Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel suami

SUAMIKU NOBURU WATAYA oleh NURUDDEAN

Cerpen ini dipetik dari buku Antologi Suamiku. Untuk pembelian buku ini, sila klik link ke webshop kami ->  https://terfaktab.com/product/suamiku/ Mungkin aku patut namakannya Noboru Wataya. Ianya nama watak kucing yang hilang dalam buku Murakami. Aku mulanya bercadang untuk menamakannya Otsuka atau Kawamura tapi Noboru Wataya agak sesuai memandangkan nama suamiku bermula huruf N. Lagipun, memandangkan suamiku acap kali hilang di waktu siang, mungkin nama itu cocok dengannya. Atau aku patut namakannya Baron Humbert von Gikkigen. Miniatur kucing yang dihidupkan dari animasi Mimi o Sumaseba ke dalam Neko no Ongaeshi. Dia kacak, pakai sut dan topi. Tapi Baron adalah karakter antromorfis dan aku fikir ia tidak sesuai memandangkan suamiku tidak berdiri atau berjalan seperti manusia. Dia berjalan seperti kucing-kucing lainnya. Lagipun aku suka Noboru. Ia mudah disebut dan sedap didengar bukan? Ini bukanlah metafora, jika kau bersangka begitu. Suamiku betul-betul seekor kucing....

Wanita Tua Di Balik Jeriji

Imej
"Hei!" jeritnya pagi itu. Aku jenguk ke luar tingkap dapur, melihat kelibat seorang wanita rambut keriting. Anak perempuannya yang kecil datang menghadap. Oh, dia bukan panggil aku, walaupun tingkap dapur aku berhadapan dengan tingkap dapur dia. Tiba-tiba wanita itu mula menaikkan suara. Menjerit-jerit. Memaki-maki. Si kecil hanya tunduk. Aku perlahan-lahan selesai bersihkan pinggan di tangan lalu berundur ke belakang. Aku meninggalkan dapur dan minum kopi di ruang tamu, dengan harapan suaranya hanya sayup-sayup didengari di ruang hadapan ini.  Sumber Begitulah rutin aku hari-hari. Kalau aku bertembung dengannya semasa basuh pinggan atau cuci tangan, aku cepat-cepat akan berundur. Kerana mesti aku akan mendengar suaranya memaki anak-anaknya, serta suaminya. Tengking dengan suara yang tinggi. Yang memeritkan hati aku, tiada siapa pun yang melawan. Anak remaja pernah menjawab sepatah, kemudian dihambur semula dengan kata-kata berdesibel seratus dua puluh. Ada suatu h...

Kualiti Hidup Berpasangan.

Imej
Zaman sekarang ni ramai betul nak berbicara mengenai kualiti. Semua benda nak kualiti. Kononnya kualiti haruslah membenam kuantiti. Kualiti dalam segala hal termasuklah hendak memiliki pasangan hidup yang kualiti tanpa memikirkan tahap kualiti diri sendiri. Kalini, aku sebagai penulis yang rendah darjatnya di sisi kalian pembaca-pembaca blog terfaktab, ingin berkongsi sedikit idea mengenai apa yang aku tahu mengenai kualiti di dalam hidup. Lebih spesifik, hidup berpasangan. Bila bicara mengenai kualiti, pastinya ia terlampau subjektif untuk di spesifikkan kualiti jenis mana yang kau harapkan ada pada pasangan kau. Ya, ia sangat subjektif. Mungkin kualiti yang aku harapkan ada pada bakal kekasih aku nanti tidak sama kualiti dengan apa yang kau harapkan. Umpama bila membancuh air milo yang berkualiti (ada setengah orang sebut melo. Aku tak tau celah mana huruf 'e' tu wujud), sememangnya ada orang yang suka milonya nipis dan rasa manisnya tinggi. Macam aku, aku suka kepekatan cok...

Surat daripada seorang wanita kepada future HUSBAND….

Imej
Ah, ini entri lama saya tulis dalam nota Facebook dulu. ingat tak? Berpuluh2 shares, sampai beribu-riban comments siap gaduh2 lagi pertikaikan kenapa "laling-laling" dalam entri ni. ada yang suka, dan ada ramai la geli (mostly lelaki, ofcozz) Ahahaha...yang penting, saya repost balik ke Terfaktab, jadi anda dapat enjoy semula walaupun Facebook saya telah didelete :) Surat daripada seorang wanita kepada future HUSBAND…. Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu). Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?) Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya. Oh Laling (chewah geli pulak dah ni) Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling...