Setahun Bercinta Dengan Erica Micheal
Setahun yang lepas, aku baru berpindah di Shah Alam selepas tinggal di Bangsar, kemudian Cheras rumah apartment atas bukit. Pejam celik setahun berlalu pergi. Macam-macam aku telah lalui sepanjang setahun ni, sampai aku tak sedar rupa-rupanya aku dah setahun dah bercinta dengan Erica Micheal ni. Ya - aku akui aku ni mat sejarah. Semua tarikh-tarikh dan tahun-tahun semua melekat dalam kepala otak walaupun aku gagal ingat nombor telefon dan nombor IC aku. Aku tau kadang-kadang follower non-Liverpool kadang-kala menyampah dengan tweet sejarah aku, tapi aku tak pernah komplen tweet cintan-cintun crush ke tweet merapu-meraban, susah-susah aku unfollow je. No warning, no words. Tak payah semak kepala. Rewind balik 12 bulan yang lepas, aku berpindah dari rumah aku di Cheras yang aku tinggal di situ selama empat bulan. Tapi rumah aku di Cheras tu aku tak berapa kenang sangat, sebab first, rumah itu terlalu jauh sampai aku selalu lewat pergi kerja, pernah kena pau dengan budak Sabah (sorr...