AlQuran Pink Kaler dan Jodoh

Adakalanya dalam hujung minggu yang agak hening dan membosankan, saya sering juga keluar bersiar-siar bersama rakan atau saudara terdekat. Kalapun hanya melepak di mall berdekatan, bukan untuk membeli belah, tetapi sekadar melihat pemandangan.

Ah, who am I kidding?

Saya kena jadi peneman orang dating la. zzzz. Tau la foreveralone. Keluar pun kalau ada orang mengajak jadi tukang teman.

Adapun, suatu kisah menarik dari gadis yang saya temankan dating haritu. Mengenai AlQuran merah jambu yang ditunjukkannya pada saya. "Nak dengar tak cite pasal AlQuran merah hati ni?" ujarnya manja.



"Apasal?" tanya saya. Kot kot, terjumpa dalam masjid ke, menang hadiah Power Root ke, atau dapat nombor satu dalam Tilawah AlQuran di sekolah. Dia menidakkan, dengan memulakan cerita:

"Adalah satu hari tu--dah lama dah dulu--kite nampak AlQuran tu atas shelf dekat kedai. Cantik sangat, merah hati. Teringin sangat nak ada AlQuran sendiri. Tapi, kite ni budak sekolah. Apakan daya, kite tak mampu nak beli. Duit yang abah bagi, manalah cukup.

Jadi, kite pegang sebentar, peluk sebentar, kemudian letak balik di shelf. Sambil tu kite cakap (dalam hati la, takkan kekuat pulak kang gilo namanya)...Dear Allah, Kite hope kite dapat AlQuran merah hati ni. Tapi bukan dibeli. Dihadiahkan. Oleh seorang yang layak jadi bakal imam untuk kite. Thanks Allah."

Alahai, inesennya budak ni, fikir saya selepas mendengar cerita beliau. Selamba je doa macam tu. Apekedia ingat boleh cakap macam tu je?  Nabi Ayub pun doa bertahun baru dapat lega penyakit dia. Tapi nak buat camno, budak sekolah. OK, saya berhenti monolog kejap-- dia nak sambung cerita dia balik.

"Kite tak cite tau doa kite tu kat orang. Kite cite kat awak je ni. Em pastu kan, kan...lepas berapa bulan tu kita jumpa budak XXXXX ni  (nama dirahsiakan untuk keselamatan bersama, maklumlah kisah benar). Satu hari kan, budak tu bawak parcel kaler cekelat. Pastu dia kasi kite. Pastu dia suruh kite pegang elok-elok. Pastu dia suruh jangan bukak sampai balik bilik asrama. Nak tahu tak ade ape dalam parcel tu?"

Saya dah agak dah.

"Ni la, AlQuran merah jambu ni...."

Gitulah kiranya. Ada seorang pelajar lelaki hadiahkan dia AlQuran sebijik. Lelaki yang alim-alim dan baik budi pekerti. Padahal time di kedai AlQuran si gadis belum ada lelaki lagi di sisi.

Padahal budak lelaki tu pelajar sekolah lelaki.

Padahal budak perempuan tu pelajar sekolah perempuan.

Biaq betoi.

Awak ternganga tak? Saya pun ternganga.

Saya asalnya susah nak percaya benda-benda "petanda" ni. Saya kena sebiji mimpi solat iktikharah pun boleh ragu-ragu sampai sekarang betul ke tidak. Tapi bagi si gadis--yang innocent--yang tak pernah tengok  dunia macam kita--dan tak makan garam cukup macam kita--tapi anehnya, dia faham, dia percaya, dan dia tak pernah berhenti berharap sampai dapat apa dia mahu. Well at least for now, nak jadi imam betul takde la pulak ongkisnya kan, belum SPM gitu. Hihi.

Anyway--kisah dia ini mengingatkan saya untuk jangan berhenti berharap. Dan jangan berhenti berdoa. Kalau ikut orang kita, selalu fikir depan sejadah baru nak berdoa. Kena bahasa-bahasa Arab elok tepat tajwidnya, kalau tak, haramle nak makbul bagai. Tapi kena ingat--doa tu bukan pada nahu dan bahasa, tapi pada hati tu. Hati yang ingat Allah, insyaallah, Allah akan ingat dia balik.

Seperti hadis nabi SAW (dari Anas r.a) Allah telah berfirman:


Wahai anak Adam! Jika engkau mengingati Ku di dalam diri mu, niscaya Aku pun akan mengingati mu di dalam diriKu. 
Dan jika engkau mengingati Ku dalam kumpulan ramai, niscaya Aku pun akan mengingati mu di kumpulan yang lebih baik dari kumpulan mu. 
Jika engkau mendekati Ku sejengkal, Aku akan mendekati mu sedepa, dan jika engkau mendekati Ku sedepa, Aku akan mendekati mu sehasta. 
Dan jika engkau mendekati Ku dengan berjalan kaki, Aku akan mendekati mu dengan berlari."

Gitu.

OK Hadam-hadamkanlah.

Assalamualaikum wbt.

Gambar dari sini, dan hadith dari sini.

Ulasan

Unknown berkata…
doa yang ikhlas dari hati sampai kepadaNYA .
Allah sentiasa memberi apa yang terbaik buat kita.
neslo ais berkata…
entri ni paling aku suka setakat ni
Buble Haze berkata…
Nice entry....doa senjata mukmin....The best!
Dekna berkata…
true story?

pnah gak dgr2 cite camni. cite jodoh based on doa n isthikarah.

sorang laki slalu mmpikan sorg pompuan .pmpuan yg x dikenali masuk dlm mimpi.

one day. dia tjmpe pmpuan tu dlam satu sesi meeting. pstu dia istikharah n mntak ptnjuk

and now, they are married.

x igt jln crita. cite menarik lagi sbrnarnya..wuu

:) just wanna conclude that.
ya. jodoh dah ditentukan sejak kita dlm prut kan. kenal or x kenal blkg cite. hee ~
Tanpa Nama berkata…
dear bakal kekasih halal, saya mahu Al-Quran merah jambu juga boleh? :)
From Me to WE berkata…
I've once wishing (bace: Du'aa) a request similar to this. N, insyaAllah, Alhamdulillah.. D answer is here.. InsyaAllah its worth. Worth waiting, worth protecting my faith, dignity, prinsip and everything. InsyaAllah. Comel kan Islam? :)

Worry ends, when faith begins.
Tanpa Nama berkata…
Bro.. hadith yg last tu ada sikit silap lah... check dulu sblum paste.. smoga berjaya dlm cinta.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.