Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cN

Seorang Arjuna Mahu Bertemu Bunganya.

Imej
Zinedine Zidane - 10 minit terakhir sebelum tamat perlawanan terakhir - satu simbolik cinta agung yang gagal. Pertama kali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua barisan kumpulan penulis Terfaktab kerana memberi saya peluang untuk saya menulis di blog ini. Sebelum saya masuk Terfaktab ini hampir setahun yang lalu, siapalah diri ini. Belum pernah aku bertemu di kedai buku dan ada makwe yang menegur "hey, ini Nami ke?" masa tu. Masa tu jangan mimpilah aku punya novel yang masuk Top 5 sales dalam section Bahasa Malaysia di Kinokuniya. Sebelum aku masuk Terfaktab, aku kosong, kosong, ooohh! Ya - hubungan saya dan Erica Micheal telah gagal baru-baru ini dan para haters telah menyambut Hari Raya mereka lebih awal sebelum puasa lagi. Seperti Zidane berjalan melewati Piala Dunia di Kota Berlin pada tahun 2006, saya akui ini adalah tusukan dalam hati paling dalam. Ini adalah perkara paling berat yang pernah saya terima sejak kematian arwah Elly, dan arwah Ez baru...

Selamat Tinggal Dan Moga Berjumpa Lagi,Awek Chuck Taylor.

Imej
Setelah empat hari aku ghaib dari dunia internet dan berita, aku kembali mengumpul kekuatan untuk menulis tulisan ini. Rasanya aku dah cukup kuat untuk aku menulis, dan empat hari tidak mengadap PC - bagi seorang Nami adalah perkara yang janggal dibuat. Rumah aku dahlah takde TV, takde apa-apa maklumat yang aku terima sepanjang empat hari aku berhiatus ni. Aku hanya mengurungkan diri dan melayan perasaan hiba. Entah ya, sebenarnya tak sangka aku berkenalan dengan kau selama lapan tahun. Bermula di food court underground Lot 10 - gadis muka muncung yang suka gigit straw dan main ais - pertemuan kita pada awalnya tidak menyenangkan. Aku kenal kau dari kawan kau satu pusat tuisyen yang bernama Kasturi di KL. Pada awal perkenalan kita, kau aku anggap sebagai gadis sombong yang bajet cun (walaupun aku akui, kau memang cun). Pada awal perkenalan kita yang tak menyenangkan tu, aku dah berpunya tapi aku tak pasti apakah aku mencintainya atau tak. Mungkin kerana desperado masa tu takut tak ...

[iklan] Lelaki Eksistensial - Novel Terbaru Saya

Imej
Dengan rendah diri serta rasa kerdilnya saya dalam dunia penulisan ini - saya mengumumkan bahawa buku novel kelima saya (lagi dua dulu terbit DIY - Pengejar Bintang dan Bau Semangat Anak Muda) - iaitu novel yang berjudul Lelaki Eksistensial akan dilancarkan pada 24 Jun, di The Annexe Central Market, pada jam 2 petang (waktu Melayu). Mengisahkan seorang lelaki yang tidak dinyatakan namanya, dalam kehidupannya mempunyai ramai kekasih yang berlainan gaya dan pemikiran - Fitrana - aktres sinetron gred B Indonesia yang hidupnya dikaburi material, Puspa - seorang gadis hipster vegan yang sentiasa menentang arus serta tidak suka perkara mainstream, Maisara - seorang hijabster yang belajar di institut pengajian tinggi swasta dalam bidang fesyen, meminati Maher Zain dan anak kepada seorang ketua cawangan UMNO, serta Lin, atau Tengku Adlina - anak kepada Tengku Farouk yang memiliki syarikat hartanah terkemuka, meminati dalam bidang penulisan dan membuka syarikat penerbitan ...

Entry Yang Agak Pseudo-Sains Dalam Terfaktab.

Imej
"The future belongs to those who prepares it for today" - Malcolm X. Tatkala bani Melayu sedang menonton fesyen terbaru dan majlis perkahwinan anak Datuk mana entah di Nona ni, aku petang-petang macam ni tak ada kerja baca jurnal sains, atau artikel-artikel yang agak saintifik. Sebenarnya timbul juga cita-cita aku nak menulis dalam blog Pseudo-Sains, tapi memandangkan aku ni takdelah power mana dalam bidang saintifik ni, disamping aku dah menulis dalam 3-4 blog - rasanya tak payahlah kot. Tapi artikel kali ini menarik minat aku untuk aku tulis. Kisah bangsa manusia - Homo Sapiens - menurut kajian saintis pada 100,000 tahun dari sekarang - itupun jika masa itu malaikat Israfil belum meniup sangkakala maut (jangan ada sesiapa cakap "entah-entah dah kiamat - kita manusia mana tahu bila kiamat, dulu dari djaman Nabi Nuh, Nabi Muhammad pun berkali-kali orang cakap nak kiamat - ah, terpusing bab ugama pulak. Anyway ini cuma jangkaan - sebab tu dipanggil 'pseudo-sains...

Bila Segala Hubungan Gagal, Salahkan Lelaki.

Imej
Button merah - bila segalanya hancur - tekan butang ini. " Nami, saya nak bertanya sikitlah. Semalam saya menangis seharian. Saya tak tahu kenapa tiba-tiba dia telah berubah. Dulu, dia sayang je saya. Tapi dia dah berubah. Saya ada dengar dari kawan-kawan saya yang boyfriend saya curang, cari perempuan lain. Kat twitter pun nampak dia mention-mention perempuan lain, kat Facebook pun dia asyik like gambar-gambar perempuan lain, kenapa lelaki selalu menyakitkan hati? Kenapa perempuan selalu menjadi mangsa? Kenapa? " -Gadis Kecewa, Kuala Berang. Sebenarnya aku jarang menulis entry-entry yang bersifat seksis dan chauvinis, terutamanya bab-bab percintaan ni. Bagi aku yang memegang kepercayaan "kesaksamaan gender" - aku percaya kedua-dua jantina adalah penting. Jika tidak, lebih baik anda jadi gay. Aku juga tak suka lelaki yang suka membuli perempuan. Pernah sekali aku ternampak seorang suami yang marah gila babi isterinya sebab tertinggal LRT kerana si...

Setahun Bercinta Dengan Erica Micheal

Imej
Setahun yang lepas, aku baru berpindah di Shah Alam selepas tinggal di Bangsar, kemudian Cheras rumah apartment atas bukit. Pejam celik setahun berlalu pergi. Macam-macam aku telah lalui sepanjang setahun ni, sampai aku tak sedar rupa-rupanya aku dah setahun dah bercinta dengan Erica Micheal ni. Ya - aku akui aku ni mat sejarah. Semua tarikh-tarikh dan tahun-tahun semua melekat dalam kepala otak walaupun aku gagal ingat nombor telefon dan nombor IC aku. Aku tau kadang-kadang follower non-Liverpool kadang-kala menyampah dengan tweet sejarah aku, tapi aku tak pernah komplen tweet cintan-cintun crush ke tweet merapu-meraban, susah-susah aku unfollow je. No warning, no words. Tak payah semak kepala. Rewind balik 12 bulan yang lepas, aku berpindah dari rumah aku di Cheras yang aku tinggal di situ selama empat bulan. Tapi rumah aku di Cheras tu aku tak berapa kenang sangat, sebab first, rumah itu terlalu jauh sampai aku selalu lewat pergi kerja, pernah kena pau dengan budak Sabah (sorr...

Desperado dan Sikap "Minta Member Tolong Adjas Kawan"

Imej
Satu petang ketika aku sedang minum petang sambil makan goreng sukun dan juga teh ais, aku telah dikejutkan oleh satu message dalam Facebook. "Bro, boleh minta tolong tak?" Gua ni kalau nak kata kaya nak tolong-tolong orang ni tak dapatlah, aku ni pun cukup makan. Ini pun dah semput-semput dah ni. "Ha, nak apa?" balas cara yang pendek dan tak-nak-cerita-panjang. "Aku bukan apa lah, umur aku dah nak lanjut. Aku tak ada girlfriend lagi. Aku tengok kau ni, dalam Facebook, Twitter, ramai je awek tegur kau. Cun-cun pulak tu. Aku nak ada awek jugak, tolonglah member. Pass la sorang. Aku sunyi tak ada teman." Kata-kata ini menyebabkan aku terbazir tiga keping sukun goreng. Mati selera aku bila membaca message ini. Rasa macam nak panjat bangunan PKNS dan terjun sebanyak tujuh kali je bila member aku cakap macam tu. OK, when I was single aku admit aku memang selalunya -- desperado. I keep thinking "life will be great if you have a companion...

Adik Angkat - Another Form of Unrequited Love?

Imej
Malam tadi lepas habis teater, aku balik rumah dan aku tak tahu nak buat apa, tiba-tiba aku terjumpa beberapa artifak lama aku, masa aku masa di sekolah Tingkatan enam dulu. Aku terkenang dengan beberapa orang adik angkat masa aku dulu-dulu. Entah, sebenarnya aku tak pernah faham apa itu adik angkat. Aku pernah ada adik angkat - tapi aku tak pernah faham konsepnya. Pada masa itu, aku ada adik angkat sebab bandwagoncy - orang ada aku pun nak ada. Macam sesetengah orang - orang ada couple dia pun nak ada couple, so konseptual kepada apa dan kenapa dibuat tu tak pernah cuba difaham. Ada yang kata nak nampak hip dan trendy, ada yang kata nak nampak normal, ada yang kata nak jadi macam semua orang, hakikatnya semua orang pun tak faham apa yang mereka buat. Menurut ex aku Ez - definisi adik angkat (bagi lelaki) atau abang angkat (bagi perempuan) ialah seseorang yang ingin dicinta tetapi gagal untuk dinaiktaraf menjadi boyfriend/girlfriend. Tapi aku bercakap dengan dia, dia sendiri pun ...

Makwe vs Rokok

Imej
Smokinnnnn'! "Kalau abang Rosyam nak couple dengan Effa, satu je syarat Effa bagi kat abang Rosyam, abang Rosyam kena berhenti hisap rokok, boleh tak?" Sepanjang aku bercouple dengan gadis-gadis - girlfriend aku yang hisap rokok cuma dua orang - out of 10. Erica dan Ez - itupun si Ez tu givap lepas tengok aku dengan abang dia kemain hisap rokok, givap nak jadi suci dari rokok. Anyway, aku ada satu persoalan yang tak pernah terjawab: Kenapa gadis-gadis prajudis sangat dengan lelaki perokok sedangkan hampir 90% lelaki adalah seorang perokok? Kenapa, warum, pourqoui, tim kay yah? Kenapa aku tanya soalan ini? Sebab nenek aku seorang perokok, mak aku seorang perokok - jadi bagi aku adalah okay untuk awek aku hisap rokok. Jadi kalau awek aku hisap rokok, automatiklah prajudis terhadap perokok dari makwe aku itu akan hilang. Antara sebab-sebab yang aku dengar kenapa makwe prajudis dengan perokok: 1.Rokok merbahayakan kesihatan. Terima kasih kepada iklan Kementerian Kesihatan Mal...

Perempuan Dan Tangan Kaki Pukul.

Imej
Harian Metro: Pelakon dipukul suami KUALA LUMPUR: Angkara cemburu buta, seorang pelakon, Balkisyh Semundur Khan, 25, bukan saja ditampar, kepalanya dihentak pada almari malah turut dicekik suaminya berusia 28 tahun di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pelakon yang membintangi filem Diva selain tercalon sebagai pelakon harapan wanita pada Festival Filem Malaysia ke-20 itu bernasib baik apabila melarikan diri dari rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini. Balkisyh yang juga pemenang tempat ketiga pencarian Gadis Metro pada 2004 ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku disebabkan perselisihan faham kerana sikap cemburu buta suami. Pelakon berkenaan dikatakan baru menamatkan sesi penggambaran drama bertajuk Landasan Cinta yang akan ditayangkan pada 25 Februari ini menerusi slot Samarinda di TV3. “Suami saya seorang yang cemburu buta dan gagal mengawal kemarahan menyebabkan saya dipukul. “Namun, selepas mengeta...

Puisi Untuk Erica Micheal Dan Sherina Ellyana

Imej
Erica Micheal - the coolest girl from East Suez. Sempena Valentine's Day - sama ada saya ada kekasih atau menjadi seorang gagalist - refer Isham Rais - saya akan tetap merayakan hari ini. Tahun ini bersyukur pada Yang Maha Kuasa - saya tidak tersenarai dalam golongan gagalist. Harapnya begitulah sehingga ke akhirnya. Saya selalu menulis puisi untuk kekasih saya pada hari Valentines - dan tradisi ini tidak pernah gagal dilakukan walaupun saya seorang gagalist sejak 2005. Bagi saya hari ini adalah hari merayakan cinta - hari merayakan perasaan paling indah dan bila tiada ia menjadi gundah. Ia adalah anak kunci kepada pintu hati. Bermula dari tahun 2008 - saya menulis warkah puisi ini untuk arwah kekasih saya - Sherina Ellyana. Walaupun menjadi seorang gagalist - tetapi saya tetap menulis untuknya. Tahun ini - saya menulis dua puisi - satu untuk kekasih - Erica Micheal yang anggun berbusana jersi Liverpool bernama Luis Suarez, dan satu lagi untuk arwah kekasih - Sherina Ellyana - yan...

Gong Xi Fa Chai - Kepada Sophia.

Imej
Ini ah moi model China - China Doll banyak di BB dan Jalan Alor. Lai lai lai! Setiap kali tiba Tahun Baru Cina - ia mengingatkan aku kepada seorang ah moi yang aku kenal masa aku study architecture di UiTM. Aneh, macam mana aku boleh kenal ah moi Cina di UiTM? OK, gadis ni mak dia Cina, abah dia Melayu, so technically setiap kali menyambut Tahun Baru Cina aku akan wish kepada dia. Sama macam ex-girlfriend aku Ez yang maknya keturunan Yahudi dan Irish - setiap kali Hannukah atau Yom Kippur, atau St Patrick's Day aku akan wish juga. Sophia - aku kenal dia masa sesi minggu suaikenal UiTM. Atau dikenali sebagai sesi membantai junior (pada masa aku lah, djaman sekarang aku tengok student makin manja, dah takde kot). Masa tu aku dengan first girlfriend aku. Masa tu segala-galanya masih suci, segala-galanya masih naif dan segala-galanya masih lagi serba tak tahu. Sepuluh tahun lepas kot. Dipendekkan cerita, masa aku breakup dengan girlfriend aku pada 6 Ogos 2002, aku ada emotional breakdo...

Pandangan Dari Seorang Post-Modernist Tentang Poligami.

Imej
Gambar dari tahun 1892 (tahun Liverpool FC diasaskan) - gambar ketua puak Toba - puak dari pergunungan Andes yang tinggal di Argentina, Bolivia dan Paraguay. Apabila bos bersetuju untuk menjadikan minggu ini sebagai Minggu Poligami - saya kaget. Saya rasa ini adalah topik yang paling saya malas untuk saya tulis. Saya berfikir poligami bukanlah satu perkara yang saya gemari, after all saya rasa ia bercanggah dengan fikrah pemikiran saya. Tapi saya tampil juga, menulis entry ini dan memberitahu kenapa saya rasa poligami ini tak boleh masuk jiwa dengan diri saya. Saya mengambil school of thoughts yang mengatakan "setiap undang-undang tidak akan relevan selamanya". Contoh, pada djaman dahulu sekiranya anda perempuan memakai baju hitam - anda boleh dituduh sebagai ahli sihir dan anda boleh dihukum bakar sampai mati. Saya memikirkan ini tidak masuk akal - samalah dengan poligami. Saya merasakan poligami lebih banyak mencetus masalah, tambahan pula dalam djaman pasca moden ini, leb...