Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel awek chuck taylor

Selamat Tinggal Dan Moga Berjumpa Lagi,Awek Chuck Taylor.

Imej
Setelah empat hari aku ghaib dari dunia internet dan berita, aku kembali mengumpul kekuatan untuk menulis tulisan ini. Rasanya aku dah cukup kuat untuk aku menulis, dan empat hari tidak mengadap PC - bagi seorang Nami adalah perkara yang janggal dibuat. Rumah aku dahlah takde TV, takde apa-apa maklumat yang aku terima sepanjang empat hari aku berhiatus ni. Aku hanya mengurungkan diri dan melayan perasaan hiba. Entah ya, sebenarnya tak sangka aku berkenalan dengan kau selama lapan tahun. Bermula di food court underground Lot 10 - gadis muka muncung yang suka gigit straw dan main ais - pertemuan kita pada awalnya tidak menyenangkan. Aku kenal kau dari kawan kau satu pusat tuisyen yang bernama Kasturi di KL. Pada awal perkenalan kita, kau aku anggap sebagai gadis sombong yang bajet cun (walaupun aku akui, kau memang cun). Pada awal perkenalan kita yang tak menyenangkan tu, aku dah berpunya tapi aku tak pasti apakah aku mencintainya atau tak. Mungkin kerana desperado masa tu takut tak ...

It’s dead and gone baby! Dead and gone!

Imej
(As per Nami’s request over this issue, I shall dedicate this to the little princess up in Brunei . So here's to you--from the lowly, 1987-born Aries southpaw in Malaysia). Kim Ung Young --pemegang rekod budak paling bijak di dunia dengan IQ 210. We have similarities, you and me . Kita berdua dididik supaya rajin belajar—kerana tiada yang lebih menggembirakan mak abah daripada melihat tanda A biru dalam kad laporan saban tahun. Kita berdua dididik supaya anti percintaan zaman sekolah—supaya tidak membazirkan intelek kita pada cinta monyet. Supaya meneruskan pengajian ke menara gading;   bak kata nenek “kau harus pulang dengan ijazah. Rugi orang seperti kamu tidak diisi dengan ilmu.” Rugi, rugilah sangat tanpa ilmu itu. Tapi lebih rugi lagi, kalau hidup tanpa cinta. Bukan begitu puteri? Jadi tika saat ibu saya finally melepaskan saya ke dunia sebenar—saya terbang tinggi dan jauh untuk mencari cinta itu. Namun cinta itu tak adalah cukup dibaluti gula seperti yang diceritakan...

Be Strong,Ez.I Know You Can Make It.

Imej
Ini adalah kisah ex-girlfriend aku yang nombor tiga - Ezreen Emira - yang sedang bertarung dengan penyakit kanser payudara - just in case - Ez ini adalah Mira dalam novel Awek Chuck Taylor. Bila aku dengar berita yang kau menghidap kanser - hati aku luluh. Walaupun hampir 6 tahun kita dah berpisah - tapi kau adalah ex-girlfriend aku yang masih rapat dengan aku. Macam-macam kita dah lalui - dan kini, aku rasa sebak bila mendapat berita kau menderita sakit. Dan aku tahu sekuat mana pun perempuan itu - berita kanser payudara adalah berita yang agak sukar untuk diterima. Minggu lepas kau baru selesai menjalani pembedahan tapi disebabkan darah kau jenis O- maka kesukaran mengganti darah bertambah rumit. Kadang-kadang aku terfikir mampukah kau terus bertahan - dengan aku dengar kau mengalami pendarahan yang sangat teruk. Darah O- - mengikut kefahaman aku adalah darah yang sukar untuk diganti. Tak ramai orang yang ada darah O-. Ez - yang aku kenal - atau Mira dalam novel Awek C...