Awak, Kita Sayang Awak...



"Abang! Tunggulah... Janganlah jalan laju sangat." Puas Kina mempercepatkan langkah untuk mendekatkan jarak dengan abangnya yang hendak ke padang.

"Eh, Kina tu perempuan. Orang perempuan mana main bola kat padang. Pergi tolong ibu kat rumah la. Jangan ikut abang!" Masam mencuka terus muka Kina ditempelak sebegitu rupa.

"Abang ni... Sampai hati... Orang nak ikut pun tak boleh. Takpe, takpe. Kina bagitahu ayah, abang rosakkan printer ayah hari tu." Taktik ugutan saje yang berkesan setakat ni.

"Ish, diam ah! Kalau nak ikut tu, jalan jauh-jauh sikit. Huh!" Pantas Kifli berlari meninggalkan Kina yang sentiasa cuba mendapatkan abangnya.

*****
Oi, kata nak training petang ni. Tak nampak pun batang hidung kau kat padang.

Satu mesej daripada nombor yang tak dikenali menerjah masuk ke dalam inbox Xperia Ray kepunyaanya. "Eh, aku ada janji dengan bebudak ni ke nak training debat petang ni? Tapi, sejak bila pulak aku nak training kat padang?" Kina berperang dengan ingatannya sendiri. Terus, kepala digaru kasar. Jejari pantas menekan keypad.

Weh, sorry. Aku baru bangun tido. Aku tak ingatlah yang aku ada janji nak training petang ni. Kau ada mana sekarang? Aku solat jap.

Pantas butang 'send' ditekan. Henpon bijak dicampak ke atas katil dan dia terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk.

Selepas solat, Kina membuka inboxnya untuk melihat balasan dan hanya ada satu huruf saje yang terpampang - K.

"Emmm. Aku paling meluat orang balas K je ni tau. Siaplah kau. Eh, sape yang bagi mesej ni ek? Takkanlah Rini pulak. Bila masa dia tukar nombor?" Kina hanya mengomel sendirian sambil membetulkan letak tudung bawalnya. Handbag kain cotton dicapai. Pen hitam sebatang, buku nota sebuah dan kunci bilik dicampak ke dalam beg. Kasut bertutup polka dot disarung dan langkah disusun laju ke arah padang.

*****
Memandangkan sekarang musim pertandingan ragbi antara kolej, maka ramailah lelaki-lelaki gagah lagi perkasa yang sedang bermain ragbi di padang. Xperia Ray dikeluarkan dari poket dan nombor orang yang menghantar mesej kepadanya didail.

Selepas beberapa kali talian tidak dapat disambungkan, Kina sudah mula hilang sabar. "Pfffttt. Amendeeee call masuk voicemail. Aaaa. Ini mesti nak prank aku la ni! Siot betul sape punya angkara ni. Heh."

Malas mahu melayan perasaan geram, Kina terus menonong berjalan di tepi padang untuk pergi ke kafe. Marah-marah macam ni, sedak jugak kalau dapat makan aiskrim. Dalam sekejapan, senyuman diganti dengan kerutan. Kina terpaku melihat sesusuk tubuh yang sangat dikenalinya. Qusyairi. Spontan bibirnya menuturkan sebaris nama yang cuba diluputkan dari ingatan. Perasaan yang ingin menikmati aiskrim lenyap begitu saje dan diganti dengan perasaan walang tak terperi. Tanpa sedar, tangannya menyeka pantas pipi yang kebasahan dan terus berlari meninggalkan padang.

*****
"Assalamualaikum Kina. Tengah buat apa tu? Kina tak sihat ke?" Suara ibu memang menenangkan di saat perasaannya sedang rawan.

"Taklah, bu. Penat sikit. Biasalah, banyak keje." Kina cuba menyembunyikan kenyataan sebenar tentang perasaannya kala itu.

"Ohh. Ni abang Kina baru je balik rumah. Sibuk tanya kenapa Kina tak balik minggu ni. Dia dah rindu adik dia la tu."

"Eleh abang tu. Masa orang ada, asyik suruh orang pegi main jejauh. Bila dah jauh, tahu rindu." Kina mencebik. Kedengaran ibu dan Kifli mengekeh ketawa.

"Kina, ni abang Kina suruh bagitahu yang kawan dia nak masuk minang Kina."

"Eeeee apa abang ni! Dia tu pun tak kawen lagi, ada hati nak carikan orang jodoh. Boooo."

"Abang tu lelaki. Takpe kawen lambat. Kina kan perempuan..." Lembut ibu menutur bicara, memujuk.

"Eeee asyik tu jela dari kecik. Abang boleh pegi main bola sebab dia laki, Kina tak boleh. Abang takpe kawen lambat sebab dia laki, Kina tak boleh." Kina seakan berjauh hati dengan alasan yang sudah muak didengarnya. Tiba-tiba, kedengaran Kifli melaung dari jauh, "Eleh, cakap jela yang kau sbnanye suka ada kawan aku nak kat kau kan."

"Eeeeee abang!!! Ibu, tengok abang tuuuu..." Kina merengek, disambut dengan ketawa ibu dan abang kesayangannya.

*****
Berulang kali Qusyairi menuturkan ayat yang sama. Sampai naik jelak Kifli mendengarnya. "Ish kau ni. Rilekslah. Macam tak ingat je kan nama adik aku tu. Dari kecik kemaen lagi kau dah sebut nama dia, ni nak nervous mende," Kifli mengusik.

"Kau rasa Kina terkejut tak bila tahu dia akan menikah dengan aku?" Qusyairi terlampau bimbang sehingga tidak mampu disorok lagi.

"Entah. paling tak pun, mungkin dia cubit kau la kot. Tapi nanti kau cakaplah kat dia, tak baik cubit suami. Tak cium bau syurga. Kekeke."

"Hampeh ah kau ni." Qusyairi membetulkan letak duduk butang baju melayunya dan terus memakai songkok. Kifli belum puas mengusik Qusyairi yang sedang gabra itik. "Hengseng jugop adik ipar aku ni..." Malangnya dibalas dengan, "Diam ah, Kif!"

*****
"Kina taknak tahu sape bakal suami Kina. Biar kitorang jumpa buat pertama kali masa menikah nanti. Kina takut kalau Kina jumpa dia sebelum menikah, Kina buat perangai taknak kawen dengan dia. Boleh kan bu?" Anak mata Kina sudah mula bergenang.

"Sure Kina tak menyesal?"

"Ibu dengan ayah memang kenal kan orangnya macam mana? Dan Kina paling percayakan ibu dengan ayah daripada semua orang dalam dunia ni."

"Don't worry, darling. InsyaAllah, we'll do our best for you. And you'll always be our baby."

*****
Saat bergetar suara menerima akad daripada tok kadi, saat itu jugalah Kina terasa dunianya seakan berpusing. Suara yang sangat dirindui. Suara yang membuatkan tidurnya tak pernah lena. Suara yang sentiasa diharap menjadi imam dalam solatnya. Allah, adakah ini suatu mimpi indah?

*****

"Kita ada satu je nak tanya. Kenapa awak tolak cinta kita dulu?"

"Dulu tu bila? Abang tak ingat."

"Awak! Jangan main-main boleh tak?"

"Bila masa abang main? Bola pun takde nak bawak main ni. Tahulah sayang terer main bola."

"Pape jela. Jawab cepat soalan kita. Kenapa awak pilih kita lepas awak kecewakan kita dulu?"

"Dulu tu bila sayang?"

"Dululah. Masa sekolah dulu. Eeeee malaslah nak cakap dengan awak!"

"Tak perlu cakap, sayang. Abang dah tahu semua isi hati sayang..."

"Isi hati mendeeeeee..."

"Haha. Comel la sayang ni. Geram abang. Simpan lagi tak mesej abang?"

"Mesej apa?"

"Mesej ajak training?"

"Hah? Awak ke tu? Eeeeeeeeeee!"

"HAHAHAHAHA!"

*****
Terkadang jodoh tu datang dalam bentuk yang paling tidak kita sangkakan. Dan bila kita sangkakan dia bukan jodoh kita, mungkin dialah sbnanye yang tercipta untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Jangan pernah berhenti berdoa. Kerana doa itulah senjata, doa itulah penghubung. Di saat kita rasa Dia takkan tunaikan doa kita, mungkin di saat itulah Dia sbnanye sedang menguji kita. Sedang diri ini masih gigih mohon dikabulkan doa berjodoh dengan orang yang melabuhkan cintanya kepada Sang Pencipta, lalu anda bagaimana? :)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
comell
Eyka berkata…
comey..auww :P
Unknown berkata…
ok.melayang kejap bace ni.haha!
Tanpa Nama berkata…
jrg sgt lelaki se swett camtu..imaginasi je kot..;p
Tanpa Nama berkata…
comel :)
Djuita berkata…
ala bestnya entri ni :D
Tanpa Nama berkata…
Doa itu senjata :)
iz berkata…
cerita ni comey laaa.. =P
Jay berkata…
"jrg sgt lelaki se swett camtu..imaginasi je kot..;p"

Semua novel/cerpen cinta Melayu cenggitu. :)
Tanpa Nama berkata…
bagi aku, statement "xnak jumpe b4 nikah, takut nnti xnak kawen dgn dia" is something (sorry to say) stupid. bagus ko jumpa dulu sape dia tu, klu xsuka sempat lagi tarik diri. ni lepas kawen baru nak jumpa, tup tup ko xsuka, ko sangka senang2 jer bole batalkan pernikahan ko tu? & this is reality man, xdenye sweet2 mcm dlm cerita ni mahupun mcm filem2 kat luar sane..
okay aku sekadar menyuarakan pandangan aku je

o btw, after kawen pun u all still ber'awak2' ke dgn spouses?

-Lieyna
Tanpa Nama berkata…
Emotionalnye orang atas ni.Chill k..cerita je pon.
Tanpa Nama berkata…
cerita yg memperbodohkan minda org melayu..banyak gadis2 sampai umur even dh 25 pn still duk dalam khayalan cite2 camni..sori penulis n peminat citer camni,xde niat nak ofen,just geram sbb dh banyak jumpe gadis hidup dlm citer camni,xpn cite korea..

jack
Tanpa Nama berkata…
serah soal jodoh totally pd ALLAH..insyaAllah ALLAH tak akan kecewakn kita..perit luka itu biasa..sweet dan indah itu kita first kena create..yang penting sntiasa kuat semangat dan tidak buruk sangka dgn ALLAH..praying is the best solution..

abeta ru cla..
Jay berkata…
@Tanpa nama, I rasa Lieyna bukan emo pun. She's just telling the truth, skrg bukan lagi 'cerita je pon'. Realitinya, RAMAI bermatian2 nak go through hidup mcm citer jiwang2.
Tanpa Nama berkata…
ok.jalan cita yang macam kat awang awangan. x paham. x da kesinambungan.and well, cliche..
kenapa skrg ni byk sgt cita mcm ni..?rs mcm x mmbina. how bout other things? masa muda jgn fikir sgt nk bercinta, cari cinta..masih ada benda yang lbh nesar jauh lbh penting nak diletakkan kat list no satu tu.sori if this might offend someone, tp disbbkn byk sgt post benda ni.tergerak hati plak nak bukak.
pEacEmaKer berkata…
sgt best,,, thx.. u inspired me

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.