Umar (3)

Cuaca petang itu sungguh baik. Kanak-kanak berlari berkejar-kejaran, tupai-tupai melompat keriangan, burung-burung terbang di awanan, pemuda-pemudi duduk kegersangan. Suhu pada waktu itu sekitar 23 darjah celcius iaitu lebih kurang menyamai suhu bilik. Suhu badan normal pula sekitar 37 darjah celcius. Jika melebihi dari itu, bolehlah dianggap manusia itu sedang demam. Suhu badan Umar pula adalah lebih kurang 41 darjah celcius, ini bukan kerana dia sedang demam tapi ini kerana Umar sedang marah. Seperti biasa.

Ibunya sedang ralit mesin kelapa. Telatah anak bujangnya yang sedang menterbalikkan almari itu tidak diendahkan oleh wanita tua berumur awal 50an itu. Kerja mesin kelapa memerlukan fokus. Jika hilang fokus buruk padahnya pada jari-jemari. Apabila dia menjeling sekali lagi, kelibatnya anak bujangnya itu telah hilang. "Oh Tuhan, berikanlah hidayah pada anakku, Umar", katanya sambil memegang erat kelapa.

Umar menuju ke arah rumah Tok Ketua. Dia harus bertanya mengenai cinta dan marah. Betulkah kalau cinta jangan marah? Betulkah jangan marah kalau cinta? Soalan-soalan itu bermain di ruang minda Umar. Sekali sekala dia menjerit apabila sesuatu menaikkan amarahnya seperti daun yang jatuh ke atas kepalanya tanpa sebab yang kukuh.

Tok Ketua Deraman memang dikenali oleh penduduk kampung. Seorang pemimpin berjiwa rakyat, bijaksana serta tidak pernah meminta rasuah. Tok Ketua Deraman jugak sering kali memenangi pertandingan Ketua Kampung Kebangsaan iaitu satu pertandingan yang memerlukan fizikal yang cergas, minda yang cerdas dan fesyen yang menarik. Tahun lalu Tok Ketua Deraman hanya kalah tipis iaitu hanya sebanyak perbezaan 2.3 mata dengan Ketua Kampung Seri Gading. Ramai orang tahu Ketua Kampung Seri Gading telah memberikan rasuah pada barisan juri yang mengadili pertandingan itu tetapi Tok Ketua Deraman tetap tenang.

"Dia telah menang di hati juri tapi aku lebih rela menang di hati kalian". Ucapan Tok Ketua Deraman itu telah menyebabkan ramai orang kampung yang menjadi sebak dan mengalirkan air mata. Pemimpin unggul itu memang sukar dicari ganti. Satu dalam seribu, seribu dalam seribu ribu.

"Tok Ketua! Oi Tok Ketua!", Umar menjerit dari halaman rumah Tok Ketua Deraman. Nafasnya agak termengah mengah akibat berlari sebentar tadi. Tok Ketua Deraman keluar dari balik pintu sambil tersengih. Tidak berbaju dan hanya berkain pelikat. Kedua telapak tangannya kelihatan berminyak.

"Kacau ke Tok?", Umar melontarkan pertanyaan.

"Takdelah kacau mana, aku pun baru je lepas urut bini aku ni. Dah setel pun.", Tok Ketua Deraman menjawab sambil tersengih. Tangan kanannya melurut misainya yang tebal itu. Umar beristighfar panjang dalam hati.

Tok Ketua Deraman mengangguk-anggukkan kepalanya setelah mendengar cerita Umar. Mereka berdua duduk di atas pangkin yang diperbuat dari buluh. Pangkin itu terletak di sebelah rumah Tok Ketua Deraman. Tok Ketua membina pangkin di situ bukan saja-saja, jika diselidik dari segi geografi, topografi dan biografi, kedudukan pangkin itu cukup selidik kerana menerima angin yang datang dari Gunung Fuji.

"Aku taknak komenlah pasal kalau cinta jangan marah tu. Yang aku nak kasi nasihat pada engko cuma satu Umar. Sebelum mencari cinta, maka kita kena arif dulu dengan cinta.", jelas Tok Ketua Deraman pada Umar.

"Tapi saya tak pernah bercinta sepanjang hidup saya Tok. Boleh Tok ceritakan serba sedikit tentang cinta", pinta Umar dengan bersungguh-sungguh. Tok Ketua tersenyum.

"Baiklah, oleh kerana aku ingin menolong engko, hari ini aku akan ceritakan sesuatu yang mungkin dapat membantu.", Tok Ketua berkata sambil tangannya disilang ke belakang. Cukup berkaliber.

"Apa dia Tok?", tanya Umar tidak sabar.

"Kejuruteraan cinta", Tok Ketua tersenyum lagi.

Wajah Umar berseri-seri. Perkataan kejuruteraan cinta itu seperti telah memberikan harapan padanya.




Bersambung.

Ulasan

AlexiaAqram berkata…
Tengkorak kau kejuruteraan cinta!

Aku pula yg tiba2 naik marah.

HAHAHAHAH!
Unknown berkata…
Celaka!! Ini sudah semakin menarik.. Kamon lep.. Kamon!! :)
Unknown berkata…
Celaka!! Ini sudah semakin menarik.. Kamon lep.. Kamon!! :)
yatyatay berkata…
Kejuruteraan Cinta? Leplep! Bhahaha
Fairuz Zainal berkata…
semakin saspen nampaknye ni. kejuruteraan cinta! kahkahkahh tak wujud plak kat u aku ni fakulti kejuruteraan cinta =.=/
Unknown berkata…
kejuruteraan cinta tu kene amek sijil kemahiran dulu takkkkk??
Unknown berkata…
Kejuruteraan cinta? Bersambung?

Ini membuat aku menterbalikkan almari!!!!
Unknown berkata…
Love engineering!!! haha
aini busker berkata…
lepas ni aku nk tukar kos la.
paper kejuruteraan sivil membuatkan aku nk marah je. mungkin ni ubatnya.
cepat tok ketua!!!
penulis v.s pelukis berkata…
aku pun rasa nak apply kejuruteraan cinta tu leplep.. haha
naeims_ab berkata…
hahaha... menarik... ini menaikkan amarah aku ni.
Black Roses berkata…
bile nak sambung umar nie????
kau menaikkan amarahku!!!
bwahahahah

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.