nota tentang cinta



nota: sebenarnya aku tak tahu mahu tulis apa.



kadang-kadang, kepala rasa kosong
tapi jari masih gatal mahu membenam butir-butir aksara yang bercetak di atas papan kekunci komputer riba
aaa.. komputer riba yang aku usung ke utara selatan, ke hulu ke hilir aku biar berserendeh memberat di atas bahu
biar membeban pundak, pun aku tak peduli
begitu lah bila hati dah kasih
apa pun tak apa

itu kisah aku dengan komputer riba
belum lagi kisah kasih sayang sesama manusia

manusia
maksud aku manusia yang normal seperti kita-kita
hurm.. macam mana mahu susun ayat menjadi kata yang mudah kalian faham ya?

*jari mengetuk meja*

aaa.. begini
dulu
aku menggariskan kualiti-kualiti tertentu yang aku mahu 
maksud aku, apa yang aku mahu kekasih aku ada
misalnya
berkulit cerah, metroseksual, sentiasa kemas-tidak selekeh
kita namakan sebagai ciri-ciri fizikal
dan..
dan aku percaya kalian juga ada menggariskan ciri-ciri tertentu 
hurm.. kekasih idaman la senang cerita
ada kan? 

tapi..
kalian pernah dengar sebaris ayat yang berbunyi
"cinta itu buta" ?

*menjungkit senyum*

cinta..
dia datang macam kilat
sekelip mata menyambar sekeping daging merah yang di dalam ini
tapi
tidak pula ia terbakar rentung
cuma direnjat bahang dan daya panahan yang boleh tidak kalau aku panggil ia panahan asmara?
geli tidak agak-agak?

haha !

sekali disambar perasaan luar biasa ini
kau akan lupa
habis segala data yang kau simpan di dalam kepala
persetankan dengan kriteria-kriteria yang kau cipta
jambankan saja mimpi-mimpi yang dilakar saban malam
maksud aku, mimpi tentang kekasih impian yang aku bilang tadi

*senyum*

seluar camping-rabak di sana sini
baju pun tak berjenis rupanya. lusuh meretas pula
metroseksual memang jauh umpama bumi dan pluto jaraknya
bila sudah kasih, yang kau benci jadi pujaan

biar seluar camping-rabak; perempuan kata dia lelaki tidak berwang
biar baju tak berjenis rupa; sebelah mata pun perempuan tak mahu pandang
biar tidak wangi tak elok paras; asal setia tidak sebuas jembalang

hey perempuan
aku lihat kau sedang senyum sendiri
jangan kau sangkal lagi
benar bukan apa yang aku bilang ini?

hey lelaki
kau jangan geleng kepala ukir senyum sinis
kau juga sama
bila sudah kasih
ketawa mengilai serupa pontianak pun kau kata merdu
mata juling macam itik pun kau bilang menawan
semua semata kerana cinta

eh.. maafkan aku kalau ada antara kalian yang bilang aku ini tidak realistik
pada aku
cinta memang begitu
kita jadi bukan-bukan sebab cinta
kita keluar dari normaliti biasa juga sebab cinta
malah kita jambankan segala pegangan juga semata kerana cinta

maka timbul pula satu persoalan dalam benak aku
apa cinta itu menjadi kan kita bukan diri kita?
apa cinta itu merubah kita menjadi orang lain?

*panggung dagu*

cinta itu nuansanya pelbagai
coraknya abstrak 
tidak terbacakan oleh orang yang buta akan seni
aaa.. cinta itu seni?

aaa..

aku mahu beransur
malas mahu sambung
kalau kalian berkenan mahu jawabkan, jawablah
jangan lupa kongsi dengan aku

oh terima kasih
kerana apa?
kerana baca tulisan gila aku hingga ke noktah yang paling akhir

selamat berpuasa
salam sayang untuk semua

tata.

p/s: cinta tu bahaya. boleh pudar bila-bila masa. sayang itu bahagia. kekalnya sampai bila-bila.


sumber asal: Aku Bukan Kamu


Ulasan

fleura berkata…
taste same la,hehe
sahidzan berkata…
gua tak lah macam tu pun. gua stedi saja.
AsyieqiN Rkey berkata…
cinta...

terlalu kuat kuasenye..

boleh meruntuhkan segala prinsip..

(perkhh)
Cik Elle berkata…
Jika cinta yang kau kejar, terimalah orang yang sayang kau.

Kalau suka yang kau agung, terimalah orang yang sayang kau.

Terimalah orang yang sayang kau.

Tulisan gila aku juga- http://illusicikhati.blogspot.com/2011/07/ikhlas.html
sohai_loser berkata…
terbaik babe . nice entry (:
fatinshah berkata…
goodddd aku suka sgt3
izuddinrahim berkata…
perghh.. makan dalam. haha!
Wadi AR berkata…
boleh jatuh tak bangun2 kalau istilah cinta.
dramastail berkata…
sangat sukar untuk mengekalkan personaliti sendiri pabila hangat bercinta..
HatiJuwita ! berkata…
kerana cinta diri ni hilang entah ke mana.. namun jika hati ni bertaut dengan Allah dan Rasul, bahagia nya tidak berpenghujung :)
sailor berkata…
cinta memang buta..walaupun pasangan yg dicinta itu buruk bagaimana pun tetap cantik juga dimata..walau dipijak manapun tetap sayang itu kuat...*emo*haha
Tanpa Nama berkata…
senyum :)
kita merancang.tuhan yg mnentukn

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.