Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Minum

Imej

Bila Segala Hubungan Gagal, Salahkan Lelaki.

Imej
Button merah - bila segalanya hancur - tekan butang ini. " Nami, saya nak bertanya sikitlah. Semalam saya menangis seharian. Saya tak tahu kenapa tiba-tiba dia telah berubah. Dulu, dia sayang je saya. Tapi dia dah berubah. Saya ada dengar dari kawan-kawan saya yang boyfriend saya curang, cari perempuan lain. Kat twitter pun nampak dia mention-mention perempuan lain, kat Facebook pun dia asyik like gambar-gambar perempuan lain, kenapa lelaki selalu menyakitkan hati? Kenapa perempuan selalu menjadi mangsa? Kenapa? " -Gadis Kecewa, Kuala Berang. Sebenarnya aku jarang menulis entry-entry yang bersifat seksis dan chauvinis, terutamanya bab-bab percintaan ni. Bagi aku yang memegang kepercayaan "kesaksamaan gender" - aku percaya kedua-dua jantina adalah penting. Jika tidak, lebih baik anda jadi gay. Aku juga tak suka lelaki yang suka membuli perempuan. Pernah sekali aku ternampak seorang suami yang marah gila babi isterinya sebab tertinggal LRT kerana si

The love pirate, the treasure chest, and the sea of sorrows

Imej
Source We all know. We all know that somebody; whose his heart that is made of stone, ice and cold. Or maybe, he does not have a heart at all, we can never be sure. He was no bigger than an average human but, everywhere he crosses, a tidal wave of destruction was left in the wake. His name is legend among the fearful and the hated. His story unsurpassed, unshakable as it is passed by murmur of those survived. But what do we know is that, he desires for the heart of gold, owned by maidens young and pure. Desire--more like a thirst, really—but he has that kind of insatiable thirst that even the universe cannot fulfill. Thus then, he began his scheme. The thieving of your heart. That’s what I call the love pirate—when they come to your home and raid upon your chest, running away with a part of—if not all—your heart. He takes no heed of the consequences that would follow, only thinking of what’s satisfactorily fulfilling in his ship. Source Sometimes he wo

Janda/Duda

Pernah bercinta dengan janda atau duda? Tak pernah? Amboi, tak fun nyaaa.. Kali ni gua cuma nak cakap pasal anggapan kita tentang golongan janda/duda ni. Kebanyakkan dari kita kompem akan lagi banyak pikir negatif dari positif pasal diaorang. Macamlah diaorang tu semua spesies hantu. Gua merasakan orang yang selalu berfikiran buruk pasal golongan janda/duda ni adalah orang yang sampai mati pun akan lihat sesuatu benda tu dari sisi hitam, jelik, hodoh, buruk, berdosa, jahat. Cuba pikir secara logik, ada tak orang yang mempunyai impian untuk menjadi duda atau janda? Mesti takde kan, kalau ada jugak gua tak tahu nak cakap apa. Kamon, siapalah yang nak jadi janda/duda ye dak? Lagipun apa bezanya janda/duda dengan kita yang single atau tak kahwin lagi ni? Kalau putus percintaan itu ditakrifkan janda/duda maka kita semua yang pernah putus cinta ni juga tergolong dalam kategori janda/duda. Yang bezanya cuma mereka putus cinta selepas perkahwinan, kita pula putus cinta sebelum per

Cinta + Social Network

“Keje ke? Nak tanya sikit” “Ho’oh. Keje ni. Nak tanya mende? Tanya lah” “Pakwe kau ni ber- I love you, I love you dengan sape ni?” “Hah?” “Ni ha kat twitter ni kemain siap I love you bagai dengan perempuan mane tah. Kalau kau mention dia tak pernah balas pun dengan perempuan lain kemain I love you bagai. Kau tak sakit hati ke? Aku pulak yang sakit hati tengok orang buat kawan aku macam ni” “Ermm.. perempuan mane? Entah. Kawan kawan dia kott…” Ape perasaan kau kalau pagi pagi lagi dah dijamu dengan soalan yang menusuk hati macam ni dari kawan kau sendiri? Kalau kau tanya aku, perasaan aku adelah nak terbalikkan semua meja, terajang bunting kat tempat keje aku, hempas muka kat monitor dan baling pinggan mangkuk kakak aku kat lantai. Amboi malunya aku rasa kalau kawan sendiri tanya kat aku macam ni. Malu sampai aku taktau nak sorok muka ni kat mana. Nak jawap sape perempuan tu pun memang kau sendiri pun tak kenal. So, ape lagi kau boleh buat selain mengepal penumbuk ke udara? So

Entri Gaya Brader-brader #2 - Dah Selamat Dah.

Dalam malam-malam yang bahang ni sambil layan sendu foreveralone gua, tetiba gua teringat dengan member Felda sekor si Azrai. Makwenya si Shedah tu, kawan gua jugak. Dua ekor merpati joli-joli geli-geli dalam geng gua zaman Uni dulu.  Kenapa gua tetibe teringat? Entah bila punya cerita entah, tetiba gua teringat, bukan otak ni gua boleh kawal sangat pun. Bila datang momen-momen sentimentalis macam ni, gua rasa nak up dalam blog sepam dua, so lantak engkolah baca sampai lebam. Dulu-dulu, adalah dalam tahun lepas, takdelah dulu sangat macam zaman dinasor, gua terima panggilan dari Shedah. “Azrai telepon hang tak?” kata si Shedah dalam loghat Penang pekat beliau. “Takdak, awat?” gua pun join sekali Penang nya. “Ceq benci, nyampah dengan si Azrai ni. Habaq kat dia, dah takdak papa antara kita lagi.” Hambik engko. Lima tahun mentein bercinta, tiba-tiba tipon gua cakap camtu. Gua tanya kenapa, kot-kot Shedah dah sangkut kat gua ke. Gua kalau boleh taknak la sa

Asal Jumaat, turn-on dengan Baju Melayu.

Imej
Harini kita bicara tentang ini.   Soal cerita turn-on, turn off ni, ada orang (dengan tak puas hatinya) kata, "Engkau ni suis ke apa nak turn-on, turn off ?"   Memangla tak. Tapi, soal turn on turn off ni kita bicara tentang sesuatu yang ada pada jantina berlawanan (atau jatina sama) yang buat kita tertarik. Haa, itu yang aku mengerti tentang soal turn-on turn off ni.   Macam kau, perempuan, suka sangat tertarik kepada lelaki pabila lelaki berBaju Melayu. Nampak extra hensem, nampak macam lelaki Melayu terakhir dan sebagainya lah. Biasalah tu. Selain itu, ada perkara lain juga yang buat kau turn-on pada seseorang lelaki itu. Berkumis lebat misalnya, takpun berkening tebal dan macam-macam lagi la. Apapun, ia akan bergantung kepada individual differences itu sendiri. Apa yang buat kau turn-on, tak semestinya buat kakak, adik perempuan, makcik atau awek kat McD tu turn-on jugak.   Manakala kau orang lelaki, bukan tak ada perkara yang buat kau turn

Artikel Kotak-kotak Terakhir Penulis Sahaja.

Imej
Dalam dunia ni, setiap yang mempunyai hujung, pasti akan ada hujungnya yang lagi satu di satu sudut yang lain. Setiap yang bermula, pasti akan bertemu dengan pengakhiran. Setiap yang ada, pasti akan tiada semula. Setiap yang di atas, dengan kuasa alam, dia akan jatuh juga. Tiada apa yang kekal selamanya di tanah pinjaman Tuhan ini. Mungkin ramai orang sudah tahu dan ramai orang belum tahu. Semalam ialah hari aku di Terfaktab. Aku sudah tarik diri dari apa sahaja aktiviti Terfaktab sejak semalam. Jangan kata aku buat keputusan drastik. Hasil perbincangan 2 bulan lepas dengan Aqram, ya dia lepaskan aku 21hb Mei. Walaupun sebenarnya aku minta untuk dilepaskan pada 21hb April pada awalnya. Ya, semasa proses Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal sedang disiapkan dan launching tempoh hari, sebenarnya aku masa tu dah hampir waktu-waktu terakhir dengan Terfaktab. Aku masih ingat kali pertama Aqram tanya aku pasal hal Terfaktab 2 tahun lepas. Masa tu dia rancak membaca blog aku. Tulisan yan

Cinta The Flash

Lu orang tahu pasal The Flash tak? Alaa, superhero yang pakai kostum merah yang lari kemain laju tapi tak pernah kena speed trap tu? Kalau tak tahu, mungkin lu orang tergolong orang yang takde tivi kat rumah atau golongan yang sibuk sembang MLM kat kedai mamak. Tahu tak ada orang yang jatuh cinta serupa The Flash ni? Apa orang kabor, cinta kilat? Kemain laju lagi dia jatuh cinta, kemain pantas lagi dia tangkap perasaan, kemain lincah lagi dia dah menyimpan harapan. Amboi, pesen tak menyempat nak jatuh cinta. Kebanyakan orang pesen camni baru kenal sebulan dua seseorang tu dah jatuh cinta. Pesen mudah mengikut drama tivi. Dalam drama tivi tu memang la tak sampai 15 minit dia dah jatuh cinta, kot nak samakan dengan waktu sebenar, berapa tahun pulak dia punya drama. Tu tak masuk lagi dengan iklan serupa cilake lagi ye dak? Gua kasi contoh sikit, ada sorang makwe ni baru kenal sorang lelaki. Lelaki ni budak sekelas kawan dia. Baru melepak sekali dua dah jatuh cinta. Tak salah nak jatuh

Awak Suka Perempuan Macam Mana?

Imej
Sejak aku mula bekerja di tempat baru, bekerja sebagai seorang penjaga kualiti barang-barang elektronik yang menjadi pemuas nafsu pengguna gajet berteknologi kini. Aku mulai sedar tentang kualiti seorang perempuan perlu ada benchmark. Ya, dengan kata yang lain, seseorang lelaki perlu ada benchmark (penanda aras) pada wanita yang di ingini. Kalau ada lelaki yang berkata dia tak kisah nak berkahwin dengan siapa. Dia tipu. Kalau ada lelaki kata dia tak hensem. Pun sama, dia tipu. Kaitannya bila bekerja di tempat baru, pastilah aku ditanya oleh sebilangan gadis atau mak gadis yang baru aku kenali tentang;  'Awak suka perempuan macam mana?' Jadi, aku ingin jawab secara peribadi dan jujur. Di sini. Sebab semasa ditanya soalan itu kelmarin. Aku menjawab ' entah ', sambil senyum tersipu-sipu. Kita mula dari segi fizikal dahulu ya? 1. Aku suka atau lebih tertarik pada  perempuan free-hair. Simple potongannya dan tidak berwarna. Paras bahu. Tidak gemar

AlQuran Pink Kaler dan Jodoh

Imej
Adakalanya dalam hujung minggu yang agak hening dan membosankan, saya sering juga keluar bersiar-siar bersama rakan atau saudara terdekat. Kalapun hanya melepak di mall berdekatan, bukan untuk membeli belah, tetapi sekadar melihat pemandangan. Ah, who am I kidding? Saya kena jadi  peneman  orang dating la. zzzz. Tau la  foreveralone.  Keluar pun kalau ada orang mengajak jadi tukang teman. Adapun, suatu kisah menarik dari gadis yang saya temankan dating haritu. Mengenai AlQuran merah jambu yang ditunjukkannya pada saya. "Nak dengar tak cite  pasal AlQuran merah hati ni?" ujarnya manja. "Apasal?" tanya saya. Kot kot, terjumpa dalam masjid ke, menang hadiah Power Root ke, atau dapat nombor satu dalam Tilawah AlQuran di sekolah. Dia menidakkan, dengan memulakan cerita: "Adalah satu hari tu--dah lama dah dulu--kite nampak AlQuran tu atas shelf dekat kedai. Cantik sangat, merah hati. Teringin sangat nak ada AlQuran sendiri. Tapi, kite ni

PHP

Halo. Sekarang udah selesai tugas kuliah, jadi ijinkan saya tulis di sini lagi ya. Oh sebelum saya mulai, gimana review tentang Kitab Terfaktab 2. Udah dibeli belum? Kalau belum tinggal klik bagian merah di atas. Langsung nanti bukunya sampe di depan pintu pagar (yah itu pun kalau ada pagar).  *** Saya akan bicara tentang PHP. Tidak saya tidak lagi bicara tentang partai politik. Ini tidak ada hubungannya sama sekali dengan gerakan Bersih. Blog ini bukan blog bersih. Blog ini blog merah, blog cinta. Blog hati dan rasa. Ga ada warna kuning sini, yah kecuali kalau hati anda bernanah (euw).  Kalau di negara seberang, PHP itu kata singkatan buat Pemberi Harapan Palsu. Sebutannya (pey-ha-pey). Buat manusia manusia yang suka menghempaskan golongan hati hati yang cenderung lemah. Buat orang orang yang tau bagaimana mengangkat tinggi seketul hati dan membantingnya sepenuh hati di tembok batu. Dan saya percaya ada antara kalian yang pernah menjadi PHP, bahkan mungkin ada juga yang j

Setahun Bercinta Dengan Erica Micheal

Imej
Setahun yang lepas, aku baru berpindah di Shah Alam selepas tinggal di Bangsar, kemudian Cheras rumah apartment atas bukit. Pejam celik setahun berlalu pergi. Macam-macam aku telah lalui sepanjang setahun ni, sampai aku tak sedar rupa-rupanya aku dah setahun dah bercinta dengan Erica Micheal ni. Ya - aku akui aku ni mat sejarah. Semua tarikh-tarikh dan tahun-tahun semua melekat dalam kepala otak walaupun aku gagal ingat nombor telefon dan nombor IC aku. Aku tau kadang-kadang follower non-Liverpool kadang-kala menyampah dengan tweet sejarah aku, tapi aku tak pernah komplen tweet cintan-cintun crush ke tweet merapu-meraban, susah-susah aku unfollow je. No warning, no words. Tak payah semak kepala. Rewind balik 12 bulan yang lepas, aku berpindah dari rumah aku di Cheras yang aku tinggal di situ selama empat bulan. Tapi rumah aku di Cheras tu aku tak berapa kenang sangat, sebab first, rumah itu terlalu jauh sampai aku selalu lewat pergi kerja, pernah kena pau dengan budak Sabah (sorr

Kahwin : Friends and Family

Bila usia dah menjengah ke suku abad, soalan yang lebih kerap ditanya dari “apa khabar?”   adalah soalan berkaitan kahwin and everything revolves it. Lebih lebih lagi kalau kawan kawan kau yang sebaya dengan kau sorang demi sorang bertukar status dan kau, kau dan kau pakwe pun takde. Kalau ade pun masing masing baru habis belajar. Duit nak makan pun takde nak menikah apenya. Or even worst, kau dengan pakwe kau dedua pun lum habis belajar lagi. “Bila nak kawen?” “Si A dah bertunang dengan anak Dato F kau bila lagi?” “Ex-boyfriend kau dah ade anak sorang kau tak teringin nak ada anak ke?” “Kau dengan pakwe kau dah 10 tahun kan? Takkan taknak kawen?” “Majlis aku bulan 9 ni, harapnya bulan 12 ni kau pulak. Tak gitu?” “Mak dengan abah ni dah tua, kau sorang je last lum kawen. Bila ni?” T_T Kill me. Pretty please. Soalan soalan ni dah macam peluru bertubi tubi kat telinga aku. Aku pun naik heran, yang asyik tanya ni tak penat ke mulut engkorang? Everytime orang tanya soalan ni kat a

Pick Up Lines atau Ayat-Ayat Mengorat

Imej
  Assalamulaikum, Hai. Isaac Ismael kembali dengan entri baharu setelah sekian lama menyepi atas faktor-faktor peribadi dan bukan peribadi. Kali ini, topiknya ialah Pick Up Lines atau Ayat-Ayat Mengorat.     Biasanya lelaki lah yang suka sangat mengorat. Kalau dulu-dulu, bayangkan scene pemuda kampung lepak-lepak tepi jalan, tengok awek lalu, mulalah menggatal nak mengorat. Ingat perempuan suka ke disuit-suit(bunyi macam tiup wisel) ? Diorang bukan burung Tekukur.Tapi, biasanya ayat-ayat kutu-kutu ni tak power. Mengundang kebencian ada la. Tak kurang ada jugak yang berjaya. Jangan main-main dengan skill kutu kampung. Zaman dah berubah. Sekarang ni mana main dah mengorat dekat bus stop (sebab bus stop pun dipenuhi bangla dan mat Indon kat KL tu), mana main mengorat kat tepi pagar rumah Makcik Senah, mana main mengorat dekat tasik tempat joging petang-petang (tak dinafikan memang masih ada, tapi rare la)    Namun, orang sekarang ni guna Facebook, guna Twitter, guna Tagged, takp

Manusia Manusia Steady

Imej
Mereka dah dapatkannya. Lu orang bila pulak? Amboi amboi siap ada mug dan pad tetikus! Beli secara pos pon bolehhhhhh!  Untuk pembelian secara pos; Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal -> https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?pli=1&formkey=dFliOHRfR1M3d2wxeGVQU3BaWGNTTnc6MQ#gid=0 Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti -> www.shop.lejenpress.com

(comic) I'm always like this.

Imej
* So hard lah. Got any tips? *

Korang Semua Memang Power!

Imej
Ada dua benda sahaja aku nak sampaikan kali ini; 1. Sahaja aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang datang ke soft-launching Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal pada 29 April lepas di Dewan Tun Hussein Onn PWTC Kuala Lumpur. Terima kasih tak terhingga kepada pihak Lejen Press dan FIXI kerana sudi memberi pihak kami iaitu Terfaktab Media menumpang barang sekaki dua melancarkan buku kami di booth korang.  Meriah wehh! Ucapan budi kasih juga aku ucapkan kepada semua warga skuad Terfaktab dan komplot Terfaktab kerana melibatkan diri, menonjolkan diri dan memalukan diri sewaktu soft-launching. Seperti Mofasad misalnya, perut dia je dah makan space dua orang. Elok-elok booth tu boleh muat 200 orang, masuk dia, jadi 198. Ini tak adil. Hehehe. (gurau je) Skuad Terfaktab yang hadir ketika soft-launching ialah Penulis.Sahaja, Elena Reeney, Mr Kay, Brader Leplep, Nami Cob Nobbler, Lord Zara, The Bent Pencil, Isaac Ismael, Husky Pusky, dan Hellioz (dia datang weh!).

Awak, Kita Sayang Awak...

"Abang! Tunggulah... Janganlah jalan laju sangat." Puas Kina mempercepatkan langkah untuk mendekatkan jarak dengan abangnya yang hendak ke padang. "Eh, Kina tu perempuan. Orang perempuan mana main bola kat padang. Pergi tolong ibu kat rumah la. Jangan ikut abang!" Masam mencuka terus muka Kina ditempelak sebegitu rupa. "Abang ni... Sampai hati... Orang nak ikut pun tak boleh. Takpe, takpe. Kina bagitahu ayah, abang rosakkan printer ayah hari tu." Taktik ugutan saje yang berkesan setakat ni. "Ish, diam ah! Kalau nak ikut tu, jalan jauh-jauh sikit. Huh!" Pantas Kifli berlari meninggalkan Kina yang sentiasa cuba mendapatkan abangnya. ***** Oi, kata nak training petang ni. Tak nampak pun batang hidung kau kat padang. Satu mesej daripada nombor yang tak dikenali menerjah masuk ke dalam inbox Xperia Ray kepunyaanya. "Eh, aku ada janji dengan bebudak ni ke nak training debat petang ni? Tapi, sejak bila pulak aku nak trainin