Kelab Taat Suami?
Masa sekolah dulu, aku dengar ada banyak persatuan. Persatuan Bulan Sabit Merah. Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Kelab Bola Sepak, Persatuan Kelab Sejarah dan Geografi. Macam-macam. Then aku pernah dengar jugak Persatuan Ayam Serama, Persatuan Kelab Vespa, Persatuan Wau Bulan atau Persatuan Penanam Koko. Macam-macam. Kalau kau bukak Facebook macam-macam Persatuan ada. Persatuan Benci Fixi, Persatuan MLM AC Mizal, Persatuan Benci Adinda Evans, Persatuan Anti Freemason dan sebagainya. Kali ni aku dengar - Persatuan Kelab Taat Suami? First time aku dengar benda ni - aku tergelak kecil. Aku #facepalm melihat kebebalan yang sedang melanda. Apa takde persatuan lain ke? Apakah ini satu projek menjual agama oleh daulah lagi? Persatuan ditubuhkan atas dasar menyatukan manusia atas dasar sesuatu. Contohnya, saya akan ke Persatuan Peminat Liverpool FC kerana saya peminat Liverpool FC. Saya juga peminat Radiohead atau Pink Floyd. Kalau ada yang menubuhkan kelab tersebut saya pasti akan ...