Buku Baru : Koskenkorva

Terfaktab Media ingin mengumumkan buku kelapan terbaru mereka iaitu Koskenkorva. Buku ini merupakan antologi cerita pendek dan puisi dari kumpulan penulisan Meteor Rasa yang dianggotai oleh Amal Hamsan (Heroin dan Seyogia), Ashraf Sahdan, Syed Hafeez (Korban Cinta Remaja), Pyol Muhammad dan Acap Rahman.

Meteor Rasa adalah sebuah kumpulan penulisan yang bertapak di blog meteorasa.blogspot.com sejak April 2010 dengan menampilkan penulisan ringkas berkonsepkan 'naluri-jiwa-rasa yang berkait dengan sesuatu peristiwa atau fenomena.

Dari zine kepada buku, mereka telah mengeluarkan tiga buah zine iaitu Koskenkorva #1, Koskenkorva #2 dan Koskenkorva #3. Adalah amat sukar untuk mencari ketiga-tiga koleksi zine mereka ini kerana cetakan yang terhad.

Oleh itu, pihak Terfaktab Media telah mengumpul dan membukukan penulisan terbaik dari Koskenkorva serta melakukan penambahan penulisan baru dari penulis Koskenkorva. Ini bertujuan untuk memelihara cetusan idea penulisan yang bagus agar tidak ditelan arus pembangunan.

Berikut antara cerita pendek yang terkandung di dalam Koskenkorva.



Koskenkorva boleh dibeli secara online-pos melalui laman Terfaktab Shop iaitu www.terfaktab.com <-- klik untuk ke pautan.

"I read Koskenkorva when I want. Simple" - komen Dash mengenai Koskenkorva sambil meletakkan rating 4/5 bintang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.