Perempuan Dan Tangan Kaki Pukul.
Harian Metro: Pelakon dipukul suami KUALA LUMPUR: Angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu bernasib baik apabila melarikan diri dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini. Balkisyh yang juga pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro pada 2004 ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku disebabkan perselisihan faham kerana sikap cemburu buta suami. Pelakon berkenaan dikatakan baru menamatkan sesi penggambaran drama bertajuk Landasan Cinta yang akan ditayangkan pada 25 Februari ini menerusi slot Samarinda di TV3. “Suami saya seorang yang cemburu buta dan gagal mengawal kemarahan menyebabkan saya dipukul. “Namun, selepas mengeta...