Janda/Duda
Pernah bercinta dengan janda atau duda? Tak pernah? Amboi, tak fun nyaaa..
Kali ni gua cuma nak cakap pasal anggapan kita tentang golongan janda/duda ni. Kebanyakkan dari kita kompem akan lagi banyak pikir negatif dari positif pasal diaorang. Macamlah diaorang tu semua spesies hantu. Gua merasakan orang yang selalu berfikiran buruk pasal golongan janda/duda ni adalah orang yang sampai mati pun akan lihat sesuatu benda tu dari sisi hitam, jelik, hodoh, buruk, berdosa, jahat.
Cuba pikir secara logik, ada tak orang yang mempunyai impian untuk menjadi duda atau janda? Mesti takde kan, kalau ada jugak gua tak tahu nak cakap apa. Kamon, siapalah yang nak jadi janda/duda ye dak? Lagipun apa bezanya janda/duda dengan kita yang single atau tak kahwin lagi ni?
Kalau putus percintaan itu ditakrifkan janda/duda maka kita semua yang pernah putus cinta ni juga tergolong dalam kategori janda/duda. Yang bezanya cuma mereka putus cinta selepas perkahwinan, kita pula putus cinta sebelum perkahwinan. Itu je.
Tapi macammana nak tahu yang janda atau duda tu bukan penyebab kehancuran perkahwinan dia yang dulu? Susah kita nak tahu, sebab macam gua cakap tadi, orang yang bercerai ni sama je macam orang yang putus cinta. Mungkin A putus cinta dengan B sebab A perangai macam cilake tapi tak mustahil A akan jumpa seorang makwe yang buat dia tetiba jadi baik dan happily ever after. Happily ever after? Faking..kakaka.
Gua selalu anggap duda/janda yang bela anak diaorang sendiri adalah duda/janda yang tak salah untuk kita bercinta dengannya. Yela, jika dia mampu besarkan anak sorang-sorang, takdela gua boleh pikir negatif pasal dia kan? Tapi mak gua pernah kata, "Nak jaga anak orang pun dah susah, inikan pulak nak jaga anak yang orang yang dah ada anak".
Jadi semuanya pasal tanggungjawab dan ikhlas. Kalau lu ada sikap tanggungjawab yang tinggi dan ikhlas pula terima dia apa adanya, maka tak salah lu orang nak bercinta atau berkahwin dengan golongan janda/duda. Serius, sikit pun tak salah. Kalau ada orang kata salah, kabor fakyu dan suruh diaorang pergi terjun longkang.
Apa-apahal pun, gua selalu cakap yang Cinta Takde Law. Jangan kata janda/duda, kot orang tu ketua perompak pun lu akan tetap cintakan dia kalau dah namanya cinta. Jadi fikir elok-elok dan fikirlah dari sisi positif.
Asyik pikir yang bunga mawar itu berduri, sampai bila pun lu orang takkan sedar yang ia adalah bunga yang cantik. =)
Ulasan
: nice one! Hahahah. Terlalu mlihat keburukkan, terlupa menikmati keindahan..
maybe perkahwinan dia yg dulu bukan jodoh dia yg sbnr.
so aku takde hal sgt pun.
cinta takde hal, yg ADA HAL tu sekeliling kita :)
so aku takde hal sgt pun.
cinta takde hal, yg ADA HAL tu sekeliling kita :)