Korang Semua Memang Power!

Ada dua benda sahaja aku nak sampaikan kali ini;

1. Sahaja aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang datang ke soft-launching Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal pada 29 April lepas di Dewan Tun Hussein Onn PWTC Kuala Lumpur. Terima kasih tak terhingga kepada pihak Lejen Press dan FIXI kerana sudi memberi pihak kami iaitu Terfaktab Media menumpang barang sekaki dua melancarkan buku kami di booth korang. 

Meriah wehh!

Ucapan budi kasih juga aku ucapkan kepada semua warga skuad Terfaktab dan komplot Terfaktab kerana melibatkan diri, menonjolkan diri dan memalukan diri sewaktu soft-launching. Seperti Mofasad misalnya, perut dia je dah makan space dua orang. Elok-elok booth tu boleh muat 200 orang, masuk dia, jadi 198. Ini tak adil. Hehehe. (gurau je)

Skuad Terfaktab yang hadir ketika soft-launching ialah Penulis.Sahaja, Elena Reeney, Mr Kay, Brader Leplep, Nami Cob Nobbler, Lord Zara, The Bent Pencil, Isaac Ismael, Husky Pusky, dan Hellioz (dia datang weh!). 

Buat semua pembaca dan peminat yang hadir pada kejadian tersebut. Thank you thank you love you love you sebab sudi datang memenuhkan ruang legar booth. Aku terus-terang bagitau, aku tak berapa reti sangat nak beri ucapan depan crowd. Tapi, sokongan korang buat aku sexcited. Walaupun sekali-sekala aku merepek bukan-bukan depan korang sewaktu ucapan. Hehe, sorry ya! Apa-apa pun terima kasih! 

Terima kasih juga pada yang sudi membeli. Dapat green bag, bookmark, mug dan pelapik tetikus komputer tahu? 

Ada sorang makcik ini nak beli Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti. Tapi malangnya, buku tersebut telah sold-out semasa hari kejadian. Sorry lah banyak-banyak, tapi yang pasti pihak Lejen Press dah cetak lagi untuk penjualan hari ini, esok dan seterusnya. Bermakna Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti dah sampai ke cetakan ke-empat dalam tempoh 7 bulan! Perghhhhhh, rekod! 

Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal pula laku macam keropok lekor panas pada seminggu penjualannya. Dijangka Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal akan memasuki cetakan ke-dua dalam hujung bulan ini. Insyallah. Syukurlah. Sokongan korang, pembelian korang amat kami semua hargai.

Aku rasa itu sahaja aku nak cakap pasal launching dan buku. Next thing ialah;

2. Sahaja kami pihak Terfaktab memperkenalkan penulis baru kami, yang menulis entri Lelaki dan Sifat Mereka lepas, dan penulis baru tersebut namanya;

Maria Natasha.

Selamat datang kepada cik Maria Natasha ke skuad Terfaktab. Semoga cik Maria Natasha sudi menabur karya yang power bersama kami. Tahniah! Clap clap!




p/s ; Penulis baru dah mai, ni lah masanya boleh suruh dia sapu pejabat. Hehehe...

Ulasan

AmirahSM berkata…
wah! meriah, tak dpt lg beli kitab terfaktab. hewhew
fatin adawiah berkata…
wah esok last pesta buku..hrap2 ade diskoun lebih..nak beli byk2 buku korg^^
MOFASAD berkata…
celaka baru perasan ada orang mengata saya

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.