Sudah Terlanjur Menjauh Dari Tuhan.
Berikut ialah kiriman pembaca yang di nukilankan oleh Sastraboy Suhadi melalui ke email terfaktab@gmail.com. Kirimkan karya-karya anda yang menarik kepada kami di Terfaktab, sama ada penulisan mahupun komik. Jutaan terima kasih kepada Sastraboy atas artikel yang menarik ini.
__________________________________________________________________________________
Dia ambil selaras senapang patah, yang selama ini cantik ditampung di atas para yang melekat pada dinding. Dia usap setiap inci tubuh senapang itu. Dia tilik segala ruang padanya. Dia senyum.
Para yang melekat pada dinding, ditanggal, dan dibawa bersama senapang patah itu. Keduanya diletakkan di dalam briefcase-nya. Dia ke bilik.
Di ruang sebesar rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin itu, dia senyum. Dia bawa kakinya, ke arah sebuah meja solek, sebesar tiga kotak khas untuk tiga peti televisyen plasma 40 inci. Dia tarik keluar kerusi berona raja dari meja itu. Dia alihkan hingga ke bahagian beranda bilik itu. Dia senyum.
Kemudian, sekali lagi, dia pergi ke arah meja solek itu. Segala macam jenis alat solek super mahal yang diimport khas dari negara luar, disapu dengan lengan agamnya. Berterabur setiap satu di mana-mana yang sudah ditakdirkan untuk ianya jatuh. Dia senyum.
Dia ambil para yang dibawa tadi dari briefcasenya. Dia atur baik-baik kedudukannya pada meja solek itu. Setiap darjah ditentukan dengan tepat. Semuanya dihafal diluar kepala. Dia pakar matematik lulusan Harvard, dia tahu semua tentang kiraan, itu kepakarannya. Setakat mengawal kedudukan sebiji para, itu mudah. Dia senyum.
Dia ambil senapang patah yang tadi dia simpan di atas sebuah katil queen size. Seperti para tadi, dia atur kedudukannya baik-baik, muncungnya sudah dipastikan kehadapan. Dan seperti para tadi juga, segala macam kiraan sudut yang sepatutnya sudah diaturkan. Dia senyum.
Para tadi diikat pada meja. Dan senapang itu diikat pada para. Berjaya.
Dia tarik langsir yang menutupi bilik itu. Tak semena-mena biliknya dilimpahi cahaya mentari yang sungguh silau. Habuk mikro yang selama ini tersembunyi dalam kegelapan, dibogelkan terus. Lambang sudah dua minggu, bilik kosong itu tanpa penghuni.
Dia tak peduli.
Dia tarik keluar tali dawai yang selama ini menggantung kemas langsir itu.
Pada picu senapang patah itu, dia ikat dengan tali dawai tadi. Dia berjalan ke arah dinding, dengan cara gostan. Setiap langkahnya digerakkan dengan penuh hati-hati. Perlahan-lahan tali dawai itu ditarik, juga dengan penuh hati-hati. Tidak mahu ada kesilapan luar jangka berlaku.
Sebelum mencecah lima kaki dari dinding, dia berhenti.
Tali dawai itu dijatuhkan. Sebiji pen buatan Jerman, digenggam kemas. Dan menggunakan pen tersebut, dia ukir sesuatu pada dinding tersebut. Habis terkikis cat Nippon Paint berwarna peach yang melindungi dinding tersebut. Selesai.
Dia senyum. Bibirnya digetap. Bergesel gerahamnya. Dari matanya, ada air jernih mengalir. Dia masih senyum. Kepalanya ligat berpusing. Dia teringat semuanya. Dan dia masih juga senyum. Dia pusingkan kepalanya sekadar patut, untuk melihat dinding berwarna peach.
Sudah.
Dia dongakkan kepalanya, matanya terpejam rapat, dengan air matanya tak berhenti mengalir. Bibirnya dipaksakan kembangan sebuah senyuman. Di dalam hatinya, kalimat Atas Nama Tuhan bersipongang lemah, kemudian dengan pantas, dia tarik dawai itu.
Picu tertaril kebelakang, peluru yang selama ini bermukim dengan diam di dalam perut senapang itu, tersantak, dan meluncur laju, ia seakan gembira. Sekejap saja, dan sebuah kepala terburai. Sisa otaknya, terlempar ke mana-mana. 90% dari isi kepalanya, tersembur pada dinding peach tersebut.
Senyumannya yang kian disimpan sedari tadi, hilang. Lehernya sudah tak berupa. Dia kini tubuh tak sempurna.
.....
Sepuluh hari selepas itu, isteri seorang lelaki datang untuk mengambil barangannya di rumah bekas suaminya. Dia buru-buru ke bilik. Di setiap anak tangga yang dia daki, dia teringat tentang bekas suaminya itu. 1 tahun pertama perkahwinan mereka, mereka bahagia. Mereka adalah match made in heaven. Begitu juga 2 tahun selepas itu. Walau ada masalah, namun setiap satu diselesaikan dengan hikmah.
Cuma di tahun ke-4 dan 5, suaminya itu mula bersifat gila. Kekayaan menjadikan suaminya leka. Setiap masalah, hanya akan membuahkan masalah lain. Dan satu hari, hatinya yang terguris berkali-kali, bertukar menjadi marah dan benci, tatkala dia yang baru pulang dari outstation, terlihat suaminya sedang mengguliti seorang perempuan di atas katil mereka sendiri.
Di situ, dia menjerit tak sudah.
Dia lihat ada sekujur tubuh sudah digeluti serangga yang sungguh-sungguh menjijikkan. Kakinya jadi lemah, tekaknya jadi loya. Dia muntah tak sudah. Dia menangis bukan main. Lelaki yang pernah memikatnya dengan senyuman yang menggiurkan, sudah hilang. Dia meraung. Lagi-lagi apabila dia lihat ada tulisan berwarna merah yang kelihatan kering pada dinding bertintakan..
Maafkan abang, sayang.
Bekas suaminya kini sudah mati. Dan dia meraung bagai tak bernyawa lagi.
Ulasan
http://sebuahlagicerita.blogspot.com/
Ingat sikit, kita ada Tuhan.