Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel komunikasi

Versi Ibu Mertuaku ! Tips bertemu bakal mertua.

Imej
Amboi lama dah tak tulis kat sini. Ini juga betapalah effortless punya entry. So girls, this is for you ! ----------- Komunikasi adalah penting dalam kehidupan setiap insan. Bercakap, menangis, ketawa, waima pergerakan badan dan bahasa isyarat sekalipun adalah antara medium berkomunikasi. Tulisan dan lukisan jangan pula kita lupakan. Mereka tergolong di dalam medium komunikasi. Jadi sekarang ini kamu boleh teka apa yang sedang dilakukan oleh saya? Boleh teka? Ya ! Pandai ! Saya sedang berkomunikasi ! Okey okey.. back to the main issue. Sepandai pandai kita bercakap di depan public, sepandai pandai kita berpidato, berceramah, kita akan merasa gugup jua apabila berhadapan dengan bakal ibu dan bapa mertua. Siapa yang setuju angkat tangan ! See.. ramai yang setuju. Okey tipu. Tak nampak pun korang angkat tangan. The truth is, aku ni adalah seorang yang sangat sangat suka bercakap depan public. Bukan nak membangga bangga, tetapi realitinya kalau disuruh aku buat presentation...

Siri Tafsiran Jantan : Mengongkong

Imej
Perhatian : Siri kali ini akan dibuat secara abstrak kerana mahu bertepatan dengan citarasa santai.  Lewat beberapa hari ini aku ditanyakan soalan mengenai kekurangan aku menghasilkan entri di blog Terfaktab. Tiada jawapan yang boleh aku beri melainkan yang aku benar-benar sibuk dan kekurangan output untuk menghasilkan penulisan yang menghentam minda. Apabila kita sibuk, ditambah dengan ketiadaan gadis inspirasi. Maka, input bertambah, tetapi output tidak berjaya dikeluarkan secara baik. Maaf aku ucapkan. Kamu mungkin faham bagaimana payahnya sejak akhir-akhir ini aku hendak menempuh kehidupan. Menonton siri kegemaran Stanza Cinta pun sudah tiada perasaan, rasa nak baling saja kerusi pada televisyen kerana menyampah dengan muka Fizz Fairuz yang mengenakan bingkai cermin mata hitam yang sungguh menjengkelkan. Ok cukup. Tidak perlu untuk aku bercerita panjang. Membazir. Lebih baik kita ke topik kali ini yang mungkin kamu pernah melaluinya. Mengongkong. Maksud Mengongkong dari ist...

pillow talk

Imej
aku dibesarkan dengan didikan ala-ala warden asrama oleh ibu dan ayah. ah ! yang lebih-lebih macam warden ibu la. menjang je kena sebat. memang masa kecik-kecik dulu muka aku macam muka mintak penyebat agaknya. tapi.. dalam ketegasan ala-ala warden asrama, aku dihidangkan dengan kasih sayang ibu ayah yang sangat manis. dari zaman aku remaja, sampai lah ke usia dewasa, tak jemu-jemu ibu berkongsi kisah cintanya.. dalam pada itu diselit-selit juga pesanan untuk anak dara yang tidak kurang jelitanya  gatalnya ni.. ibu dengan ayah, jarang bermasam muka depan anak-anak. hari-hari ketawa.. hari-hari bersenda dan bercanda.. aku pernah tanyakan pada ibu apa rahsianya. meh sini aku nak share. aku share satu je dulu aci tak? tips yang aku share ni aku rasa boleh letak di tangga paling atas lah.. ibu bilang, komunikasi adalah perkara yang terpaling-paling penting. kalau ada yang terkesan di hati, lekas-lekas bilang, bincangkan dan selesaikan. bunyinya macam cliche kan? berjuta-jura ...

Susah Sangat Ke?

Gua sbnanye ada satu penyakit. Penyakit ni gua namakan sebagai penyakit-update-sekali-harung . Bukan ape. Bila gua update kat blog asal gua, gua akan cenderung untuk update kat sini jugak. Dan bila gua tak rase (tak rase okay bukan malas) nak update, dua-dua gua abaikan. Orang panggil adil dan empat segi (baca: fair and square). Sungguh gua ni adil jugak orangnya. Hihi. Hurm. Gua sbnanye just nak mintak pendapat. Kenapa kan kalau orang cakap tipu, kita cenderung untuk percaya tapi bila dia cakap jujur, kita cenderung untuk reragu (bukan gegaru eh) ? Gua perhatikan benda ni memang berlaku la. Bukan gua sorang je yang penah alami, tapi gua yakin ramai jugak yang penah alami kan? Tolonglah cakap ya. Paling koman pon, tolonglah angguk. Kalau dah malas sangat, bolehlah balas 'k' (like my father always do when replying my text) . Huuu. Contoh 1: Makwe : Awak, awak sayang saya tak? Pakwe : Sayang... Makwe : Tipu! Saya tak percaya. Pakwe : Okay, tak sayang. Makwe : Sampai hati... ...

Kaki Spedo. Kaki je Spedo, Seluar Clvin Klein.

Imej
Di suatu taman. Terlihat sepasang kekasih berdiri rapat dan berhadapan. Seorang tangannya rapat ke bahu yang seorang lagi. Sekali diamati macam sedang bermanja-manjaan. Dua kali diamati rupanya sedang bergaduh. Lebih kurang gini la tapi warna warni sikit. { link } “Abang, abang naik kereta dengan adik dan mama saya eh?” “Dengar dulu Darling....” “Abang cakap abang naik sorang-sorang! ABANG TIPU! Dah abang ni, kita PUTUS...” Apabila anda membaca ni, anda terus berkata, “eh, kejam sungguh awek ni. Naik ngan adik dia je pun.”  Atau “Eh, itu pun nak marah ke.” Dan terus cop awek itu emo tak pun datang bulan. Tapi seperti kebanyakan konflik dalam bercinta, masalahnya lebih mendalam daripada satu dua peristiwa sahaja. Dalam kes ini, awek itu sebenarnya kecewa bukan saja kerana naik kereta dengan adik itu, tetapi kerana ditipu. Dan ini bukan tipu dia yang pertama. Ala, tipu-tipu sunat... Ada di antara kita (lelaki atau perempuan) memang suka menyembunyikan kebenaran. Bukan sebab ...