Kahwin? Aku? Kahkahkah!

Sudah berapa lama agaknya aku ingin tulis segala isi hati aku, lepas keluar dari musim percintaan kali ini. Mungkin aku antara manusia bertuah (*atau celaka?) kerana sekejap berada dalam hubungan percintaan dua hala, sekejap berada dalam hubungan percintaan sehala. Mungkin juga. Mungkin juga aku hanyalah seorang lagi manusia tidak tahu erti syukur hingga banyak hubungan yang jika aku jaga hubungan itu betul, memang betul ia akan bawa aku ke saat bahagia ke syurga.

Kecewa itu ya, kecewa itu ada.

Dan kekecewaan ini sebenarnya membawa aku ke satu dimensi yang jika aku keluar daripada dimensi ini, aku khuatir aku bakal kecewa lagi sebagaimana kecewa aku sebelum-sebelum ini. Dimensi di mana aku lebih selesa bersendirian, berhibur ke sana ke mari berseorangan, tanpa ditemani seorang kekasih yang betul mencintai aku ingin hidup bersama aku selamanya. Ya, aku sebut kekasih, bukan gadis. Pernah satu tahap aku sampai tidak kisah jika ada seorang lelaki yang betul jatuh cinta padaku. Yang lebih setia lebih membuat aku suka bahagia tiap hari melihatnya berada di sampingku.

Tapi, tidak kini.

Kini dimensi yang kuberada ini hanyalah sebuah dimensi di mana seorang itu tidak lagi punyai perasaan dan harapan terhadap institusi perkahwinan. Dimensi di mana seorang itu lebih bahagia bersendirian daripada sentiasa sakit terhiris hati akibat kekecewaan dalam percintaan yang hanya sampai separuh jalan. Mungkin aku hanya cuba mengubati hati aku, tetapi aku tidak rasa dimensi ini sama seperti dimensi mereka yang 'forever-alone'. Begini. Dimensi 'forever-alone' bagi aku, adalah dimensi di mana seseorang itu sangat-sangat mahu berada di dalam sebuah perhubungan percintaan, namun dia tiada upaya hendak menjadikan itu berlaku. Justeru dia sentiasa sakit jiwa, melihat mereka di luar ataupun dalam sirkulasi sahabatnya bercinta.

Mereka orang yang juga rabak, tetapi lain rabaknya daripada aku. Rabak aku, lebih bahagia bersendirian. Rabak mereka, pedih dan sentiasa inginkan kekasih percintaan hingga sampai satu tahap mereka terpaksa mengganggap sesuatu barang ataupun crush bercinta dengan mereka. Ya, sehingga ke tahap berhalusinasi. Mencipta sesuatu untuk membahagiakan diri. Aku pernah jugalah berada di tahap itu. Tetapi keputusan telahpun dibuat. Dan aku tidak akan berpaling lagi daripada keputusan aku ini.

No more partner for me. Forever.

Dan kerana itu juga, aku dah menjadi sombong sekarang. Sombong dengan rancangan Tuhan. Sombong dengan kemanusiaan. Datanglah peluang percintaan perkahwinan bagaimana sekalipun, orang kaya-kaya ataupun Perdana Menteri mahu sponsor atau wajibkan aku kahwin sekalipun, aku tidak akan berkahwin. Walaupun aku suka melihat kawan-kawan aku berkahwin.

So, who is more fucked up than me now?

Ulasan

Unknown berkata…
Let's see how long you can stand without marriage life or even a girlfriend.
AntBully berkata…
gimme five? :)
LY berkata…
high five!
Unknown berkata…
Riak sangat gayanya. Macam dah x percaya kat takdir Allah tu.. siapa lah awak tu nk ckp mcm ni ye.. hehe.. Rilek brader.. nanti bila tuhan tunjukkan kuasa Dia sikit, xde siapa dah boleh halang. Dingin beku mcm mana pon hati tu, skejap je, skejap je cair pon.. kahkah..
syud berkata…
giler ah. eleh ada ke org tahan xnak kawin sbb kecewa. kecewa tahap gaban sekalipon kalo dh jumpa yg baru, xkemana nyer nekad-single-mingle-smpai-ke-tua tuuu.hahaha.
nt dh jmpa calon, sila baca balik entry ni dan gelak sesorang hahaha
M. Faiz Syahmi berkata…
I'm JUNKS;
I never had a real relationships in three years. So yeah, it's been three years now. We'll see how it'll goes.

Mulan Mia;
Five!

LY;
Five!

fathiah jasni;
Aku ni degil juga orangnya. Macam aku cakap, sampailah cinta macamana hebat sekalipun, memang aku tolak. Sebab aku dah letak garis permintaan aku yang aku rasa tak mungkin Tuhan akan berikan pada orang seperti aku.

syud;
Ada. Mesti dalam dunia kau tiada kan? Dunia aku, ada.
Unknown berkata…
Biarlah masa yg memberi jawapan
AsyieqiN Rkey berkata…
nak high five jugak!

tapi rasa bersalah dgn mak bila cakap xnak kawen..

mak cakap..

"mak letih jawab org tnya"

haih
cikpia berkata…
kerja hati ni kerja tuhan.... kita taktau bila DIA akan bolak balikkan hati kita kan?

tapi bak kata orang kampung aku, cross the bridge when we reach it la..... sebelum tu have fun!! all the best with ur single life bro!!!!
SuKeAtIAkuLa berkata…
huhuhu i had been that stage....tp ape2 pun hanya berserah kepada Tuhan sebab Dia yg menetukan. Lagipun da penat sgt nak bercintancintun-putus-kecewa-melalak-da ok balik and ulang balik tu semua!!!! ape2 pun just nikmati hidup yang ada,berseronok selagi boleh and let time heal all that!!!
melati merindu berkata…
We're in the same boat!

Now give me 10! :p
QimiQimon berkata…
...jangan mencabar kuasa Tuhan..kang tetibe Dia buka hati kau utk seseorang tu macam mana? takkan nak songsang kott~ ermmm...
EK berkata…
i can feel you bro.

kes kepercayaan dikhianati ni paling sakit aku rasa.

ramai rupanya nak single sampai mampus dan berpasangan dengan bidadari di syurga.

sama la kita!
miss hanna berkata…
saya pun ada sampai tahap macam ini.Tapi saya mula redha bila orang cakp suatu hari nanti ada seseorang untuk kita. Andai tiada jodoh didunia,mungkin disana. bersendiri pun oke what tp nak smpy bila.sekeliling kita semua berpasangan.even tubuh kita pun berpasangan.kiri dan kanan. sekian, terima kasih. hehe
ini parah. I took 5 years to heal my broken heart eventhough it was just a teenage love. first love was never that easy to forget, right ? i'm gonna be 21 next year and too young to give advice but be strong and try to open your heart. be prepare for the worst that can happen in a relationship. pengalaman mengajar kita erti hidup yang sebenar
gadis berkata…
Who's more fucked up than you? Me. Congratulations, we're in the same boat.
farizah farr berkata…
Haihhh..me frustrated too..n x ltk ape2 garis pnduan utk x ber relationship in future..jodoh kan Allah aturkan..klau Dia nk bg jodoh kt ko one fine day..xkn ko nk tolak lg...
Unknown berkata…
sabar la faiz...saya dulu pon pernah jugak rabak gila camtu....sampai single 3, 4 tahun...orang nak ngorat semua saya rejek...kecewa yg amat sangat...sampai jadi anti lelaki dan benci amat2 nak kawen....sampai sanggup jadi andartu sebab takmau kawen..tapi sekarang ni saya dah jumpa someone...bahagia la jugak...tapi benci nak kawen tu ada lagi sebab takmau tambah komitmen dan tanggungjawab dlm perkahwinan...hehehe
Nooraisyah Nadiah berkata…
buad apa yg bahagia. apa yg kau rasa berguna untuk kau rasa. mudahkan?

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.