Bila Segala Hubungan Gagal, Salahkan Lelaki.

Button merah - bila segalanya hancur - tekan butang ini.

"Nami, saya nak bertanya sikitlah. Semalam saya menangis seharian. Saya tak tahu kenapa tiba-tiba dia telah berubah. Dulu, dia sayang je saya. Tapi dia dah berubah. Saya ada dengar dari kawan-kawan saya yang boyfriend saya curang, cari perempuan lain. Kat twitter pun nampak dia mention-mention perempuan lain, kat Facebook pun dia asyik like gambar-gambar perempuan lain, kenapa lelaki selalu menyakitkan hati? Kenapa perempuan selalu menjadi mangsa? Kenapa?"

-Gadis Kecewa, Kuala Berang.

Sebenarnya aku jarang menulis entry-entry yang bersifat seksis dan chauvinis, terutamanya bab-bab percintaan ni. Bagi aku yang memegang kepercayaan "kesaksamaan gender" - aku percaya kedua-dua jantina adalah penting. Jika tidak, lebih baik anda jadi gay.

Aku juga tak suka lelaki yang suka membuli perempuan. Pernah sekali aku ternampak seorang suami yang marah gila babi isterinya sebab tertinggal LRT kerana si isteri sedang sakit kaki. Bagi aku lelaki seperti ini memang layak dicampak ke landasan LRT. Time tu bukannya LRT malam pun, petang je. Akan ada lagi LRT lagi lima minit, hanya perlu bersabar.

Tapi aku tak suka betul bila perempuan gunakan cara "victim card" dan menyalahkan lelaki atas trajedi antara hubungan cinta mereka. Aku perhatikan banyak yang begitu. Macam-macam, lelaki ni tak setialah, lelaki tak reti jaga hati perempuanlah, lelaki suka mempermainkan perasaanlah, segala-galanya sampai naik cliche mendengarnya. The last time aku nampak di Twitter - worldwide trend - hashtag #LiesMenToWomen. Masa ni aku dah facepalm kepala, eh lelaki je ke berbohong?

Aku tak tahulah kalau mengikut jantina lelaki je yang berbohong sebab bagi aku bohong tak mengenal jantina. Dan quote seperti "when girlfriend cancels her date, she really means it but when boyfriend cancels his date, it means he got another date" - ini quote yang jelas sekali berat sebelah dan crap. Macamlah perempuan tak curang. Macamlah lelaki ni tak ada kerja lain.

Dalam lapan kegagalan cinta dalam hidup aku, aku tak terus menyalahkan perempuan walaupun antara kes-kesnya adalah awek lari ke lelaki lain, kikis duit ASB aku, pindah jauh-jauh dan tak nak balik dan cemburu buta nak mampus dan mengongkong aku suruh tengok Akademi Fantasia daripada bolasepak. Bila lelaki clash atau break up, memang akan ada moment emo, tapi lepas tu sama ada dorang pergi main game FIFA ke, dengar muzik punk rock ke, tidur ke, makan ke, atau cari belen topup di YM ke, main futsal ke, atau mengorat awek kilang tepi kedai 7E ke. Mereka tidak terus-menerus menuduh seluruh bangsa perempuan adalah penipu dan pengikis duit. Tak ada pun lelaki (yang aku jumpa) keluar statement "semua perempuan sama je" ke apa. Mereka tak give-up dan tidak menyalahkan perempuan keseluruhannya, hanya menyalahkan individu dan bukan gender.

Daripada main hashtag #LiesMenToWomen, dan terus salahkan lelaki, ada baiknya kita renungkan mana yang silap dalam perhubungan dan betulkan. Mungkin lelaki tu tak sesuai dengan anda. Mungkin ada lelaki lain yang lebih sesuai dari mamat tu.

Mungkin analogi mudah yang aku boleh kata ialah, oleh kerana perempuan ni power gila shopping, aku bagi analogi shopping je lah. Kalau beli baju yang cantik tapi gagal untuk memakai kerana saiz badan, jangan salahkan baju. Dan jangan salahkan badan juga. Terima je ketentuan Ilahi Yang Maha Kuasa. Sebaliknya, cari baju yang bertempatan dengan badan anda. Sekiranya tak jumpa juga, cari sampai dapat. Jangan salahkan baju. Dan jangan nak samakan badan anda dengan Scarlett Johannsen bila anda hari-hari melantak macaroon dan pavlova dan tidak makan makanan yang sihat seperti sayur dan buah-buahan.

Sama juga dengan mencari lelaki - kalau gagal dalam percintaan - jangan salahkan lelaki. Dan jangan salahkan diri sendiri juga. Terima je ketentuan Ilahi Yang Maha Kuasa. Sebaliknya, cari lelaki yang sepadan dengan diri anda. Sekiranya tak jumpa juga, cari sampai dapat. Jangan salahkan lelaki. Dan jangan samakan diri anda dengan Angelina Jolie dan Brad Pitt sedangkan mereka naik jet peribadi dan memiliki rumah beratus juta di Beverly Hills sedangkan anda kerja makan gaji cukup bulan dan makan megi di hujung bulan.

Mungkin cara yang sebenarnya paling terbaik, just walk on. Kalau asyik nak salahkan lelaki, mungkin lebih baik anda jadi lesbian - tapi kalau jadi lesbian pun kes yang sama juga - baik jadi amoeba.


Ulasan

nhdaughter berkata…
ya...boleh diterima,
PemilikCahaya berkata…
ehehe...harap wanita lebih memahami dan tidak prejudis terhadap lelaki lg..
Chu Ah Mie berkata…
Lepas ni la budak laki buat entry yang sama.. huh!

Girl2 yang curang plak x reti2 meh nak insaf...?
CIK IEYQA berkata…
heh, hujung bulan makan megi..haha
Unknown berkata…
ayat yang last tu best.

"kalau jadi lesbian pun kes yang sama jugak - baik jadi amoeba"

kih3!
D'ya Marshmello berkata…
yes exactly.kegagalan dlm phubungan bukannya bpunca dri lelaki or mana-2 pihak .Kalau ade jdoh, xkan ke mana-2 :) nice! thnks for sharing -,-

LATEST ENTRY : Chemistry! Thanks for being nice !
Unknown berkata…
Hmm.Jangan nak salahkan orang saje.Kita ni kene tengok diri kita balek lah ! Kalau tak pegi balik.Huhu!
Tanpa Nama berkata…
yup ada betul n ade yg x agree.. neway nice entry.. dah follow u
Tanpa Nama berkata…
baik aku jadi lesbian ja daripada bercinta dengan laki ni...sebab pompuan ja paham hati pompuan...
Kelingking berkata…
men DOTA dulu sepam.~
yongpropaghandi berkata…
saya tak setuju part jgn salahkn diri. Nape plak.. salahkan diri dulu,baru tengok salah org lain.Baik laki @ perempuan.. kalau dah perangai buruk mcm suke kentut kat public dgn sengaja pun nak Bf/Gf terima kau seadanya...memang takde sape la yg melekat.
Tanpa Nama berkata…
aku suka part analogi tu.mmg sesuai sgt la girls nk phm.
another example in that,kalo x dpt gak saiz baju yg sesuai,custom-made.or in other word,suruh parent cari laki utk kawen.habis crita x pyh gado2 n jelez etc2 suma tu.THE END =]
Tanpa Nama berkata…
Betul, bukan salah individu.. Kalau dah takde jodoh, adalah sebab dan alasannya..
Tanpa Nama berkata…
entry ni sape yg tulis ye? =)

-ye budak prmpuan ini sudah paham. =)

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.