Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lelaki eksistensial

Lelaki Exsistensial, #2

Imej
Hai, selamat pagi.  Ya, entri ni bukan dibuat oleh Nami, dia baru sahaja meninggalkan skuad Terfaktab minggu lepas. Tapi sengaja nak ambil istilah tersebut, atas sebab isu yang sama akan diutarakan pada pagi ini. Kita mulakan cerita, dengan kawan bernama Wawa, rakan sekolej dulu. Wawa ni cukup lawa dan peramah. Mata sepet-sepet ala Elena Reeney tapi tak garang, tough chick ala-ala Maria Natasha, sporty girl dan aktif ala-ala Lord Zara juga cuma sayangnya dia katik macam The Bent Pencil. Kehkehkeh. Maka adalah seorang lelaki bernama Farid minat ke dia. Farid ni rakan sekolej jugak la dulu. Hensem bolehlah hensem; mata bundar macam Disney, tinggi-tinggi macam Brader Leplep, putih-putih  macam The Other Khairul gitu. Dan orangnya memang peramah dan cepat mesra lah. bukan Farid presiden blogger ni. Beliau tak jual serunding.   Kali pertama jumpa Wawa terus terpikat, apatah lagi selalu pula jumpa dalam group latihan yang sama. Berusaha benar dia takel-mentak...

[iklan] Lelaki Eksistensial - Novel Terbaru Saya

Imej
Dengan rendah diri serta rasa kerdilnya saya dalam dunia penulisan ini - saya mengumumkan bahawa buku novel kelima saya (lagi dua dulu terbit DIY - Pengejar Bintang dan Bau Semangat Anak Muda) - iaitu novel yang berjudul Lelaki Eksistensial akan dilancarkan pada 24 Jun, di The Annexe Central Market, pada jam 2 petang (waktu Melayu). Mengisahkan seorang lelaki yang tidak dinyatakan namanya, dalam kehidupannya mempunyai ramai kekasih yang berlainan gaya dan pemikiran - Fitrana - aktres sinetron gred B Indonesia yang hidupnya dikaburi material, Puspa - seorang gadis hipster vegan yang sentiasa menentang arus serta tidak suka perkara mainstream, Maisara - seorang hijabster yang belajar di institut pengajian tinggi swasta dalam bidang fesyen, meminati Maher Zain dan anak kepada seorang ketua cawangan UMNO, serta Lin, atau Tengku Adlina - anak kepada Tengku Farouk yang memiliki syarikat hartanah terkemuka, meminati dalam bidang penulisan dan membuka syarikat penerbitan ...