya tak rasa faking dan rabak cepat sangat, gua cerita apa yang pro tentang Cinta Buatan Twitter dulu. 4. Untungnya Cinta Buatan Twitter ni ialah tak banyak kerja sangat. Follow, mention, DM. Kalau dah benci pun ada unfollow dengan block je. 5. Cinta Buatan Twitter menambah keyakinan pada orang. Ya, lagi mudah sweet talker menggunakan taipan dari ungkapan. 6. Cinta Buatan Twitter juga berkesan untuk hubungan jarak jauh. Jimat. Kini semua orang boleh dating dengan hanya bukak laptop atau henset. 7. CintaBuatanTwitter berkesan untuk mewujudkan makwe imaginasi. Create satu akaun, letak avatar makwe comel, haa borak la dengan diri sendiri. 8. Kalau tetiba cinta tu berjaya sampai ke alam perkahwinan pun senang nak jemput orang makan kenduri. Takp...

Nak jumpa mak saya?

Sepanjang gua berkasih sayang atau melalui sesi percintaan, gua tidak begitu cepat memperkenalkan makwe gua pada keluarga. Motifnya, tidak mahu memberikan harapan dan tidak mahu juga menyimpan harapan. Dalam hati gua tanamkan, andai kata hubungan itu benar benar serius seperti lagi dua tiga minggu nak pergi beli cincin tunang barulah gua kenalkan makwe gua pada mak. Gua risau kalau hari ini gua kenalkan pada keluarga tetiba esok putus cinta apa gua nak jawab pada mak. Nak jawab "takde jodoh" mungkin logik kalau sekali dua tapi kalau berulang kali gua kasi alasan yang sama dah tentu mak akan ingat gua mempermainkan jodoh. Raya tahun lepas gua bawak seorang kenalan berjumpa dengan mak. Tujuannya ialah kerana makwe itu ingin datang beraya. Makwe yang juga seorang doktor ini telah lama gua berkawan dengannya. Namun orang tua kadang kadang mudah menyimpan harapan, gua tak salahkan sesiapa. Hati mak manalah yang tak teringin bermenantukan seorang doktor berwajah manis, ber...

Janda/Duda

Pernah bercinta dengan janda atau duda? Tak pernah? Amboi, tak fun nyaaa.. Kali ni gua cuma nak cakap pasal anggapan kita tentang golongan janda/duda ni. Kebanyakkan dari kita kompem akan lagi banyak pikir negatif dari positif pasal diaorang. Macamlah diaorang tu semua spesies hantu. Gua merasakan orang yang selalu berfikiran buruk pasal golongan janda/duda ni adalah orang yang sampai mati pun akan lihat sesuatu benda tu dari sisi hitam, jelik, hodoh, buruk, berdosa, jahat. Cuba pikir secara logik, ada tak orang yang mempunyai impian untuk menjadi duda atau janda? Mesti takde kan, kalau ada jugak gua tak tahu nak cakap apa. Kamon, siapalah yang nak jadi janda/duda ye dak? Lagipun apa bezanya janda/duda dengan kita yang single atau tak kahwin lagi ni? Kalau putus percintaan itu ditakrifkan janda/duda maka kita semua yang pernah putus cinta ni juga tergolong dalam kategori janda/duda. Yang bezanya cuma mereka putus cinta selepas perkahwinan, kita pula putus cinta sebelum per...

Cinta The Flash

Lu orang tahu pasal The Flash tak? Alaa, superhero yang pakai kostum merah yang lari kemain laju tapi tak pernah kena speed trap tu? Kalau tak tahu, mungkin lu orang tergolong orang yang takde tivi kat rumah atau golongan yang sibuk sembang MLM kat kedai mamak. Tahu tak ada orang yang jatuh cinta serupa The Flash ni? Apa orang kabor, cinta kilat? Kemain laju lagi dia jatuh cinta, kemain pantas lagi dia tangkap perasaan, kemain lincah lagi dia dah menyimpan harapan. Amboi, pesen tak menyempat nak jatuh cinta. Kebanyakan orang pesen camni baru kenal sebulan dua seseorang tu dah jatuh cinta. Pesen mudah mengikut drama tivi. Dalam drama tivi tu memang la tak sampai 15 minit dia dah jatuh cinta, kot nak samakan dengan waktu sebenar, berapa tahun pulak dia punya drama. Tu tak masuk lagi dengan iklan serupa cilake lagi ye dak? Gua kasi contoh sikit, ada sorang makwe ni baru kenal sorang lelaki. Lelaki ni budak sekelas kawan dia. Baru melepak sekali dua dah jatuh cinta. Tak salah nak jatuh ...

Cemas menanti jodoh.

Tadi petang gua terserempak dengan satu pasangan paling tak dijangka kat sebuah shopping complex. Pasangan ni merupakan rakan sekolah gua dulu. Yang makwenya ialah perempuan paling hot di sekolah gua dulu. Sebut je nama dia, siapa yang tak terpikat? Budak kuat ponteng sekolah, budak bodek angkat buku cikgu, budak baca doa, pengawas sekolah, pengawas library, atlit sekolah, puaka sekolah, jaga sekolah, cikgu, pengetua semua tus air liur kalau nampak dia. Yang pakwenya pulak ialah budak paling loser kat sekolah gua dulu. Dia punya loser kalau gua nak ceritakan memang berlinang air mata gua. Cukuplah gua katakan budak lelaki ni dulu masa tingkatan lima pun mati-mati ingat perempuan bersalin melalui pusat. Amboi, kalau baby keluar ikut pusat, entah macammanalah gayanya kaum wanita nak meneran time bersalin ye dak? Gua buat-buat steady bila pasangan ni tadi serah kad kahwin diaorang ke gua, hujung bulan ni kenduri. Sebagai seorang melayu, gua anggap makwe ni tadi dah kena bomoh dengan bud...

Harapan

"Jadi awak mengalah?", tanya Amni pada Adli yang dari tadi diam membisu. Adli menghembus keluhan panjang. Tidak, dia bukan mahu mengalah tapi dia sudah tiada harapan. Tanpa harapan, manusia akan mati, pokok akan berhenti berbunga dan burung akan berhenti berkicau. Kita semua perlukan harapan. "Bukan saya mengalah Amni, tapi kita terlalu jauh. Jauh sehinggakan cinta itu terhalang-halang. Apa saya boleh lakukan kalau suatu hari nanti saya terima berita kecelakaan tentang awak sedangkan saya berada beratus kilometer dari awak?", jawab Adli perlahan. "Jadi awak mahu tinggalkan saya hanya kerana jarak? Awak sudah ada gadis lain?", tanya Amni sedikit mendesak. Wajah manis itu tidak lagi menguntumkan senyuman. Bukan baru semalam mereka menyulam cinta tetapi sudah begitu lama dan kali ini lelaki kesayangannya itu memberikan alasan jarak untuk memutuskan kasih. "Saya tak pernah ada gadis lain, saya cuma tidak mahu awak menyesal atau saya menyesal. Demi Tu...

Syarat Percintaan Di Sekolah

Lagi seminggu dua sekolah dah nak buka semula kan? Sedaplah budak sekolah, berapa lama memendam rindu dendam dengan pakwe/makwe sebab cuti sekolah lepas ni boleh jumpa semula kan? Boleh dating dekat kantin, dekat library, dekat padang, tunggu depan gate sekolah, balik jalan kaki sama-sama..Mesti feeling macam filem Sembilu kan? Haah, Sembilu tengkorok lu!  Gua tahu ramai pembaca Terfaktab datang dari kalangan budak sekolah. Gua sebenarnya takde halangan pun kalau budak sekolah bercinta ni tapi ada dua tiga benda yang gua jadi tak berapa sedap hati. Satu, budak sekolah yang bercinta mengalahkan orang kerja kerajaan, dua, kemain lagi frust tertonggeng bila clash macamlah cinta dia yang paling abadi dan ketiga bercinta bagai tapi belajar bersepah. Lu orang nak bercinta, lu orang bercintalah tapi gua ada beberapa syarat. Kalau lu orang boleh penuhi semua syarat ni maka teruskan lah percintaan lu orang, gua sendiri akan mendoakan berkekalan sampai ke jinjang pelamin. Syarat pertama i...

Cukup-cukuplah..

Ardy melihat air mata yang jatuh di pipi Athena. Dia menghembus asap rokok perlahan dan menggenggam tangannya yang menggigil. Demi Tuhan, malam ini dia tidak mampu mengesat air mata itu. Athena datang dengan rasa sesal yang berlangit-langit dan Ardy hanya mampu menahan hatinya yang sakit. Ini bukan soal ego, ini bukan tentang menjilat semula ludahnya, ini tentang perasaan. Andai diberikan semula perasaannya pada Athena adakah rasa itu akan semanis dulu? Andai diberikan semula satu peluang adakah percintaan mereka akan mekar seperti dulu? Tidak, dia tidak akan mengulangnya kembali. Manisnya rasa itu akan selalu diingati dan mekarnya percintaan dulu akan sering tersimpan rapi. "Maafkan aku, Athena. Tiada apa yang dapat menggantikan diri kau meski diri kau sekalipun", bisik Ardy sambil melangkah meninggalkan Athena yang terduduk mengadap ombak. Sudah terlalu banyak air mata kau yang aku tumpahkan, Sudah terlalu banyak janji yang kubuat dan aku leraikan, Sudah terlalu ban...

Terimalah kasih gua ini apa adanya.

Rasanya semua sudah sedia maklum tentang hasrat gua untuk mengundurkan diri ataupun berehat seketika dari Terfaktab jadi gua rasa kurang molek kalau gua tak up entri dedication ye dak? Jadi lepas entri ni kemungkinan besar lu orang mungkin akan lambat lagi membaca entri gua yang seterusnya atau mungkin tak baca lagi entri dari gua. Tengok,gua banyak guna perkataan mungkin kan? Kalau gua pandai meramal masa depan,gua takkan guna perkataan tu..kehkehkeh. Sebelum gua teruskan pasal dedication atau sesi penghargaan gua,izinkan gua sentuh sedikit pasal isu seksualiti merdeka atau isu gay/lesbian. Gua bukannya seorang homophobia, kawan-kawan gua pun banyak yang datang dari golongan tersebut tapi gua percaya hukum Tuhan bukannya hukum manusia yang boleh diubah macam tu je. Gua andaikan macam ni,macam mana suatu hari nanti lu orang yang heteroseksual ni tiba-tiba ada orang suruh lu jadi gay/lesbian mesti lu rasa tak puas hati kan? Kalau lu mencuba pun benda tu akan jadi hipokrit dan pura-pur...

Makwe sejak lahir

Baru-baru ni ada makwe yang bertanya pada gua samada gua ni anak mak atau tak. Tambahnya lagi leceh kalau bercinta dengan anak mak. Gua tersengih sambil cakap,"Dah kompem-kompem la saya anak mak,Mak saya adalah makwe saya sejak lahir kot dan makwe saya ni tak pernah kecewakan saya walau sekali pun". Ramai makwe yang beranggapan anak mak ni pesen manja,tak boleh berdikari,sikit-sikit lebihkan mak. Gua tak sangkal statement ni,memang ada yang sesetengahnya macam tu. Pada pendapat gua memang patut kot manja atau melebihkan orang yang melahirkan kita. Ada sesetengah makwe nak lelaki yang lebih pentingkan dia dari mak dan gua cuma boleh cakap makwe pesen macam ni boleh pergi meninggal. Akan ada sesetengah situasi yang kita akan jadi segan nak kabor "i love u" pada makwe,tengah melepak dengan kawan-kawan misalnya. Nak-nak pulak kawan-kawan kita tu jenis puaka yang kompem-kompem akan gelakkan kita. Tapi kita takkan pernah rasa segan nak cakap i love u pada mak dalam situ...

Ex

Sebelum gua taip apa yang gua nak taip,gua nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang datang event kitaorang di Projek Rabak,Ipoh hari tu. Walaupun hujan tapi tetap lu orang datang jugak itu membuktikan betapa powernya lu orang!Ok,kembali ke topik asal. Pada mulanya gua nak taip entri ni di blog gua  sendiri sebab gua merasakan ini merupakan pendapat peribadi gua tapi bila fikir-fikir balik yang topik ni berkaitan cinta jadi lagi elok lah kalau gua terus taip kat sini ye dak? Jadi gua ulang semula,ni merupakan pendapat peribadi gua,lu orang suka ke tak suka gua tak peduli. Setiap orang ada pendapat masing-masing kan? Sepanjang gua hidup,jatuh cinta dan putus cinta tak pernah sekali pun gua rapat dengan bekas makwe gua. Maksud rapat di sini ialah lu dengan bekas kekasih lu orang boleh jadi kawan baik bila clash. Maksud kawan baik di sini ialah lu orang boleh bergurau,pergi makan,tengok wayang,bersembang,boleh mencarut,lepak hari-hari,main SMS,komen kat fesbuk macam biasa tan...