Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel apekes

Fakta Anak Kedua yang Anda Semua Tidak Tahu! Sebarkan!

Imej
Tahukah anda, anak kedua: -Manis mulut, manis juga rupa -Mudah ketawa, dan mudah juga menangis -Rajin membantu kawan-kawan dalam kesusahan -Kuat merajuk, Drama Queen -Suka makan coklat bersama tempoyak, serta suka tipu dan troll orang? Kahkahkah. Gurau aje. Sebenarnya, kau perasan tak, kalau baca benda-benda rahsia anak ke-X ni, mesti lebih kurang je. Kau baca rahsia anak ke-2, lebih kurang macam kau. Kau baca rahsia anak ke-3, lebih kurang macam kau, kau baca rahsia anak pertama, pun macam kau. Lepas tu, kalau kau ni anak ketujuh kelapan kesembilan kesebelas keduabelas tak ada pun dalam list...kau jenis anak apa pula, anak tak wujud? Eh. Hahaha. Bukan aku nak menganjing siapa-siapa. Cuma, aku teringat dulu pun aku percaya juga benda ni. Lagi-lagi kalau artikel tu ditag dengan nama orang famous seperti Fazdilah Kamsah lah, Tuah Iskandar lah, Oprah lah, Confucius lah Jack Ma lah, maka aku pun percayalah bulat-bulat. Gigih la aku cara birthday crush, umur kelahiran crush, crush ana...

Shipping yang tidak lagi free.

Imej
" Tok Kadi semua cuti panjang ke?  Nikah kan aje lah Neelofa Fatah Amin ni.  Dia punya menggelenyar ni kalau dibiarkan seluruh tamadun manusia boleh jadi bengap," kata seorang writer cum takafulman, Fdaus Ahmad. Umumnya ramai dah mula menyampah dengan hashtag #lofattah yang dipamerkan peminat mereka berdua di sosial media. Tuan punya badan sendiri pun, sudah tidak lagi berminat mengulas perhubungan mereka. Akan tetapi, peminat masih berharap, malah bersolat hajat lagi. Apa semua kegilaan ini? Shipping. Biasanya perkataan 'shipping' merujuk kepada perkhidmatan penghantaran kurier, tetapi 'Shipping' yang aku maksudkan ini ialah kependekan daripada 'relationship-ping' -- iaitu tindakan memasang-masang dua orang karekter yang digemari, biasanya oleh peminat siri TV, novel atau komik. Terma "Shipping" mula digunakan oleh fans Scully dan Mulder (X-files, bagi yang lahir di tahun 2000-an) menggambarkan keserasian mereka dalam k...

Lima Minit yang Sia-Sia

Masa awal-awal kahwin dulu, aku berkesempatan menyertai kegiatan dakwah tablik. Dulu la, dulu. Kalau nak tahu tablik ni, selain daripada ketuk-ketuk pintu walaupun diorang tau korang tengah pura pura takde kat dalam, tablik juga ada 3 hari "bootcamp" untuk kaum-kaum wanita berkumpul dan belajar hadis, ibadat solat dan hafal surah-surah lazim. Dan dalam tiga hari "bootcamp" ni (maaf aku lupa namanya, kadang-kadang aku tergeliat lidah sikit sebut Bahasa Arab, kaum-kaum wanita akan terpisah dari suami / anak lelaki mereka, kecuali pada sesi pertemuan empat mata (ni pun aku lupa nama dia, tolong drop comment kalau korang tahu!). Dalam sesi ni, setiap lelaki akan masuk bilik/ruang kosong, dan borak dengan bini / mak mereka lebih kurang lima enam minit. Ada yang lebih ada yang kurang. Cuma yang pentingnya, kalau dipanggil engko kena masuk. Tak ada merajuk-rajuk. Dan dalam lima minit tu, kau KENA bercakap. Awal-awal dulu, aku tak biasa lalu aku tanya mereka yang lebih ...