Siri Awak Dan Dia : Berhenti Menunggu



Salam.
Sejak kebelakangan ini, aku menulis sesuatu yang dikatakan menyedihkan di blog peribadi. Sesuatu yang aku tulis dekat dengan hati dan situasi yang dihadapi walaupun tidak semestinya sakit itu aku yang rasa bukan? Dan aku masih lagi menulis dengan meletakkan situasi penuh makna dalam apa sahaja.

*******

I'm trying that hard not to look at my phone, to wait for your text, or to hope too much for your call. But inside my heart, I wish you do.


Daripada catatan manusia beku yang menyimpan himpunan rahsia kehidupan di atas tinta yang memuatkan luahan dan muntahan rasa. [sini]

Rentetan tulisan yang sudah berjela aku rasa.
[#14] dan [#15]
[#16] dan [#17]
[#18] dan [#19]


Awak sayang dia.
Awak sayang dia sepenuh jiwa.
Awak sayang dia kalah awak sayang nyawa.
Awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya.


Awak cinta dia.
Awak cinta dia sampai tahap buang manusia.
Awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuk kerja.
Awak cinta dia tanpa gentar halangan termasuk bantahan keluarga.


Awak suka dia.
Awak suka dia sangat hingga tidak tidur lena.
Awak suka dia tiada tolok banding kegilaannya.
Awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza.


Tapi, awak bukan pilihan dia.
Pedih bukan rasa?

[Sumber gambar]


Awak, sila berhenti menunggu.
Menanti sesuatu yang membuatkan hidup awak tidak menentu.
Membuatkan awak keras seperti batu.
Ya, menjadikan awak sakit dan berkematu.


Awak, dia tidak layak untuk dinanti.
Sekurang-kurangnya bukan oleh awak yang sakit pedih hati.
Awak yang masih setia atas nama persahabatan sejati.
Sudahlah awak, masih banyak benda menanti.


Awak, kerasnya sebuah hati.
Kerasnya kepala awak yang penuh berisi.
Tetapi apakah awak tidak sedar awak sedang disakiti?
Dalam diam awak sebenarnya sedang sendiri.


Tanpa sesiapa pun peduli.
Tanpa sesiapa pun mencari.
Tanpa sesiapa pun simpati.
Tanpa sesiapa pun di dunia ini.


Awak terus mahu menunggu kemunculan dia.
Awak kekal mahu menjadi manusia setia.
Tapi awak tahu awak bukan sesiapa.
Bukan manusia yang dia cinta.
Bukan manusia yang dia suka.
Bukan manusia yang dia puja.


Awak, dengar sini.
Awak, baca ini.
Awak, perhatikan dan renungi.
Dia bukan manusia yang awak kena tunggu lagi.
Berhenti!


Awak, dah terlampau banyak beban yang awak galas.
Kenapa tidak pernah rasa malas?
Kenapa enggan rasa culas?
Kenapa tidak mahu lepas?


Awak, berhentilah.
Suatu hari nanti awak akan mengah.
Sudah tiba masa awak mengalah.
Bukan sebagai tanda awak kalah.
Tetapi sudah cukuplah lelah.
Cukuplah.

[Sumber gambar]

"Kadangkala seseorang harus membuatkan awak menangis supaya awak sedar bahawa awak layak mendapat seseorang yang membuatkan awak tersenyum"
(Shafaza Zara, 2011)

Awak, sila berhenti.
Kalau tidak, awak akan mati.
Dan tanggung sendiri.
*******

You are free to be you. And I'm free to be me. But just so you know, what I am now is all the result of what you've done to me.

*******

Lord Zara : Orang yang paling berjaya dalam hidup adalah orang yang dapat menyeimbangkan segala benda dalam hidup dia. Aku kena berusaha ke arah itu. Sudah cukuplah menjadi manusia yang tidak teratur kimia diri sejak kebelakangan ini.



Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Been there before..
Aku Syah berkata…
Sedg merasai pekare yg sama..
I hope I can do..to forget..
x1y0z2a6 berkata…
nice poem when it comes from the heart & experienced by that particular person..
Si GadisSemasa berkata…
yes , awak itu saya . T_T
A.I berkata…
dulu aku awak tu...
macam bangang gak ah.
but now...

chill lah, kalo allah tak bagi dia kat aku, mesti ada sebab.
maybe im deserve better, or he deserve better. sapa tau kan kuasa Allah.. =)
Anonymous berkata…
bosan lah entri yang ada sumber asal sumber asal ni~ tak original~
dhaya berkata…
sedang berada di tahap yang sama.
tabahlah wahai hati. :(
lollybiess berkata…
nice writing:P
same with my story
he asked me to change to another 'script'. i tried but i failed. so i decided to stick with the old sript
- elina - berkata…
hurt.

u tell yourself not to wait.
but u u know that your heart still do.
sYafIk-wAy berkata…
sedang menghadapi , tapi dah banyak kali . lali pun dah ada .
Eqa Yazid berkata…
dulu hampir 3 bulan aku tunggu dia, mungkin satu masa yg singkat bagi org lain, tp aku jemu, aku penat. smpai satu masa dia cari aku balik, tp hati aku sudah keras utk pergi dekat dia. :')
SN berkata…
ada org yg tlalu pengecut utk bg tau kita,jgn tunggu dia..tp saya jumpe yg berani bgtau.so saya jd sngt tabah lupakan dia...so relif!
cikgu dee berkata…
yeah...sedang melalui..kisah perit yg ditanggung sendiri..ckuplah jd si setia menanti..mungkin dah tiba masa bahagiakan diri sendiri.. =) ( sekdr renungan utk diri sendiri n rakan2 )
ciK aYu La berkata…
awak diatas adalah saya..yg sedang merasai nya sekarang..mmg down giler2, biler cinta xberbalas....xpelah..i deserved the better one..dan aku nk tgk suatu ari nti dia dtg blk padaku dan menyesal atas kptsan dia..time tu kau kene maki kaw2 je dgn aku..huh!!!

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.