Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

Konversasi Si Sent dan Si Received

23:58 : "Hai. Saya suka awak. Nak kahwin dengan awak." Sent 00:05 : "Haha. Kita kan kawan. Mana boleh kahwin." Received 00:06 : "April fool!" Sent 00:10 : "April fool balik! Saya pun suka awak. Nak kahwin dengan awak. <3" 00:11 : "Really? Omaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. :DDD" Sent 00:12 : "Amboi panjangnya terkejut. :)" Received 00:13: "Mestilah. Saya crush dekat awak dah lama kot." Sent 00:13: "Yakah? Sejak bila?" Received 00:14 : "Sejak mata bertemu mata. :)" Sent 00:14 : "Eh. Samalah. Omaiiiiiii (Saja tiru awak) :P" Received 00:15 : "Haha" Sent 00:15 : "Awak awak awak" Sent 00:16 : "Ya saya." Received 00:18 : "Sudikah awak jadi kekasih hati saya selamanya?" Sent 00:19 : "Erm. Kejap. Bagi saya 10 minit. Nak buat istikharah." Received 00:19 : "Baik! *Taksabar menunggu*" Sent 00:35 : "Maaf lambat. Saya pe

Surat untuk saudari

Sepanjang malam saya merenung skrin laptop dan saya membuat keputusan untuk menulis surat maya secara ringkas buat saudari yang selalu lekat di hati sekurang kurangnya untuk hari ini. Ketika saya menulis surat ini, dinding sedang berbunyi dan tivi kehilangan fungsi. Saudari, Bagaimana angin 28 Mac bertiup? Saya pasti ia memberi kesan yang menyelesakan dan juga membahagiakan. Bagaimana awan 28 Mac berarak? Saya yakin ia masih menjadi hari yang cerah walau hujan turun sekalipun. Dan bagaimana senyuman 28 Mac? Saya tahu ia merupakan senyuman paling berseri dalam hari seorang wanita. Maaf saya ucapkan kerana tidak dapat hadir. Kadang kala saya fikirkan yang saya sudah cukup bersedia tapi seperti yang orang lain mengenali saya, saya seorang yang cukup sukar diduga. Boleh jadi saya hadir dengan karekter lelaki paling riang atau boleh jadi saya datang dengan watak yang paling garang. Lebih bagus tidak mengambil sebarang risiko dalam situasi seperti ini. Jika ini satu perang, saya