enam ogos.
i nak you, i taknak dia. boleh tak? - Genting Highlands, 6 Ogos 2010. this sentences means a lot to me. sebab aku tak pernah duga aku akan buka hati aku untuk orang lain. untuk orang yang aku tak pernah kenal. untuk stranger. jika aku memilih rupa, aku takkan memilih kau. jika aku harap aku dimanjakan dengan kemewahan, aku takkan memilih kau. jika pangkat dan kedudukan itu adalah segalanya, aku takkan memilih kau. jika lelaki yang bekerjaya menjadi pilihan aku, aku takkan memilih kau. tetapi aku tetap setia dan memilih kau. saat aku celaru untuk memilih kerjaya, kau di sisi. saat aku runsing untuk memulakan kehidupan baru, kau di sisi. saat aku memutuskan untuk meninggalkan dia yang menipu aku, kau di sisi. saat aku menghadapi pemergian kakak tersayang, kau di sisi. saat aku memerlukan bahu untuk menangis, kau tetap di sisi. episod luka itu sangat memberikan kesan mendalam kepada aku. luka itu tak pernah sembuh. luka itu sangat dalam. tapi aku tetap mencuba untuk mengubatinya. sedikit ...