Setahun Bercinta Dengan Erica Micheal



Setahun yang lepas, aku baru berpindah di Shah Alam selepas tinggal di Bangsar, kemudian Cheras rumah apartment atas bukit. Pejam celik setahun berlalu pergi. Macam-macam aku telah lalui sepanjang setahun ni, sampai aku tak sedar rupa-rupanya aku dah setahun dah bercinta dengan Erica Micheal ni.

Ya - aku akui aku ni mat sejarah. Semua tarikh-tarikh dan tahun-tahun semua melekat dalam kepala otak walaupun aku gagal ingat nombor telefon dan nombor IC aku. Aku tau kadang-kadang follower non-Liverpool kadang-kala menyampah dengan tweet sejarah aku, tapi aku tak pernah komplen tweet cintan-cintun crush ke tweet merapu-meraban, susah-susah aku unfollow je. No warning, no words. Tak payah semak kepala.

Rewind balik 12 bulan yang lepas, aku berpindah dari rumah aku di Cheras yang aku tinggal di situ selama empat bulan. Tapi rumah aku di Cheras tu aku tak berapa kenang sangat, sebab first, rumah itu terlalu jauh sampai aku selalu lewat pergi kerja, pernah kena pau dengan budak Sabah (sorry for Sabahans, that dude really a Sabahan, doesn't mean anything), hari-hari naik teksi kena overcharge sebab midnight baru sampai rumah, rumah yang jauh dari kedai yang aku rasa stress nak duduk. Empat bulan sebelum tu aku tinggal di Bangsar, ada kerja stabil, ada member best, surrounding yang happening - uh well, setiap kali aku balik teater di Bangsar dan bila lalu rumah lama - aku terkenang dan kadang-kadang aku sedih.

Tapi kalau aku tak tinggalkan Bangsar - aku takkan jumpa Erica Micheal, mungkin.

Anyway, aku malas nak recap kisah antara kami sebab karang ada juga aku kena tulis buku novel baru - Awek Yang Bernama Erica Micheal pulak. Kisah cinta kami biar kami sahaja yang kongsi, heh! Tapi entry hari ini aku nak meluahkan perasaan terhadap setahun aku bersama dengan Erica Micheal ni.

Dia adalah girlfriend yang garang dan manja dalam satu masa, kadang-kadang kalut juga bila dia garang. Bila dia garang - terus terang aku berdebar-debar nak dekat dengan dia. Mengingatkan aku dengan Ez, bezanya dia tak naik kaki dan bagi penerajang taekwando straight kat dagu aku. Dia punya style jenis diam dan tak bercakap - dan jenis ini sebenarnya lebih susah nak encounter dari jenis kaki mulut tangan kepala yang bergerak. Kadang-kadang aku ni terlebih pe'el aku - aku tahu, siapa jadi girlfriend aku mesti tension bila aku berpe'el yang tidak semenggah. Uh well, tapi itulah aku. Semua orang inginkan kesempurnaan walaupun semua orang tak pernah sedar yang manusia tak pernah pun sempurna. Tapi dia sabar juga walaupun kadang-kadang dia marah juga.

Dari segi kesabaran dia, aku tabik. Dia ada macam-macam masalah, tapi dia tetap boleh senyum kat aku. Dia boleh lagi gurau-gurau dan bergelak walaupun dia ada banyak problem - di tempat kerja mahupun apa-apa sahaja. Dia ni sangat particular orangnya, jadi memang balancelah dengan orang yang chaotic macam aku ni. Kalaulah aku bergirlfriend dengan perempuan yang chaotic juga alamatnya haru biru jawabnya. Selalu juga dia cakap "kenapa cari girlfriend yang kuat bebel dan organized?" - kalau saya jawab yang pesen saya maka hancurlah hidup saya sayang.

Dari segi kemanjaan dia, kadang-kadang bila 2-3 minggu tak jumpa, dia jadi manja juga. Kadang-kadang time-time aku nak siapkan buku, atau tengah tengok bola, time tu jugak dia call. Tapi aku tak kisah sebenarnya. Sebab dalam hati aku, aku pun boleh rindu dia juga. Buku boleh siap karang nanti walaupun bos dah bising, bola ada siaran ulangan, Youtube pun ada. Moment berborak dengan awek mana sama every now and then, betul tak?

Aku admit, sepanjang aku dengan Erica - banyak benda aku belajar, misalnya grammar English. Ya ya aku tahu ramai yang komplen pasal grammar Awek Chuck Taylor - tapi aku akui English aku ada sikit improved la sejak dengan dia. Selain tu, aku rasa aku punya memori aku kuat sikitlah sebab dia ada mengajar aku teknik mengingat walaupun kadang-kadang memori aku umpama ikan emas dalam balang. Entah, tang sejarah, geografi, fakta-fakta ni aku boleh ingat, bab nombor IC, nombor phone aku gagal.

Pejam celik dah setahun dah aku dengan Erica ni. Macam-macam dah berlaku, banyak perkara berlaku, dugaan pun banyak, tapi aku nak bersama dengan dia. Aku tak tahulah dia, tapi walau macam mana pun aku nak dengan dia. Bagi aku, dia betul-betul faham aku (dan sepuluh ekor lagi kat belakang ni ha). Tak semua orang boleh faham aku, dan tak semua nak faham aku. Termasuk parents aku.

Sepanjang setahun ni, kalau ada salah dan silap, saya ini manusia yang penuh dengan kekhilafan. Kalau ada perkara yang awak buat salah, saya dah lama maafkan. Sebab saya sayang awak, saya tak kisah tu semua. Sebab tanpa awak - lepas 21 April 2011 saya dah tiada, maka tiadalah buku Awek Chuck Taylor, tiadalah artikel saya di Kitab Terfaktab, tiadalah buku Bayang, tiadalah projek Buku Cerita Pemain Bola Islam dan tiadalah Rokok Nan Sebatang. Kerana awak saya terus menulis, sebab awak dah selamatkan saya.

Kadang-kadang saya akui, bila saya merindui arwah Elly, bukan semua mahu berkongsi rasa kasih, bukan? Kadang-kadang perasaan saya dengan arwah Elly tu seolah-olah macam menduakan awak, tapi hey, awak juga mensepuluhkan saya (sengih yang lain). Saya harap Elly gembira lihat kita berdua. Mungkin akan ada masalah sini dan sana, tapi pasangan yang baik bukannya pasangan yang akan komplen bila ada masalah, tetapi pasangan yang memberi komitmen untuk membetulkan masalah.

Oh by the way, masak lemak cili api ikan patin Erica Micheal sangat padu!

Erica Micheal, happy our first anniversary, you'll never walk alone. :) You're always my first lady.

Ulasan

zoul yazix berkata…
Amboi sweetnya, kalau aku jadi Erica dah lama dah aku masuk meminang Nami ni.
cimöt berkata…
wow! sweet gilak dedicate kat erica!!

erica, he's really ,meant to u..
Bukan Malaikat berkata…
Harapnya aku tak perlu goreng pop corn bila aku jenguk balik catatan Nami ni nanti.
Tanpa Nama berkata…
awwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww shit dat was damn sweet :>>>
Unknown berkata…
ahh jelesnyaaa. seronok jadi erica :)
nabila berkata…
Erghhhhh.esok dah kawin,jgn ckp gaytu di telepon,nak call pon susah,adat berumahtangga

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.