Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel katapuisi

Kahwin? Aku? Kahkahkah!

Sudah berapa lama agaknya aku ingin tulis segala isi hati aku, lepas keluar dari musim percintaan kali ini. Mungkin aku antara manusia bertuah (*atau celaka?) kerana sekejap berada dalam hubungan percintaan dua hala, sekejap berada dalam hubungan percintaan sehala. Mungkin juga. Mungkin juga aku hanyalah seorang lagi manusia tidak tahu erti syukur hingga banyak hubungan yang jika aku jaga hubungan itu betul, memang betul ia akan bawa aku ke saat bahagia ke syurga. Kecewa itu ya, kecewa itu ada. Dan kekecewaan ini sebenarnya membawa aku ke satu dimensi yang jika aku keluar daripada dimensi ini, aku khuatir aku bakal kecewa lagi sebagaimana kecewa aku sebelum-sebelum ini. Dimensi di mana aku lebih selesa bersendirian, berhibur ke sana ke mari berseorangan, tanpa ditemani seorang kekasih yang betul mencintai aku ingin hidup bersama aku selamanya. Ya, aku sebut kekasih, bukan gadis. Pernah satu tahap aku sampai tidak kisah jika ada seorang lelaki yang betul jatuh cinta padaku. Yan...

Awak, ini nasihat.

Awak, mungkin awak tidak tahu, yang begitu ramai bencikan awak. Awak, awak mungkin tidak tahu, yang begitu ramai dengkikan awak. Jadi tolong,  bila satu hari nanti awak bercinta, mohon rahsiakanlah dari kawan-kawan. Mohon simpanlah dia dari awak punya kumpulan. kerana dalam ramai “kawan-kawan” awak itu, Ada yang bukan sebenar-benarnya kawan. Ada yang hanya gunting dalam lipatan. Awak tahu kenapa awak single? Awak single sebab setiap kali awak hulurkan bunga, ada “rakan” yang mengeluarkan gunting dan mencantas bunga itu. dan kalau awak dapat pun si gadis baru, mereka tunggu, tunggu di sebalik pintu. Tunggu kalau ada perselisihan faham sedikitpun, mereka nampak peluang mereka dan mereka lancarkan serangan. Awak, ini nasihat saya nampak semua yang berlaku, dengan kekasih awak yang dulu-dulu. Ada kawan yang memang kawan, ada kawan, yang hatinya penuh lawan. Awak, ini nasihat saya pohon jika awak punya teman lagi, simpan ...

Cinta Pandang Pertama

Kau yang kupandang buat kali pertama ketika kita bertemu muka, membuat hatiku berpaut nakal mendiktator mata supaya asyik memandangmu. Ruang magnetik antara kita yang menimbulkan mewujudkan hubungan sintetik terus membuat hati mulusku tulus rasa ingin mendekatimu. Lebih, lagi, makin, rapat dekat. Yang pasti ruang antara kau dan aku wujud tanpa kewujudan walau sezarah luar dari lingkungan persendirian kita. Kau nampak aku, kau senyum. Kau belum tahu detik derap debarnya hatiku saat kau menzahirkan senyum tepat ke wajahku. Betul seperti rasa bagai ada arjuna terbang memanahkan anak panah cinta tepat ke hatiku dengan busurnya. Ya, itu baru senyummu. Belum lagi kudengar manis merdu bicaramu. Walau dari jauh kupandangmu membuatku rasa goyah lagi gugah hendak menegurmu, kutahu saat hati bicara kutelah terpaut padamu. Betulkah ini rasa cinta? Cinta yang membawa satu aura dan nyawa baru untuk hidupku? Atau ini hanya rasa terpikat? Terpikat tertarik dengan langsungnya kecantikan keluc...