14 September 2013

Buku Baru : Kamar Sutera


Kamar Sutera merupakan buku terbaru dari Terfaktab Media untuk bulan September 2013 ini. Merupakan tulisan penulis blog keretamayat.blogspot.com atau dikenali Hamka Kereta Mayat, buku ini mengisahkan kisah kehidupan laki bini yakni dari Hamka sendiri. Islamik, namun digarap dengan unsur humor, sindiran dan ilmiah dalam memastikan perkahwinan laki bini #TillJannah. Sesuai juga untuk belia yang ingin berkahwin dan ingin melihat lebih dekat kehidupan perkahwinan secara 'Islamik' itu sebagaimana. Kurang sesuai untuk 18 tahun ke bawah melainkan berangan nak kahwin lepas SPM. Itu dikecualikan.

Sudah boleh dibeli di laman online www.terfaktab.com dan akan dilancarkan pada 14 September 2013 di Danga Bay, Johor Bahru bersempena Johor Bahru Writers and Readers Festival. Bakal memasuki pasaran toko buku Kinokuniya, MPH dan Kedai Buku 1Malaysia mulai bulan hadapan. Apa lagi, tilljannah la~


5 September 2013

Surat untuk bakal bekas kekasih

Awak,
Buat apa tu?
Dah makan?
Ada sakit apa-apa?
Kerja okay?
Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak?
Kalau semua orait, baguslah.

Awak,
Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat.
Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka.
Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita.
Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat.
Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat.

Awak,
Seperti malam boleh menjadi pudar,
Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang,
begitu juga dengan perasaan.
Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba,
Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya,
Itu mungkin kehendak Tuhan.

Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah.
Dan jangan pula awak menyerah kalah.

Benda dah lepas, maka lepaskanlah.
Pegang masa depan dengan erat,
andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni.

Awak,
Biasakanlah hidup tanpa saya,
Risau-risau saya hilang tiba-tiba,
Hilang diambil Tuhan atau hilang tanpa berita.

Mungkin cinta sahaja tidak cukup,
mungkin bayangan wajah awak di siling setiap malam tidak cukup,
mungkin mimpi indah juga tidak cukup,
mungkin apa yang cukup mungkin juga tidak nampak cukup.

Deep kan ayat tadi?
Saya baru terpikir tu, terasa genius jugak.

Awak,
Jika hubungan kita berakhir,
dan saya kelihatan tidak peduli tentang awak,
percayalah, saya peduli.
Apa orang lain pikir, saya tak peduli.

Saya cuma tidak mahu mengganggu,
mengganggu hidup dan hati,
tak perlu ditunggu,
cukup jika awak bahagia dan tak pernah termangu.

Dalam cinta, tak ada tapi tapi,
Tak ada keputusan seri,
Perlu jelas dan sentiasa bererti.

Andai saya kalah memiliki awak,
maka saya terima segala kelemahan saya.
Andai awak kalah memiliki saya,
maka awak kena terima yang awak rugi gila.

Tiba-tiba, saya rasa melankolik,
rasa macam pasir masuk mata,
tapi jangan risau, bab sedapkan hati sendiri saya cukup terer.

Jika tanpa saya atau adanya saya,
benda paling penting awak bahagia,
awak bahagia, saya juga,
kalau rabak sikit sikit tu perkara biasa.

Saya sudahkan surat ini dengan ucapan maju jaya,
semoga cinta ada ruang,
semoga kita ada peluang,
andai semuanya terbuang,
jangan pernah berhenti berjuang.

Salam sayang teramat sayang untuk kekasih yang manis tapi kadang kadang bengis.


P.S : Surat ni hanya valid kalau tiba-tiba status awak bertukar menjadi bekas kekasih. Kalau belum, anggap sahajalah saya menulis di bawah pengaruh dadah.

4 September 2013

Dari Pejabat Terfaktab September 2013

Sweet surrender on September. Bulan ini bulan sibuk bagi pejabat kami kerana kami akan ke sana sini mengharungi tuntutan jelajah ke pelusuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Namun, kami tentunya kekal komited dalam menjalankan misi menyebar cinta kepada para pembaca disamping mencari idea apabila berkelana.

Berikut ialah aktiviti dagang yang kami akan bersama atau sertai pada September ini.

i) Alternative Book Fest di UiTM Lendu Melaka - 4 September 2013
ii) Al Malik Faisal Hall UIA Petaling Jaya Bookfair - 4 dan 5 September 2013
iii) Johor Bahru Writers and Readers Fest Danga Bay - 14 dan 15 September 2013
iv) Pesta Convex'13 USM Pulau Pinang - 18 hingga 22 September 2013
v) Art For Grabs Annexe Central Market KL - 28 dan 29 September 2013

Kalian yang mungkin menyimpan cita-cita atau impian untuk memiliki buku-buku penulisan dari penulis kami ini bolehlah datang ke lokasi-lokasi berikut pada tarikh yang telah diberitahu. Dan pihak kami juga menjangkakan buku terbaru iaitu Kamar Sutera bakal dilancarkan pada 14 dan 15 September di Johor Bahru.

Kempen Love Your Woman, Defend Your Country sempena bulan kemerdekaan yang diterjemahkan melalui T-Shirt yang bakal menjadikan kalian memakainya tampak hensem, lawa dan patriotik juga akan mula ada di pasaran di Johor Bahru nanti.







Juga pesanan akhir dari geng Wak Boyot;



"Kerana minyak naik saya terpaksa mengurangkan aktiviti cinta kita bersama. Yang penting muka awak tak berminyak, itu sudah cukup bagi saya."

Astalavista!