31 Mac 2014

Konversasi Si Sent dan Si Received

23:58 : "Hai. Saya suka awak. Nak kahwin dengan awak." Sent
00:05 : "Haha. Kita kan kawan. Mana boleh kahwin." Received
00:06 : "April fool!" Sent
00:10 : "April fool balik! Saya pun suka awak. Nak kahwin dengan awak. <3"
00:11 : "Really? Omaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. :DDD" Sent
00:12 : "Amboi panjangnya terkejut. :)" Received
00:13: "Mestilah. Saya crush dekat awak dah lama kot." Sent
00:13: "Yakah? Sejak bila?" Received
00:14 : "Sejak mata bertemu mata. :)" Sent
00:14 : "Eh. Samalah. Omaiiiiiii (Saja tiru awak) :P" Received
00:15 : "Haha" Sent
00:15 : "Awak awak awak" Sent
00:16 : "Ya saya." Received
00:18 : "Sudikah awak jadi kekasih hati saya selamanya?" Sent
00:19 : "Erm. Kejap. Bagi saya 10 minit. Nak buat istikharah." Received
00:19 : "Baik! *Taksabar menunggu*" Sent
00:35 : "Maaf lambat. Saya pergi tandas tadi. Done istikharah. :)" Received
00:35 : "Ingat awak takmau sembang dengan saya dah tadi. :((" Sent
00:36 : "Haha. Mana ada. Saya suka sembang dengan awak. BTW, janganlah ingat macam tu. Terfaktab kata, itu tanda overly attached." Received
00:36 : "AWAK TAHU TERFAKTAB?!" Sent
00:36 : "Awak pun? Wah!" Received
00:37 : "Saya dah nampak kita ada chemistry ni. :P" Received
00:37 : "Saya baru nak cakap yang sama. Haha. Bestnyaaaaaaaa" Sent
00:37 : "Awak awak awak awak" Sent
00:37 : "Ya saya?" Received
00:37 : "Tak sangka perbualan kita sungguh menghiburkan. Saya tersenyum dari tadi tak habis-habis." Sent
00:38 : "Ecececeh." Received
00:38 : "Awak. Saya rasa ada orang jeles dengan kitalah." Received
00:38 : "Yakah? Siapa? Macam mana awak tahu?" Sent
00:39 : "Tak tahu, tapi saya dapat rasa itu." Received
00:39 : "Yakah.. Kasihannya. Nak stop dah sembang? :(" Sent
00:40 : "Boleh juga. Saya pun nak tidur. Nanti tak berpeluang mimpi awak pula." Received
00:40 : "Hmmmmmmmmmmmmmmmm....." Sent
00:40 : "Panjangnya hmm. Tak bagi saya tidur? :)" Received
0040 : "Hmmmmmm. Bagi tu bagi, tapi saya takut momen macam ni takda lagi esok." Sent
00:41 : "InsyaAllah ada. Saya takpasti, sebab ini Tuhan yang tentukan. Tapi, kalau saya masih hidup, saya hai awak besok." Received
00:41 : "Baik! Jumpa esok awak! :*****" Sent
00:42 : "Amboi banyaknya kiss." Received
00:42 : "Jumpa esok. Assalamualaiku, selamat malam sayangku." Received
00:42 : "Yay dapat sayang! :D" Sent
00:42 : "Eh typo Assalaimualaikum pulak. Assalamualaikum." Received
00:42 : "Tak apa, I get it. Good night to you too, honey bunny." Sent
00:43 : "Waalaikumussalam warohmatullah wabarakatuh." Sent
00:43 : ":) :D :*" Received

TAMAT

1 ulasan:

Arip Ace berkata...

rasa macam nk ueeeekkkkkkkk byk2..heee jgn marah..-peace-