Be Strong,Ez.I Know You Can Make It.
Ini adalah kisah ex-girlfriend aku yang nombor tiga - Ezreen Emira - yang sedang bertarung dengan penyakit kanser payudara - just in case - Ez ini adalah Mira dalam novel Awek Chuck Taylor.
Bila aku dengar berita yang kau menghidap kanser - hati aku luluh. Walaupun hampir 6 tahun kita dah berpisah - tapi kau adalah ex-girlfriend aku yang masih rapat dengan aku. Macam-macam kita dah lalui - dan kini, aku rasa sebak bila mendapat berita kau menderita sakit. Dan aku tahu sekuat mana pun perempuan itu - berita kanser payudara adalah berita yang agak sukar untuk diterima.
Minggu lepas kau baru selesai menjalani pembedahan tapi disebabkan darah kau jenis O- maka kesukaran mengganti darah bertambah rumit. Kadang-kadang aku terfikir mampukah kau terus bertahan - dengan aku dengar kau mengalami pendarahan yang sangat teruk. Darah O- - mengikut kefahaman aku adalah darah yang sukar untuk diganti. Tak ramai orang yang ada darah O-.
Ez - yang aku kenal - atau Mira dalam novel Awek Chuck Taylor - yang ramai yang kenal - adalah seorang perempuan yang kuat. Dia mampu hadapi segala apa cabaran dan rintangan. Ez yang aku kenal ialah perempuan kalis peluru - dia seorang yang kuat. Dan setakat ini berita yang aku dengar - badan kau beberapa kali menolak implan baru dalam badan sebab ini mungkin kesan dari antibodi darah O-. Aku harap kau terus gagah - kerana tak ramai perempuan macam kau. Kau jadi punca ramai perempuan untuk terus gagah.
Bila blovel(blog novel) Awek Chuck Taylor keluar pada 9 Mac 2011 - ia adalah hadiah untuk ulang tahun hari lahir kau yang Jubli Perak. Dan itu sahaja hadiah yang mampu aku berikan pada kau setelah banyak aku lukakan hati kau. Kau - tolong teruskan kekuatan - dan aku harap satu hari nanti - kau akan berjaya dengan apa yang kau ingin lakukan.
Bila Awek Chuck Taylor siap diterbitkan dan dipasarkan nanti - aku tak dapat tolong banyak - cukuplah sekadar setiap 50sen dari penjualan novel tu nanti aku salurkan kepada Tabung Kanser. Novel Awek Chuck Taylor ini adalah kisah kita, kisah aku dan kau dan Elly - dan aku rasa 50sen tu taklah banyak sangat berbanding apa yang kau dah lakukan untuk aku selama ini.
Semoga kau cepat sembuh - dan semoga kau terus kuat menghadapi cabaran ini.
p/s:Novel Awek Chuck Taylor kini sedang dalam pembikinan. Aku mohon agar cerita kita ini kita kongsi bersama kepada semua.
Follow her Twitter at @ezmira86 and give her full support to fight her disease!
Ulasan
InsyaAllah sentiasa dalam jagaan Allah.
allah takkan bagi kita dugaan yang tidak mampu kita tempuhinya. ingat, allah itu maha mengetahui. semoga cepat sembuh :)
sian nye diaaa
mesti dia seorang yg tabah
nak join GIVEAWAY? hadiah best tau!
http://patehadnan.blogspot.com/2011/08/hadiah-happy-giveaway-si-budak-kurus.html
-Erica Micheal
-uvf
semoga dia tabah dan kita mendoakan apa yg terbaik buat dia .. jaga diri
insyaallah boleh beli buku ni nanti.