Cinta + Social Network
“Keje ke? Nak tanya sikit”
“Ho’oh. Keje ni. Nak tanya mende? Tanya lah”
“Pakwe kau ni ber- I love you, I love you dengan sape ni?”
“Hah?”
“Ni ha kat twitter ni kemain siap I love you bagai dengan perempuan mane tah. Kalau kau mention dia tak pernah balas pun dengan perempuan lain kemain I love you bagai. Kau tak sakit hati ke? Aku pulak yang sakit hati tengok orang buat kawan aku macam ni”
“Ermm.. perempuan mane? Entah. Kawan kawan dia kott…”
Ape perasaan kau kalau pagi pagi lagi dah dijamu dengan soalan yang menusuk hati macam ni dari kawan kau sendiri? Kalau kau tanya aku, perasaan aku adelah nak terbalikkan semua meja, terajang bunting kat tempat keje aku, hempas muka kat monitor dan baling pinggan mangkuk kakak aku kat lantai. Amboi malunya aku rasa kalau kawan sendiri tanya kat aku macam ni. Malu sampai aku taktau nak sorok muka ni kat mana. Nak jawap sape perempuan tu pun memang kau sendiri pun tak kenal. So, ape lagi kau boleh buat selain mengepal penumbuk ke udara?
Social network. Aku takde masalah dengan social network ni. Dari sini kau boleh kenal kawan baru, jumpa kawan lama, share pendapat dan minat dengan orang lain, jumpa crush atau mungkin jumpa jodoh kau. Segalanya mungkin. Tapi aku ade masalah dengan cara pembawakkan sesetengah orang dalam social network ini terutamanya pasangan kekasih. Aku tak cakap semua tapi some of them, berkelakuan seperti single single sahaja. Liking liking flirting flirting bak kata seorang penyanyi tu.
“Hey, rileks lah. Twitter je kot”
Mungkin benda ni nampak remeh kat mata kau. Yelah sebab semua benda kau taknak amik serius sebab tu semua jadi remeh. Rilek sana, rilek sini. Pada kau mungkin remeh, saja bergurau dengan orang lain. Tapi pada orang lain mungkin tidak. Contoh la, semua orang dah tau kau tu pakwe si A dan semua orang dah tau si A tu makwe kau. Tapi kau still nak BERGURAU sana sini. Mungkin benda ni takde effect kat kau, cuba kau kaji balik situasi yang aku bagi kat atas tadi. Orang luar yang tau kau bercinta sakan, dah salah faham kat situ. Derang bukannya tahu kau bergurau ke hape ke. Derang assume ape yang derang baca. Dia dulik mende kau serius ke tak.
@abc : Bocan. Sape nak teman ittew mam malam ni?
@pakweKau : *angkat tangan tinggi tinggi* RT @abc : Bocan. Sape nak teman ittew mam malam ni?
@gdssny : I love you sayang…
@pakweKau : l love you too baby.. RT @gdssny : I love you sayang…
@MakweMu : @pakweKau Baby, I miss You!
*bebuat tak nampak tweet makwe sambil bersiul siul*
Haa.. Tu contoh yang aku boleh bagi. Tweethandle dan tweet tu adalah rekaan semata mata. Part inilah yang aku tak berapa suka kat social network. Amboi amboi perempuan lain punye kemain lincah kau balas, makwe sendiri kau buat tak reti je. Haremmmm betul perangai kau. Kalau aku puasa arini, memang pahala puasa aku tinggal paras buku lali ajelah sebab asyik memaki.
Tapi aku tau, korang yang dah biasa buat macam ni akan cakap “Eh makwe aku ni, hehari nak cakap I miss you, I love you. Aku tau lah”, “Tak cukup kat wassap, BBM, kat twitter pun nak cakap jugak ke?”, dan macam macam lagi lah kan. Sakitnya hati aku dengan perangai orang macam ni. Tak respek ke makwe langsung. Sebagai seorang wanita normal macam aku, walau pun aku tau pakwe aku sayang kat aku, aku nak benda tu kekal dan berterusan (sepanjang perhubungan). Dalam maksud lain, kalau boleh (mesti), hari hari aku nak dengar I love you tu. “Ala, satu hari tak cakap bukannya bermaksud cinta I kat U makin kurang”. Aku tau lah sengal, tapi aku nak dengar hari hari. Tak boleh ke? Kena bayar? Tolak kredit henpon kau? Luak gaji kau? Luak PTPTN kau?
Dan kadang kadang aku rasa social network ni dah rampas privilege dan kemanisan dalam bercinta. Ape yang pakwe kau patut share kat kau je atau share kat kau dulu, tapi dia share kat social network. So, the whole world dah tau. The whole world dah dapat privilege tu. Dah tade keistimewaan untuk kau. Contohnya, pepagi kau text Good Morning kat pakwe kau. Instead of dia reply kat kau, dia tweet je Good Morning tu. Terkebil kebil lah kau tunggu pakwe kau reply. 5 minit, 10 minit, 20 minit still tak balas. Kau log in twitter, kemain meriah pakwe kau ber-Good Morning dengan orang lain. Nampak tak privilege yang sepatutnya kau dapat, orang lain dah rampas?
“Ala, Good Morning je koooottttttt”
Memang la Good Morning je. Habis tu buat ape bercinta kalau kau tak dapat ape ape keistimewaan pun? Masa mula mula bercinta dulu, berak pun bagitau sekarang wish Good Morning pun kedekut nak mampus. Sekarang ni, sama je pakwe kau layan kau dengan layan orang lain. Aku tanya ni, buat ape? Buat stok geli geli? Buat tujuan kegunaan peribadi? Benda mudah macam ni pun tak boleh nak paham apetah lagi kalau benda lagi susah. Kalau kau buat semuanya boleh tapi kalau turn makwe kau buat gitu tau pulak sentap. Rasa nak lempar kerusi je kat kau ni.
Aku tau, seronok ber-social network ni. Tapi berpada padalah. Jangan sampai pakwe/makwe kau terguris hati. Sekali kau I love You kat orang, seratus kali pakwe/makwe kau boleh balas benda yang sama. Pastu bila pakwe/makwe kena sailang disebabkan social network, nak salahkan orang lain pulak. Cermin diri sendiri dulu baru tuding jari kat orang. Layan lagi pakwe/makwe kau suam suam kuku kan? Heyyyyy orang lain boleh berganda ganda lagi layan pakwe/makwe kau dengan baik dan elok. Bukan semua gurauan kau tu orang lain anggap gurauan. Jangan nak suka sangat. Remember that.
Ulasan
In the end kami faham Twitter is just twitter, relax lah.
Sebenarnya tujuan buat begitu supaya masing-masing jadi jeles dan mula merindui antara satu sama lain.
Kahkahkah!
susah kalau dalam bercinta,sorang tu punyelah setia and sorang lagi tu tak ambil peduli tentang perkara2 macam ni. sigh~
Kena tukar mental tu sebenaranya. Berkapel/bercinta(tanpa kahwin) bukan utk dpt apa2 keistimewaan pun. Dah kahwin, haa.. tu baru time sebenar utk beristimewa. :)
stalked ek.... kihkihkih *jk2*
Bercinta dgn aku bertahun tahun sekali x pernah mention. Ada girl lain (baru) bukan maen meriah!
at last, kitorang unfriend trus kat FB...
senang...tak payah nak sakit hati lagi tengok ade perempaun laen tag pic pape kat die...
dengan alasan nakkan privacy masing-masing...
huh!! stress...
sekarang ni juz pk "ade jodoh ade laa...kalo takde, nak buat macam mane, terima je lahh"
http://www.youtube.com/watch?v=m0qYv18w29E
hihi
-yg disakiti , pijak , remuk, bakar -
sigh~
tapi taksub sangat bercinta pon tak boleh jugak sebenarnya..
ada rezeki kau kawen je la..
ye idok?