Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kuat membebel

Kahwin? Aku? Kahkahkah!

Sudah berapa lama agaknya aku ingin tulis segala isi hati aku, lepas keluar dari musim percintaan kali ini. Mungkin aku antara manusia bertuah (*atau celaka?) kerana sekejap berada dalam hubungan percintaan dua hala, sekejap berada dalam hubungan percintaan sehala. Mungkin juga. Mungkin juga aku hanyalah seorang lagi manusia tidak tahu erti syukur hingga banyak hubungan yang jika aku jaga hubungan itu betul, memang betul ia akan bawa aku ke saat bahagia ke syurga. Kecewa itu ya, kecewa itu ada. Dan kekecewaan ini sebenarnya membawa aku ke satu dimensi yang jika aku keluar daripada dimensi ini, aku khuatir aku bakal kecewa lagi sebagaimana kecewa aku sebelum-sebelum ini. Dimensi di mana aku lebih selesa bersendirian, berhibur ke sana ke mari berseorangan, tanpa ditemani seorang kekasih yang betul mencintai aku ingin hidup bersama aku selamanya. Ya, aku sebut kekasih, bukan gadis. Pernah satu tahap aku sampai tidak kisah jika ada seorang lelaki yang betul jatuh cinta padaku. Yan...

Entri Gaya Brader-brader #2 - Dah Selamat Dah.

Dalam malam-malam yang bahang ni sambil layan sendu foreveralone gua, tetiba gua teringat dengan member Felda sekor si Azrai. Makwenya si Shedah tu, kawan gua jugak. Dua ekor merpati joli-joli geli-geli dalam geng gua zaman Uni dulu.  Kenapa gua tetibe teringat? Entah bila punya cerita entah, tetiba gua teringat, bukan otak ni gua boleh kawal sangat pun. Bila datang momen-momen sentimentalis macam ni, gua rasa nak up dalam blog sepam dua, so lantak engkolah baca sampai lebam. Dulu-dulu, adalah dalam tahun lepas, takdelah dulu sangat macam zaman dinasor, gua terima panggilan dari Shedah. “Azrai telepon hang tak?” kata si Shedah dalam loghat Penang pekat beliau. “Takdak, awat?” gua pun join sekali Penang nya. “Ceq benci, nyampah dengan si Azrai ni. Habaq kat dia, dah takdak papa antara kita lagi.” Hambik engko. Lima tahun mentein bercinta, tiba-tiba tipon gua cakap camtu. Gua tanya kenapa, kot-kot Shedah dah sangkut kat gua ke. Gua kalau boleh taknak l...