berani
Akak kata, you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out - tapi saya tak berani. saya ada lukakan hati 'orang tu' and now he's gone :'\ [dari Formspring] Bukan semua orang berani untuk cakap; "Aku sayang kau." Bukan semua orang ada kekuatan untuk beritahu; "Kau dah guris hati aku tadi. Kau sedar tak?" dan bukan semua orang boleh tolak ego dia ke bawah dan bilang; "Aku salah tadi. Aku minta maaf" Hidup dengan menyimpan perasaan sendiri adalah tidak kena bagi aku. Kita suka, tapi kita tak berani untuk cakap. Kita takut berdepan dengan penolakan. Rela lah disimpan perasaan sendiri, membuang masa menanti yang tak pasti. Hidup dengan menelan perasaan sendiri adalah menyakitkan untuk aku. Disakiti lagi dan lagi. Kadang kadang, orang tak sedar bahawa dia telah menyakitkan hati kita. Kadang kadang orang ingat perbuatan dia biasa saja, tidak ...