Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sailang

Awak, ini nasihat.

Awak, mungkin awak tidak tahu, yang begitu ramai bencikan awak. Awak, awak mungkin tidak tahu, yang begitu ramai dengkikan awak. Jadi tolong,  bila satu hari nanti awak bercinta, mohon rahsiakanlah dari kawan-kawan. Mohon simpanlah dia dari awak punya kumpulan. kerana dalam ramai “kawan-kawan” awak itu, Ada yang bukan sebenar-benarnya kawan. Ada yang hanya gunting dalam lipatan. Awak tahu kenapa awak single? Awak single sebab setiap kali awak hulurkan bunga, ada “rakan” yang mengeluarkan gunting dan mencantas bunga itu. dan kalau awak dapat pun si gadis baru, mereka tunggu, tunggu di sebalik pintu. Tunggu kalau ada perselisihan faham sedikitpun, mereka nampak peluang mereka dan mereka lancarkan serangan. Awak, ini nasihat saya nampak semua yang berlaku, dengan kekasih awak yang dulu-dulu. Ada kawan yang memang kawan, ada kawan, yang hatinya penuh lawan. Awak, ini nasihat saya pohon jika awak punya teman lagi, simpan ...

Siri Tafsiran Jantan : S.A.I.L.A.N.G

Imej
Anda berani nak sailang? Tak? Bagus. Good boy. Sailang (sebut; sai-lang') merupakan satu perkataan lama yang telah diperbaharui dari perkataan 'si awek hilang' bagi merujuk kepada satu maksud;  Kekasih atau isteri dirampas atau diambil oleh orang lain. Sailang juga digunapakai untuk merujuk kepada mencuri projek saat akhir seperti Projek Nadir Bumi di Kuantan yang telah di sailang saat akhir oleh Lynas dari tangan YTL Corporation. Mungkin. Menurut pakar hal ehwal komunikasi rumah tangga, Dr Hai Wan Kah dari Universiti of Kuching, sailang telah menjadi satu budaya sejak berkurun lagi. Seperti kisah Hang Tuah menyailang bakal isteri Sultan Melaka iaitu Tun Teja lebih kurang empat purnama sebelum menyerahkan kepada sultan. Sebelum itu, Hang Tuah juga telah menyailang Tun Teja dari mak bapak Tun Teja iaitu Raja Inderapura. Nakal rupa-rupanya Hang Tuah. Kini, di abad baru, sailang telah menjadi satu trend. Contoh stereotype 1. Makwe kena sailang dengan p...