Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel majlis kahwin

Cheapskate Wedding , Part 1

Imej
Assalamualaikum wbt. Hello anda-anda semua! Apa khabar? Sedang ke pesta buku? Alhamdulillah, jangan lupa beli buku baru kami Korban Cinta Remaja. Memang lain dari lain sebab kami menimbulkan kisah-kisah cinta super sedih, super bengong, dan super aneh. Semua orang punya cerpen dalam tu memang best, kecuali yang Bent Pencil buat, apa mende entah, merepek betul. Oh by the way, maafkan saya kerana dah lama tak tulis, sebenarnya saya sibuk berlari sana sini jumpa orang, cari barang, survey harga. Almaklumlah busy nak kahwin. Yeay! kawin! Seperti yang anda baca entri-entri/status post Terfaktab sebelum ini, kami memang menolak perkahwinan stail besar-besaran. Kami semua sungguh-sungguh kata nak kahwin begitu-begini. Tengok dalam KT2 tak, perkahwinan jimat duit versi Alexia Aqram? Itu cukup lejen, saya pun suka. Tapi bila sampai pada masanya nak kahwin (so far dua writer dah kawin, tiga on the way), kebanyakan dari kami berada dalam dilema. Nak nikah aje lepastu buat kenduri d...

Jom lah kahwen

Imej
Majlis perkahwinan tuan punya gambar untuk Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti. Sekalung tahniah kami ucapkan dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat! Kredit buat Ruang Waktu, Azri dan Nina serta Tok Kadi Cikgu Ghani. Peh cikgu ghani pernah lempang aku dengan pengantin lelaki masa time kami sekolah dulu kot. Bisa bisa.. tapi bermakna! Bab lamar makwe untuk jadi kahwen kena ada ayat power. Contoh; Saya ingat nak ajak awak makan malam, tapi kalau awak macam okay, saya ingat nak ajak awak kahwen sekali. Mwahahaha.

Bride-Want-To-Be : Awareness for Dummies

Imej
Hai gojes gojes semua. Mesti semua ternanti-nanti tip-tip serta informasi terkini dari mak kan? Tinggalkan segala drama mama di wall Terfaktab tu. Marilah bersama mak menuju kegembiraan duniawi. Wahh gitu.. Itu je mak boleh janjikan. Selain dari duniawi, noks noks semua jawab lah sendiri ye. Jadi berbalik kepada tajuk yang terpampang di atas sana, mak tengok sejak akhir akhir ni ramai betul orang kahwin. Nak kahwin lepas raya pun berlambak. Maklumlahkan, dah hujung hujung tahun ni haaa... Kerllassss kau noks, nak berlaki dah bagai. Mulalah memasing kemain sibuk bebenor la mengatur majlis. Semua nak serba serbi updates. Baru lah grand kan? Yang lain kahwin yang lain beriya iya mak tengok. Haruslah berlawan sesama jiran, sedara mara, adik beradik gitu. Pedulik apa kan? Mak andam jugak kaya raya gitu. Tapi kan sayang-sayang sekalian, kalau nak beriya iya pandang jugak lah kiri dan kanan haaa.. Jangan dok main taram je. Dah la kahwin sekali seumur hidup (melainkan kau jantan kaya raya...

Cerita Hari Ahad: Cerita Adik Gua Kahwin.

Imej
" Baby baby nak punk rock wedding acani leh tak, leh tak? kekekekeke! " Pagi Ahad tu gua agak busy sikit - sebab adik gua dah kahwin. Gua bukak Twitter pun nampak bos @_aqram dah bising pasal assignment dia suruh buat, gua cakap "opp sorry bos, hari ni adik gua kahwin. Pagi agak busy - so memalam tu sikit gua hantar". Sebenarnya gua dah siap lama dah tapi sebab ada banyak benda nak buat - so tak terhantar-hantar kerja si Aqram bagi. Relax la, gua dah siap pun anyway. Sebelum tu - biar aku cerita latar belakang family aku so korang faham. Aku paling sulung - 27 tahun, nombor dua adik perempuan umur 26 tahun, dan adik lelaki aku umur 25 tahun. Yang kahwin pada hari ini adalah adik lelaki yang umur 25 tahun. So basicly abang dia dengan kakak dia masih lagi bujang walaupun sudah berpacaran. Majlis berlangsung di Dewan Sukan Bangsar di Jalan Terasek. Sesape yang biasa di Jalan Telawi ke area-area situ mesti tahu. Oleh sebab aku hampir setahun aku mengghaibkan diri dari k...

[TENTANG PERKAHWINAN] Pasca Majlis: Yassin sebagai buah tangan?

Imej
Assalamualaikum wbt. Sekarang ni dah musim mengawan musim perkahwinan kan? Tentunya ada ramai antara kita yang asyik memenuhi jemputan kahwin hampir setiap hujung minggu, sejak Jun lepas bukan? Sambil hadir makan-makan dan memberi ucapan tahniah kepada pengantin, sekali-sekala dapat juga tengok trend perkahwinan sekarang. Trend yang paling baru--ialah menggantikan buah tangan perkahwinan dengan Yassin. Dulu telur rebus, lepas tu gula-gula, lepas tu kek bahulu, lepas tu keropok--kemudian beralih kepada benda bukan makanan seperti sudu garpu, tuala kecil dan Yassin. Ya, Yassin. { sumber } (kepada yg bukan islam, Yassin adalah booklet kecil dengan beberapa surah(chapter) dalam AlQuran di dalamnya, iaitu salah satunya Surah Yassin) Saya tertanya-tanya sebenarnya, adalah ia tuntutan agama untuk memberikan Yassin sebagai buah tangan? Adakah dalil yang khusus menggalakkan pemberian ayat-ayat AlQuran kepada hadirin majlis itu, atau adakah pembacaan Yassin itu mempunyai keperluan khus...