Kahwin? Aku? Kahkahkah!
Sudah berapa lama agaknya aku ingin tulis segala isi hati aku, lepas keluar dari musim percintaan kali ini. Mungkin aku antara manusia bertuah (*atau celaka?) kerana sekejap berada dalam hubungan percintaan dua hala, sekejap berada dalam hubungan percintaan sehala. Mungkin juga. Mungkin juga aku hanyalah seorang lagi manusia tidak tahu erti syukur hingga banyak hubungan yang jika aku jaga hubungan itu betul, memang betul ia akan bawa aku ke saat bahagia ke syurga.
Kecewa itu ya, kecewa itu ada.
Dan kekecewaan ini sebenarnya membawa aku ke satu dimensi yang jika aku keluar daripada dimensi ini, aku khuatir aku bakal kecewa lagi sebagaimana kecewa aku sebelum-sebelum ini. Dimensi di mana aku lebih selesa bersendirian, berhibur ke sana ke mari berseorangan, tanpa ditemani seorang kekasih yang betul mencintai aku ingin hidup bersama aku selamanya. Ya, aku sebut kekasih, bukan gadis. Pernah satu tahap aku sampai tidak kisah jika ada seorang lelaki yang betul jatuh cinta padaku. Yang lebih setia lebih membuat aku suka bahagia tiap hari melihatnya berada di sampingku.
Tapi, tidak kini.
Kini dimensi yang kuberada ini hanyalah sebuah dimensi di mana seorang itu tidak lagi punyai perasaan dan harapan terhadap institusi perkahwinan. Dimensi di mana seorang itu lebih bahagia bersendirian daripada sentiasa sakit terhiris hati akibat kekecewaan dalam percintaan yang hanya sampai separuh jalan. Mungkin aku hanya cuba mengubati hati aku, tetapi aku tidak rasa dimensi ini sama seperti dimensi mereka yang 'forever-alone'. Begini. Dimensi 'forever-alone' bagi aku, adalah dimensi di mana seseorang itu sangat-sangat mahu berada di dalam sebuah perhubungan percintaan, namun dia tiada upaya hendak menjadikan itu berlaku. Justeru dia sentiasa sakit jiwa, melihat mereka di luar ataupun dalam sirkulasi sahabatnya bercinta.
Mereka orang yang juga rabak, tetapi lain rabaknya daripada aku. Rabak aku, lebih bahagia bersendirian. Rabak mereka, pedih dan sentiasa inginkan kekasih percintaan hingga sampai satu tahap mereka terpaksa mengganggap sesuatu barang ataupun crush bercinta dengan mereka. Ya, sehingga ke tahap berhalusinasi. Mencipta sesuatu untuk membahagiakan diri. Aku pernah jugalah berada di tahap itu. Tetapi keputusan telahpun dibuat. Dan aku tidak akan berpaling lagi daripada keputusan aku ini.
No more partner for me. Forever.
Dan kerana itu juga, aku dah menjadi sombong sekarang. Sombong dengan rancangan Tuhan. Sombong dengan kemanusiaan. Datanglah peluang percintaan perkahwinan bagaimana sekalipun, orang kaya-kaya ataupun Perdana Menteri mahu sponsor atau wajibkan aku kahwin sekalipun, aku tidak akan berkahwin. Walaupun aku suka melihat kawan-kawan aku berkahwin.
So, who is more fucked up than me now?
Ulasan
nt dh jmpa calon, sila baca balik entry ni dan gelak sesorang hahaha
I never had a real relationships in three years. So yeah, it's been three years now. We'll see how it'll goes.
Mulan Mia;
Five!
LY;
Five!
fathiah jasni;
Aku ni degil juga orangnya. Macam aku cakap, sampailah cinta macamana hebat sekalipun, memang aku tolak. Sebab aku dah letak garis permintaan aku yang aku rasa tak mungkin Tuhan akan berikan pada orang seperti aku.
syud;
Ada. Mesti dalam dunia kau tiada kan? Dunia aku, ada.
tapi rasa bersalah dgn mak bila cakap xnak kawen..
mak cakap..
"mak letih jawab org tnya"
haih
tapi bak kata orang kampung aku, cross the bridge when we reach it la..... sebelum tu have fun!! all the best with ur single life bro!!!!
Now give me 10! :p
kes kepercayaan dikhianati ni paling sakit aku rasa.
ramai rupanya nak single sampai mampus dan berpasangan dengan bidadari di syurga.
sama la kita!