Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

KITAB TERFAKTAB #4 : KONOTASI RASA

Imej
Telah terbit!


Kami, warga Skuad Terfaktab dengan rendah diri menjemput kalian ke pelancaran Kitab Terfaktab: Konotasi Rasa bertempat di booth 102-103, PWTC Kuala Lumpur pada 14 Disember ini.
Kitab Terfaktab #4 Konotasi Rasa adalah garapan dari 18 penulis Skuad Terfaktab (termasuk dari blog TerfaktabZine) berkongsi mengenai konotasi (idea) dan rasa (perasaan). 36 topik relationship ditulis dalam buku ini dengan gaya tersendiri. Dijual pada harga patut RM20.00 sahaja. Boleh dibeli mulai 11 Disember bertempat di PWTC, KL dan online shop kami www.terfaktab.com
Tunggu apa lagi? Zass!

Hey Ho!

Imej
Lama jugak tak update perkembangan terbaru Terfaktab ni. Balik-balik kat Twitter, Facebook dan Instagram. Yang kat blog ni dah berhabuk tak update. Baiklah baiklah, kami minta maaf. Masing-masing bizi dengan kerja. Yang si Aqram sibuk ke hulu ke hilir berdagang. Yang si Reeney sibuk jaga menguruskan apa binatang semua tu. Yang si Leplep sibuk jaga hati makwe-makwe. Yang lain-lain semua tengah sibuk buat yang terbaik untuk Kitab Terfaktab 4. 
Wait, kitab terfaktab 4? Omaigod dah start rupa-rupanya Kitab Terfaktab ini. Bakal menemui korang pada Disember. Jangka pada Pesta Buku 1Malaysia kat PWTC nanti. 11-15 Disember. Engko semua get ready lah. Selepas kita dah ada Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti, Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal dan Kitab Terfaktab Sarkastik Cinta, selepas ini apa pula tajuk dia engko hagak-hagak?
Apa-apa pun kami semua memang tengah brainstorm nak pilih tajuk, nak pilih cover, pilih artikel dan editing lagi. Cuma yang pasti, kali ini Kitab Terfaktab menampilk…

Perkara Yang Benar Mengenai Cinta. Kemungkinan.

Lambat-laun semua orang akan tahu bahawasanya cinta itu memerlukan dan diperlukan oleh semua manusia di muka bumi hatta dia paderi atau sami sekalipun. Tapi, adakah semua orang benar-benar perlukan cinta pada masa yang tidak tepat dan tempat yang salah? Nope. Kita semua perlukan cinta itu pada waktu yang sesuai dan tempat yang betul seperti bila kamu rasa 'nak bermanja' tapi tersekat dengan peraturan 'couple itu haram', lalu kamu bentang sejadah merayu diberi cinta azali oleh Tuhan tanpa ada usaha fizikal. Entah mengapa bagi aku cara ini kurang logik. Doa saja tidak berguna jika tiada usaha yang real bukan? Padahal boleh saja kalau Whatsapp (kalau ada Whatsapp) lepas menghadap Tuhan pada seseorang yang kau fikir; 'eh dia ini menarik dan aku teringin jadi kekasih dia yang halal' dengan satu ayat ringkas;
(typing..) Asalamualaikum. Nak tanya, demi Allah adakah kau sayang aku?
(typing.) Waalaikumusalam. Demi Allah, aku menyayangimu dan berusaha untuk dimilikimu s…

Mistakes and more.

Everybody makes mistakes. No one is spared. Making mistakes is part of life. We make mistakes and we learn form it. That's is how life should be. But we can't be making the same mistakes again and again. That's is stupidity. Start to learn from it. And avoid repeating it. Yes, talking is easy. Sometimes, we never realize it was a mistake until it was too late, or someone highlighted it to us.

Being in a relationship is a life challenge. We are prone to makes mistakes. Be it small or huge mistakes that could put the relationship in jeopardy. Some mistakes are forgiveable but certain mistakes would just be too hard to forgive. The core of maintaining a stable relationship is trust. When trust is broken, that is the biggest mistake one could make. When it happen, it depends on both parties to talk it through. The one who's hurt may forgive, but the relationship may end there.

Being in pre-marital relationship is a risk. You should know it. You'll be influenced by the …

Slot Drama Cinta Ringkas

Saya masih serius mencintai teman wanita saya manakala teman wanita saya pula masih serius mahu saya meninggalkannya. Jadi pada suatu malam yang dingin, di mana suhu hampir mencecah -4 darjah celcius saya pergi berjumpa dengan teman wanita saya untuk membincangkan hala tuju hubungan kami.
Kami berjumpa di tepi tasik di pinggir ibu kota. Sengaja saya memilih tasik sebagai tempat pertemuan untuk membangkitkan mood melankolik dan drama. Saya duduk di atas sebuah bangku sambil kepala mendongak melihat bulan. Tidak lama kemudian, teman wanita saya muncul dan kini bulan sudah menjadi dua.
Dia hanya berseluar jeans dan menyarung baju panas yang saya hadiahkan padanya dulu. Baju panas itu saya kait sendiri apabila tiada drama menarik untuk ditonton di tivi. Dengan masih mahu memakainya, itu adalah satu perkembangan yang bagus untuk cinta kami berdua.
Dia duduk di sebelah sambil tersenyum manis. Saya menyelitkan sekuntum bunga matahari yang memang saya sengaja bawa untuk mencuri hatinya. Namu…

Kenapa perlu ada ex dalam hatimu?

Kekasih, Kenapa perlu ada ex dalam hatimu? Apakah kau masih keliru, atau kenangan masih kuat di kalbu?
Kekasih, Aku berikan kau satu contoh, Semoga kau tak bodoh, Dia umpama mimpi yang hodoh, dan aku pula potensi jodoh.
Apakah kau mahu pilih hodoh berbanding jodoh? 
Oh, mungkin kau kira kau dan dia masih punya peluang, Selepas berjuta kali dia siakan, Selepas tujuh malam kau menangis sakan, Selepas kau sakit tak lalu makan.
Woi woi woi, Siapa yang datang beri harapan? Ni dia, ni dia orangnya. Kahkahkah. Real real.
Kekasih, Hilanglah segala ingatan, Aku rela kau lupakan, Kenangan manis kita andai kau bisa lupuskan juga kesengsaraan.
Dia ibarat lirik lagu bangang yang lekat di otak bukan?
Kenapa perlu ada ex dalam hatimu? Kenapa kenapa kenapa? Oh God, tell me why. Ku tak mahu kau terus terbuai.
Dengan memori kau dan dia berpegangan tangan, Dengan memori kau dan dia masih berpacaran, Dengan memori kau berjumpanya di bawah sinar rembulan.
Bukankah aku ada dan aku juga punya tangan?
Kau ma…

Buku Baru : Kamar Sutera

Imej
Kamar Sutera merupakan buku terbaru dari Terfaktab Media untuk bulan September 2013 ini. Merupakan tulisan penulis blog keretamayat.blogspot.com atau dikenali Hamka Kereta Mayat, buku ini mengisahkan kisah kehidupan laki bini yakni dari Hamka sendiri. Islamik, namun digarap dengan unsur humor, sindiran dan ilmiah dalam memastikan perkahwinan laki bini #TillJannah. Sesuai juga untuk belia yang ingin berkahwin dan ingin melihat lebih dekat kehidupan perkahwinan secara 'Islamik' itu sebagaimana. Kurang sesuai untuk 18 tahun ke bawah melainkan berangan nak kahwin lepas SPM. Itu dikecualikan.
Sudah boleh dibeli di laman online www.terfaktab.com dan akan dilancarkan pada 14 September 2013 di Danga Bay, Johor Bahru bersempena Johor Bahru Writers and Readers Festival. Bakal memasuki pasaran toko buku Kinokuniya, MPH dan Kedai Buku 1Malaysia mulai bulan hadapan. Apa lagi, tilljannah la~

Surat untuk bakal bekas kekasih

Awak,
Buat apa tu?
Dah makan?
Ada sakit apa-apa?
Kerja okay?
Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak?
Kalau semua orait, baguslah.

Awak,
Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat.
Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka.
Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita.
Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat.
Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat.

Awak,
Seperti malam boleh menjadi pudar,
Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang,
begitu juga dengan perasaan.
Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba,
Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya,
Itu mungkin kehendak Tuhan.

Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah.
Dan jangan pula awak menyerah kalah.

Benda dah lepas, maka lepaskanlah.
Pegang masa depan dengan erat,
andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni.

Awak,
Biasakanlah hidup tanpa saya,
Risau-risau saya hilang…

Dari Pejabat Terfaktab September 2013

Imej
Sweet surrender on September. Bulan ini bulan sibuk bagi pejabat kami kerana kami akan ke sana sini mengharungi tuntutan jelajah ke pelusuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Namun, kami tentunya kekal komited dalam menjalankan misi menyebar cinta kepada para pembaca disamping mencari idea apabila berkelana.
Berikut ialah aktiviti dagang yang kami akan bersama atau sertai pada September ini.
i) Alternative Book Fest di UiTM Lendu Melaka - 4 September 2013 ii) Al Malik Faisal Hall UIA Petaling Jaya Bookfair - 4 dan 5 September 2013 iii) Johor Bahru Writers and Readers Fest Danga Bay - 14 dan 15 September 2013 iv) Pesta Convex'13 USM Pulau Pinang - 18 hingga 22 September 2013 v) Art For Grabs Annexe Central Market KL - 28 dan 29 September 2013
Kalian yang mungkin menyimpan cita-cita atau impian untuk memiliki buku-buku penulisan dari penulis kami ini bolehlah datang ke lokasi-lokasi berikut pada tarikh yang telah diberitahu. Dan pihak kami juga menjangkakan buku terbaru iaitu K…

Jam Tangan Kanan

Aku memandu dan dia duduk di sebelah. Mata aku melihat tangan kanan dia dan terlihat dia memakai jam tangan di tangan kanan. Terus, aku buka jam tangan aku yang ada pada tangan kiri dan menukarnya ke tangan kanan aku seperti kebiasaan.
"Eh, kenapa awak tukar kat tangan kanan?" tanya dia.
            "Oh, saya memang pakai jam kat tangan kanan. Saya pakai jam tangan kiri sebab biasanya makwe sebelum-sebelum ini yang saya keluar ramai yang pakai jam tangan kiri. Karang berlaga" jawab aku
            "Elehh, tiru ke apa? Saya pakai jam kat belah kanan sebab nak cover ini.." tunjuk dia pada tangan kanan dia yang ada parut kecil pada pergelangan tangan.
            "Eh? Saya pun sebab itu juga. Nah tengok." aku dengan segera tunjuk parut pada tangan kanan aku itu.
             Dia tergelak. Dan kami tergelak di dalam kereta. Tak sangka sebabnya sama.
"Saya ada parut ini sebab eksiden." aku memberitahu.
            "Saya pun! Awak jatuh motor…

Mana nak cari ... macam aku?

Mana nak cari gadis sebaya aku?
yang berbahasa baku seperti aku?
yang cantik sama padan dengan kekacakan aku?
suka melukis macam aku?
suka mewarna macam aku?
suka membaca macam aku?
suka menulis macam aku?
suka menulis puisi macam aku?
suka membaca puisi macam aku?
suka menyanyi macam aku?
suka menari macam aku?
suka muzik macam aku?
suka simfoni macam aku?
suka pergi event art macam aku?
suka dressup macam aku?
suka bereksperimen dengan fesyen macam aku?
suka workout bila perlu macam aku?
suka cantikkan badan dan wajah untuk diri sendiri dan masa depan macam aku?
suka makan buah-buahan macam aku?
suka makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman macam aku?
suka jaga kesihatan macam aku?
suka persoal agama macam aku?
suka persoal dunia macam aku?
suka tonton wayang gambar macam aku?
suka tonton siri TV macam aku?
suka backpacking travel macam aku?

Mana nak cari gadis sebaya yang macam aku?

Semoga Berbahagia.

Video perkahwinan penulis kami Maria Natasha dan pasangannya, Saufy Nizar di Red Bungalow. Tahniah dan engkorang yang lain, bila nak kahwin?

Siri Tafsiran Jantan Versi Ringkas

Dalam dunia ini ada tiga jenis lelaki. Pertama, lelaki pakai akal. Kedua, lelaki tak pakai akal. Dan ketiga, lelaki pakai zakar sahaja. Untuk lelaki yang anda lihat dalam video di atas, dia ada ketiga-tiga ciri tersebut.

Pertama, dia pakai akal. Pukul dalam lif.
Kedua, dia tak pakai akal. Dalam lif ada kamera litar tertutup.
Ketiga. dia pakai zakar. Ada hasil dua orang anak.

Tapi, setelah meniliti dengan tenang sambil menghirup kopi. Tambah pula mood raya masih ada dalam diri ini, aku bedal kuih raya Mofasad dalam balang. Aku syak ada empat jenis lelaki dalam dunia pada zaman sekarang.

Lelaki kerja nak 'memakai' saja, tapi tak reti nak jaga.

Persoalannya, dah minta maaf time raya ke belum lelaki ni dengan bini dia?


Kahwin? Aku? Kahkahkah!

Sudah berapa lama agaknya aku ingin tulis segala isi hati aku, lepas keluar dari musim percintaan kali ini. Mungkin aku antara manusia bertuah (*atau celaka?) kerana sekejap berada dalam hubungan percintaan dua hala, sekejap berada dalam hubungan percintaan sehala. Mungkin juga. Mungkin juga aku hanyalah seorang lagi manusia tidak tahu erti syukur hingga banyak hubungan yang jika aku jaga hubungan itu betul, memang betul ia akan bawa aku ke saat bahagia ke syurga.
Kecewa itu ya, kecewa itu ada.
Dan kekecewaan ini sebenarnya membawa aku ke satu dimensi yang jika aku keluar daripada dimensi ini, aku khuatir aku bakal kecewa lagi sebagaimana kecewa aku sebelum-sebelum ini. Dimensi di mana aku lebih selesa bersendirian, berhibur ke sana ke mari berseorangan, tanpa ditemani seorang kekasih yang betul mencintai aku ingin hidup bersama aku selamanya. Ya, aku sebut kekasih, bukan gadis. Pernah satu tahap aku sampai tidak kisah jika ada seorang lelaki yang betul jatuh cinta padaku. Yang lebih…

We Believe in Love, but in a Different View.

I was actually lying down on my bed, not knowing what to do, besides thinking about love, love, and love – not implying that I am in a relationship or things like that. I just feel the urge to write something, in which most of you could probably relate.
I noticed, living here on the other side of the world ( not really far, to be exact, it’s just an immigration tap away like duhh ) people do not really think about love / marriage as much as when I was back in Malaysia. Let’s just call this people as workaholic / career-minded people. And this ‘mindset’ changed me, it gave me a whole new perspective, I must say.
Some might say it’s a matter of conservative or provocative thinking, but honestly it’s beyond that. First of all, let me start off by putting this disclaimer – I am not promoting which country has the best mentality, and this is just a personal point of view. Plus, I am not stereotyping / overgeneralizing every one of you because I know not all people behave the same way. I …

Buku Baru : Koskenkorva

Imej
Terfaktab Media ingin mengumumkan buku kelapan terbaru mereka iaitu Koskenkorva. Buku ini merupakan antologi cerita pendek dan puisi dari kumpulan penulisan Meteor Rasa yang dianggotai oleh Amal Hamsan (Heroin dan Seyogia), Ashraf Sahdan, Syed Hafeez (Korban Cinta Remaja), Pyol Muhammad dan Acap Rahman.

Meteor Rasa adalah sebuah kumpulan penulisan yang bertapak di blog meteorasa.blogspot.com sejak April 2010 dengan menampilkan penulisan ringkas berkonsepkan 'naluri-jiwa-rasa yang berkait dengan sesuatu peristiwa atau fenomena.

Dari zine kepada buku, mereka telah mengeluarkan tiga buah zine iaitu Koskenkorva #1, Koskenkorva #2 dan Koskenkorva #3. Adalah amat sukar untuk mencari ketiga-tiga koleksi zine mereka ini kerana cetakan yang terhad.

Oleh itu, pihak Terfaktab Media telah mengumpul dan membukukan penulisan terbaik dari Koskenkorva serta melakukan penambahan penulisan baru dari penulis Koskenkorva. Ini bertujuan untuk memelihara cetusan idea penulisan yang bagus agar tidak dit…

Jualan Penghabisan Stok

Seperti yang dijanjikan. Sempena dah Ramadhan. Maka pihak kami berbesar hati membuat jualan penghabisan stok dengan menawarkan potongan harga dari 10% hingga 30%.

Layari www.terfaktab.com untuk membeli buku-buku yang nak di habiskan stock tersebut.

Lincah!

Sesiapa Yang Kakak, Abang, Mak, Ayah, Adik, Sepupu Sepapat dan Sedara Mara Kepada Gadis Ini Sila Lempang Gadis Ini Kasi Sedar Sikit Sebab Aku Nak Muntah Hijau Seminggu. Yeaaaaa!

Cubit

Imej
p/s : Nak lagi rare. Surat nikah lah.

Kisah Sang Matahari dan Pohon Hutan.

Imej
Selamat malam pacar orang dan tukang tukang selingkuh. Eh, salah ni. Maksut saya, selamat malam para pejuang yang masih bertahan memperjuang cinta. Gagah sekali kalian :’) Tanggal sudah menginjak ke bulan Juli yang menjadi pertanda kalau sudah lebih dari separuh bagian tahun 2013 yang tlah kalian lewatkan. 
Saya kurang tau apakah kalian pernah denger analogi matahari dan pohon. Kalau ada yang udah tau, yo wes. Minggir sana main jauh jauh. Kalau ada yang belum tau, saya bakal berbagi cerita ini sama kalian. 
Jadi kemaren, saya dan teman teman saya kebetulan lagi duduk dan bercerita tentang tingkat kecepatan seorang manusia untuk bisa jatuh cinta. Yang nama manusia pasti banyak perbedaan dong, iyakan? Ada orang yang bisa jatuh cinta dengan satu potong ayat. Dan ada orang yang bahkan udah diracuni beratus ratus ayat pun, dia belum tentu bisa untuk jatuh cinta, istilahnya ini - play hard to get. Kategori manapun anda, tenang dulu. 
Seperti kata pepatah, orang tamak selalu rugi. Jadi jang…

Mungkin Dan Masih Bertahan?

Kadang-kadang Kenapa entah kau tak faham Kenapa kau suka buat perbandingan Pernah tak kau terfikir untuk pergi jauh sedikit? Mungkin kau rasa dia menjengkelkan. Mungkin kau rasa dia menyusahkan. Mungkin kau rasa dia berperangai kebudak-budakan. Tapi cuba kau pikir jauh sedikit. Kau tahu dia suka masak engkau punya makanan kegemaran. Kau tahu dia akan ambil baju kerja kau dan gosokkan. Kau tahu dia akan tolong kau dalam kesusahan. Kau tahu dia akan maafkan kau biar mana pun besar kesalahan.
Jadi kenapa kau tak pernah terpikir jauh sedikit untuk masih lagi terus bertahan?
Reeney Zulkifli @ ER #ProjekBukuSinis123

Dilema gadis cantik.

Imej
Suatu tengahari di pantri pekerja. Rakan sepejabat berhimpun semeja dengan hidangan masing-masing. Ada nasi lemak, ada mihun bungkus, ada pula hanya hirup mi maggi sebab kekeringan duit (baru awal bulan kering duit? dasar boros!). Tetapi biarpun sibuk dengan pinggan masing-masing, kami membisu, membiarkan hanya suara seorang gadis langsing tinggi lampai bermuka putih--Mal--yang bercakap. "...And then, si lelaki tu mesej I banyak-banyak kali, lepastu I buat tak layan, lepastu dia bagi mesej yu-tak-sudi-tak-apalah. Ewww poyo sangat! Tak hingin kot kat dia. Lepastu ni ha lagi seekor ni. Bini dia dah tahu dah pun. Dah nampak dah I. Tu belum lagi pasal Datuk yang asyik kacau I ni. Nabi baiklah ex I yang kacau I sepanjang minggu lepas dah back down. I ni kalau sekali cakap taknak memang taknak dah kat dia. Degil meroyan jugak nak kat I. Hmmmm." Min geleng kepala mendengar celoteh Mal. Sambil menghirup mi karinya beliau cuma komen;
"Untunglah orang cantik."
*************…

Tidurlah Sayang

Imej
Lagu iringan.

The Less You'll See.

Sejak akhir-akhir ini, aku dan rakan-rakan kerap bermain permainan 'Mafia, Doctor dan Spy' melalui daun terup. Permainan ini mencabar dan menguji minda dalam meneka dan menganalisis sifat manusia melalui perbuatan, percakapan dan keseluruhan permainan itu sendiri. Kalian patut cuba permainan ini dan kadang-kala boleh terleka sampai ke Subuh.
Aku mendapat satu input dari permainan ini iaitu;
"The closer you look, the less you'll see."
Ya. Ia quote yang sama dalam sebuah filem Hollywood. Sememangnya benar quote itu dalam kehidupan seharian. Apabila menyentuh kehidupan seharian, semestinya ia juga akan berkait dengan relationship. Aku boleh katakan quote itu tadi hampir sama dengan satu quote;
"Kalau dah sayang atau cinta, tahi pun dikatakan wangi."
Ingin aku bernatijah di sini tentang sikap trust atau follow the flow yang sering digunapakai dalam relationship. Apabila semakin rapat diri kau dengan seseorang itu, semakin kecil keburukkan yang kau nampak t…

Declaration-lah

Apabila sudah menjangkau usia pertengahan 20an. Nampak gayanya ramai yang seakan sudah tidak percaya dengan declaration. Bahasa geli-gelinya ialah declare untuk jadi couple. Atau confess. Mungkin kerana sudah rasa penat dengan pengalaman lalu yang kalau declare; Siap pilih tarikh dan buat ulang tahun anniversary. Geli juga bila kenang balik.
Dulu aku siap tulis tarikh bila kami declare kat wang kertas RM10. Ada dua keping RM10 yang ditulis dengan tarikh dan nama kami berdua. Masing-masing simpan sebagai tanda ingat pada tarikh declare. Kahkahkah. Aku nak cerita balik pun aku nak muntah.
Cuma mungkin, ada sedikit sweet untuk yang merasa ia satu perlakuan yang sweet lah.  Romantik? Sedikitlah. Teruk juga gaya romantik sebegini.
Baiklah. Aku akui bahawa declaration sudah tidak releven untuk mereka yang mahukan satu hubungan itu nampak lebih terbuka dan simple. Cukup dengan hang out dan mengaplikasi rasa hati dengan senyuman, pandangan dan kata-kata manis antara pasangan pun sudah cukup …

Tentang Hati

Assalamualaikum wbt.

Hai semua ! Amboi lamanya dah tak menulis kat sini. Rindu pulak nak tulis. Jadi, macam mana dengan engkau orang semua? Sihat? Tu benda yang kaler merah kat belakang rusuk tu, sihat? Kalau orang yang tak merokok, tak ada tersedut asap rokok tu memang merah lah kalernya. Tapi kalau yang sekejap-sekejap nak berasap tu, entah kaler apa aku pun tak tahu. Kang sebut hati kaler hitam kang, ke lain pulak maksudnya.

SK tak nak memceceh panjang-panjang. Jadi, topik apa mende yang SK nak tulis hari ni?
Deng deng deng !!

SK nak tulis tentang hati.

Hati kita ni, ada masa dia seronok. Ada masa dia tak seronok. Ada masa dia nampak elok. Ada masa nampak keronyok-keronyok. Kadang-kadang macam pisang bonyok pun ada. Kita tidak akan sepanjang masa merasa gembira. Pasti akan ada harinya di mana kadang-kadang kita rasa nak keluarkan hati tu, lepas tu letak dalam peti sejuk di ruangan sejuk beku supaya kita tidak rasa ngilu dan sakitnya. Ewah ! Dramatik.

Kita pernah fikir tak kenapa ka…

Pesta Buku Selangor

Imej
Kami membuka booth bersama penerbit lain iaitu Dubook Press, SeLUT Press, Sang Freud Press dan Merpati Jingga di Pesta Buku Selangor pada 24 Mei hingga 2 Jun 2013.

Kalau senang-senang, tambah pulak stay area Klang Valley. Bolehlah singgah ke Shah Alam Convention Center booth H02-N22 untuk menikmati pelbagai buku-buku akternatif yang mencambah minda.

Buku keluaran kami iaitu Kitab Terfaktab 1, 2 dan 3. Servis Satu Malam, Makan Dalam, Diorama Eksisten serta yang terbaru Korban Cinta Remaja terdapat di Pesta Buku Selangor.
Diskaun dari 10% hingga 30%. Dan Pakej 3 buku RM50 yang memang puaka dari segala puaka-puaka cinta. Jumpa korang di sana. 
Ikuti #IndieKe di twitter untuk perkembangan lanjut.
Zass~~


Rupa Paras Jaminan Bahagia?

Imej
Bila manusia mahu menjadi Tuhan, Segala apa yang tidak disukai dijatuhkan hukuman.
Rupa paras bukankah satu kurnia? Mengubahnya dengan sengaja bukankah mengundang dosa?


Bila melihatkan orang menilai manusia lain dengan bangsa, agama --- seringkali terfikir, apakah dalam hidup mereka, mereka sendiri tidak pernah dinilai sedemikian rupa. Adakah dengan membezakan setiap orang dan mengganggap mereka semua adalah jahat, itu menjadikan hidup anda lebih baik?
Entahlah. Padahal benda begini sudah dipupuk sejak dari kecil. Kita diajar melayan setiap orang sama rata, tidak mengira siapa pun mereka. Apa latar belakang mereka dan sebagainya. Adakah kalau kita sakit dan pergi ke pusat perubatan yang di mana pengamal perubatannya tidak sama bangsa dan agama dengan kita, kita akan dihalau pergi begitu sahaja?
Sesuatu untuk difikirkan barangkali. Begitu juga dengan orang yang melihat warna kulit, saiz tubuh badan dengan pandangan hina dan mengagungkan warna kulit serta saiz badan dia dan ke…

True Friends

Imej
Assalamulaikum warohmatullah.

   All of us have friends. But not all of us have true friends. True friends are rare. They are special breed. They are hard to come by. True friends are exclusive species created by God. True friends aren't those things money can buy. They are so rare so the number of them usually don't exceed the number of fingers on a single hand. In every 1000 friends we have, there might be only one or two. Or none at all.

   Friends are presents. But true friends are God's gifts. They are rewarded to us. True friends are always there for you when you need them. They are even with you at times of when you don't need them. Because they know they are needed. Sometimes, true friends already knew what you didn't even tell them. Because they knew you so well. However, distance may kept them apart. But true friendship never separate them apart. True friends are friends who always listen and understand. They never punish, they never judge. True friends l…

(Kispen) Of Megi Goreng And Political Love

Imej
It was silent.
Well, the mamak was noisy, as always; but the two of us were silent. It is the aftermath, the day after the election. After staying up late counting votes and waking up even later than usual, this is all they could muster-a silent lunch date in a mamak halfway from both homes. A compromise of sort. “Mau apa cik?” Asked the waitress.
“Megi goreng.” Said he. Damn, I wanted that first!
“Megi goreng too.” I mimicked. The waitress smiled and repeated the order. “Megi goreng dua. Ok.”And between the long silence of waiting for the food, we started talking. “So they won.” He said.
“But lose some hot seats.” I repeated.
“How’s your place?” He asked.
“The YB I voted won. How’s yours?”
“Lost. But, heh...I guess I'm alright."Silent again.

The month started normally. Until the election date was announced that is. And slowly, little by little, our talks of movies and dates and future plans began to drown under the jargon of political science. As the days progress, the discussion …