10 Ogos 2011

untuk lelaki sengkek: macam mana nak jaga awek high maintenance?

Entri ini diadaptasi dari blog Joerimjow. Dan isi telah diolah dari blog rojakstory sendiri. hoho.

Bercerita tentang awek. Mesti ada yang terbayang awek pesen Hana Tajima dalam fikiran. Kalau bukan pun, mesti yang terbayang awek yang bersolek sakan.

From head to toe mesti semua barang branded kan?

Kalau nak dating mesti kat tempat memahal beb. Sekali makan dah boleh habis dekat RM30 - RM50 satu kepala. Tak main lah dating kat gerai mamak bawah pokok. Tak menepati standard awek tu katanya.

Nak salahkan laki tu pun tak boleh. Dah jodoh dia kena dengan awek yang high maintenance ni nak buat macam mana. Kerja jual burger je tapi ada awek punya high maintenance. Boleh juga salahkan laki tu sebab mengatal nak test market sampai ter errr ter-kapel lah dengan awek jenis macam ni. Nak lepaskan sayang. Sebab cantik. Pandai berfahsion and so on kan? Tapi diri sendiri yang terbeban.

1. Join Login Facebook dapat RM100.


Fuyohhhh. Sekali login Facebook kau yang cuma ada 3 kawan tu boleh untung RM100! Hari hari plak tu. Kalau 7 hari? Untung sekali RM700. Dengan duit itu macam macam kau boleh beli untuk awek kau tu. Handbag Gucci? Kasut Jimmy Choo? Baju Dorothy Perkins? Nak buka puasa hari hari dengan awek kau kat hotel secara buffet yang kena bayar RM60++ tu pun mampuuuuu youuuu! Dah tak main dah bazar bazar ni.

2. Beli hadiah kat Petaling Street.
Siapa tak tahu kat Petaling Street jual barang tiruan dengan sangat murah sampai dengan ori dengan tiruan pun orang nak bezakan pun payahhhhh. Kualiti of course kualiti China made. Ini boleh save duit kau. Kalau besok awek mengadu beg tangan Petaling Street dia dah rosak, apa lagi pecut pergi Petaling Street beli lagi satu. Nak beli 10 pun boleh kalau kat sana. Jangan cakap pula kau beli kat Petaling Street. Mahu kena baling dengan mangkuk kat kepala kau nanti. HAHA!

3. Tukar tempat dating yang tak ada kedai kedai mahal tu.
Elakkan bawa makwe jenjalan kat mall. Tapi beli sesiap dulu hadiahnya kat Petaling Street. Letak hadiah tu dalam kotak yang cantik. Pastu pergi date kat tasik ke pantai ke. Tak kan setiap hari nak jenjalan kat mall yang sama dengan kedai kedai dalam tu pun semua sama. Sekali sekala pergi lah dating kat muzium negara ke. Zoo ke. Ini juga boleh elakkan awek kau membeli belah dengan kad kredit kau sampai meletup gunung berapi tu baru sedar dah sampai limitnya. HAHA!

4. Makan meggi (tips oleh Joerimjow).
Tahu tak makan meggi dapat jimat duit kau? Makan meggi telur je lah hari hari demi untuk kumpul duit untuk beli hadiah mahal mahal untuk awek jenis ni. Apa salahnya berkorban sikit demi masa depan hubungan korang kan? Duit yang dikumpulkan tu boleh beli teddy bear ke. Baju sehelai ke untuk awek kan. Ada duit lebih tu boleh lah menabung kat bank untuk duit kawin korang nanti.

5. Kawin.
Disebabkan awek kau tu nak buat wedding grand nak kalahkan Prince William dengan Kate Middleton tu, seharusnya kau memang tak akan mampu buat wedding macam depa tu melainkan kau ni dari kaum kerabat, ada satu jalan short cut untuk kau kawin dengan awek kau. Kau ajak awek kau pergi hotel. Pastu kau telefon JAIS tu. Pasti JAIS tu datang on time tangkap korang konon konon korang berkhalwat. Nanti nikah kat mahkamah. Kan dah jimat kos nak buat kenduri. HAHAHA!

Bila dah kawin, dating kat rumah je. Lebih jimat kos minyak kereta dengan duit hadiah semua tu. Kan lebih elok tu. Selain tu kang kalau dibawa keluar melaram sakan bini kau tu. Semua laki tengok. Kau juga yang susah hati nanti. Bila dah kawin, kalau bini kau tu minta macam macam hadiah dari kau..kau cakap, nafkah batin kan dah bagi. Apa lagi yang tak puas hati ni? Nilai batin aku lagi tinggi lah dari hadiah hadiah semua tu. errr *larikkkkkkk*


Korang rasa agak agak tips aku ni berguna tak? HAHAHAHA! Aku tak tanggung sebarang risiko yang kau hadapai semasa sebelum atau selepas kau mengikuti tips aku ini. Lantak kau lah - kehkehkeh. Semoga berjaya kekalkan hubungan kau dengan awek high maintenance ;)

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lol...mcm mana pula kalau balak awak pulak yg high mengalahkan awek..sudah semestinya aweknya pula yg menyara nanti XD

fida berkata...

cun je!

Tea Dno berkata...

haha payah payah.. patut lah ramai nak bertukar jantina je nih.. err?? kbai~ haha..

Cob Nobbler berkata...

amoi:Tips kau ni sebenarnya menjadikan lelaki makin lama makin botak.

Satu je tips gua ni:

Lu nak high maintanance boleh, takde hal - tapi kalau lu fail masak, lu fail kemas rumah, sorry, high price should be along with high skills. Cristiano Ronaldo takkan dibayar gaji 1,000,000 euro sebulan kalau dia takde skill. Kena ingat tu.

Eyka berkata...

"Bila dah kawin, kalau bini kau tu minta macam macam hadiah dari kau..kau cakap, nafkah batin kan dah bagi. Apa lagi yang tak puas hati ni? Nilai batin aku lagi tinggi lah dari hadiah hadiah semua tu. errr *larikkkkkkk* "

<----tak pahm wey! hahaha:P

sukeee entri ini walpn eyka pompn maintenance tinggii..haha..nak share dgn balak i laaa nti! hahaha:P

Terbang Bersamaku berkata...

huhuhu...tips dia mmg gempak...

Wadi AR berkata...

gua sume bese je. dah kawen lu tgk gua mcm mane.

Adam berkata...

gua sanggup "bayar mahal" untuk perempuan yang pndai dalam urusan rumah tangga. Tapi kalau cikai, hampeh le.

btw, nafkah batin. ermm..aku pertimbangkan.

lazycup berkata...

lol.tips yang sememangnya akan menyusahkan gwa :p

tOyO berkata...

xyah cari penyakit..ukur baju dibdn sendiri dulu..APTB..hehe

TheBentPencil berkata...

Lelaki bising-bising kata perempuan ramai high mantainance.

tapi dia jugak yang tak pandai cari perempuan low-maintainace.

hakikatnya perempuan yang masih berseluar kargo, tudung bawal, kasut Pallas, atau baju kurung potongan pesak biasa, yang hanya makan nasi berlauk di mamak sambil menaiki kapcai buruk milik famili--tidak nampak menarik di mata sang lelaki.

Tanpa Nama berkata...

@bentpencil

mmg btol, kasut pallas siap koyak kt tumit lg..'deficit'-maintenance kiranyer ni. xdop plak org nak..

kesimpulan, lelaki mmg pandang rupa & kemontokan ehem kau.. pompuan yg sentiasa cantek gebu cam kapas mmg kebanyakan high-maintenance. tapi takpela..dah itu yg lelaki hadap sangat..hah hambik la ko

Tanpa Nama berkata...

stuju jugak ngan bentpencil...well..lelaki kan..hehhee..

bentpencil, memg x de blog ek??huhuhu..

sYafIk-wAy berkata...

ada je low maintenance yang catik . hehehe

Tanpa Nama berkata...

Tips no 5 hanya boleh diaplikasi di Selangor sahaja.
Apalah gunanya kalau kau bawak pegi hotel di Genting atau Cherating kemudian telefon JAIS?
Bodoh nak mampus bukan?