Awek Masters sombong bongkak, tak layak dibuat bini.

Fuh! pedas ayat itu tuan-tuan dan puan-puan.
Eh lupa pulak nak bagi salam. Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca.

Well, macam biasalah kalau tak ada isu hot-hot keluar tak sah la terfaktab bulan ni.  Tu yang saya nak buka cerita ni. Saya ni budak postgrad (postgrad kat mana, lain kali kita cerita). Biasalah, sekarang ni  trend bebudak lepas habis degree je join Master. Kebanyakannya perempuan Melayu lah. Mungkin lecturer-lecturer uni nowadays rajin skim through bakal-bakal budak Master dalam final year batch, dan dia pujuk supaya sambung. Lagi-lagi lecturer yang Grant dia berkepuk-kepuk masuk dapat tapi tak de siapa nak buat research.
Hai saya banyak duit. jom buat research dengan saya. [dari blog ini]
Alkisahnya saya ada la terdengar orang tu *cough, cough* cakap yang aweks2 Master ni sebab IQ dia tinggi sangat dia jadi arrogant mak hayam, jual mahal dan sampai susah nak takel. Pastu ada kata budak Masters ni  lambat jodoh. dan yang paling hamsap siap label "Masters is a lonely journey". Saya gelakkan sajalah kaw-kaw walaupun saya tahu hati ni terbakar jugak macam dah kena masuk blast furnace 550C. Baru jumpa  sorang dua budak masters dah buat assumptions macam-macam eh? Ni meh tanya saya yang hari-hari jumpa diorang. Saya jelaskan kekeliruan anda di sini.

AWEK MASTERS SUKA BORAK PASAL RESEARCH JE, MEMBOSANKAN?

Ni also datang dari jenis orang yang cakap "awek masters ni semua stok2 nerd segala." Also yang menanggap

awek-awek masters kalau berjumpa mesti cerita pasal benda-benda boring macam

"Hari tu I punya H-index naik 50% lepas I submit I punya research dalam Journal of Entomology, lepas ni mesti supervisor I cover expenses I ke Seminar kat Geneva tu...."

S-Index ada? Snore Index. KROOOHH [link]
Sadly for me that never happens. Ke sebab saya ni geng dengan awek-awek masters yang hu-ha, tak tau le. Tapi macam ni la perbualan dengan saya:

"Eh lepas lab ni jom kita gi IKEA, I dah rindu sangat meatballs tu"

"Ehh, guy yang lalu sebelah tadi tu hensem wooo"

"eh hari tu, I cosplay dekat comic-con tahu, buat baju sendiri lagi tu."

"You, dah transfer belum Boys over Flowers ke harddisk I? Hard disk I kat meja lab kita tu."

dan hari tu time saya jumpa awek masters di seminar dia bukan nak cakap pasal seminar tapi dia kata "EUUUU MAMAT ARAB NI BAU DIA MACAM IKAN MASIN"

meh. no diffence then zaman saya degree dulu.  

AWEK MASTERS SELEKEH MACAM TAK MANDI SEMINGGU

Orang assume sebab awek Masters masuk keluar masuk lab pakai baju lab lusuh, assume di bawah baju lusuh itu juga ada seorang awek yang tak mencukur bulu kaki dan selalu lupa gosok gigi sebab hari-hari bangun awal rebut HPLC. 
"Hm, camne ko tau eh." [gettyimages]
 Well, ni nak cerita, ada sorang awek ni, kecik molek je dia, pakai shawl lilit-lilit lapan puluh kali, blaus dia ruffle-ruffle macam fesyen dalam Dara.com tu, dan muka cantik bersih je. Ingat dia student degree, sekali masuk lab, pakai lab coat, buat kerja, la, Masters rupanya.

Mungkin sebab ni kat Universiti Perempuan Malaysia, tapi semenjak dua menjak ni nampak banyak beno awek Masters pakai Hana Tajima. Tu belum lagi yang pakai Boho Chic dengan spek mata bingkai tebal. sekali tengok terasa "eh shawlistas mai fakulti ka?" Ada masa pulak ya diorg mekap-mekap begini. Ah tu nanti saya terangkan kemudian.  

AWEK MASTERS KALAU DAH BERPAKWE/BERKAHWIN MESTI ABAI LAKI/FAMILI DIA. BOOO

Let me tell you this--masters tak sama dengan degree. Credit bukan 18-20 macam dulu, tapi sikit je. Satu dua kelas dah cukup penuhkan kredit semester. Kelas sekali seminggu. Semua masa lain diperuntukkan untuk lab. Tapi takde la duapulohpatjam kat lab. duduk lapan jam pun dah pengsan. So macam saya, kebanyakkannya ada banyak free time. (err, ke saya sorang je camtu? haha)

Kalau yang jenis macam terabai sini terabai sana, maaf le, itu individu kot. Sebab ada yang masih rajin keluar sini sana dengan BF-macamana saya tau? dah dia rajin Foursquare, siapa suruh! haha. ada je bebudak Masters yang berkapel, bertunang dan berkahwin. Ah, cakap pasal kahwin ni, saya nak cerita la satu insiden.

ada satu time tu saya Solat kat surau. nampak dengan ekor mata, ada awek postgrad di hujung surau tu, mengadap ke dinding tengah handle machine. bunyi gerek-gerek-gerek, I thought it was mini centrifuger or something. "wah akak ni gila workaholic, DNA pun nak centrifuge dalam surau." (sah tak khusyuk solat kan? kahkah). Pastu member dia datang dan dia mula cerita pasal suami, anak, bangun pagi, buat sarapan...oh bini orang rupanya. pastu salah sorang awek tu tanya pasal machine tu.

"Oh yang ni yang paling senang nak pakai. I selalu guna buat stok susu anak I."

dem. automatic breast pump ke.[ebay]

AWEK MASTERS TAK RETI BERSOSIAL, SUKA TERPERAP DALAM LAB

Entahla, ada je bebudak masters yang sekarang rajin buat Iftar (saya je malas ikut, haha). Tu belum lagi yang kaki movie, yang kaki mall-hopping, yang pantang ada EPL mesti tercongok depan TV, yang sanggup pergi game Liverpool lawan Malaysia, yang pergi Urbanscapes, dan yang kumpul duit elaun buat pergi cuti-cuti Malaysia dekat Cameron (cough*cough*sapa tu). 

Dan disebabkan masa yang banyak yang saya sebut tadi, ada pula yang ambil kelas memasak, pergi swimming, atau join persatuan. Tu belum lagi yang buat side business jual kain baju. Kalau tak reti bersosial, macamana bisnes nak maju ye dak?

Also, kenal blogger nama YanaPetiSuara tak? Dia blogger #retis, shawlistas ke scarflets ke apa entah. Tapi dia awek Masters bukan? So, nuff said.

AWEK MASTERS BAJET TERER SEBAB DIA ADA ILMU LEBIH

Ni isu yang paling utamalah sebenarnya. Dari zaman dulu kot, kalau perempuan lebih sikit mesti lelaki bajet dia punya ego kena calar kalau berkawan dengan perempuan ni. Dulu sebelum zaman pra-feminisma, perempuan nak ambik diploma pun kena tempelak "ah kau tak payah, duduk rumah gak nanti jaga suami". Now, paling saya terkejut ayat yang sama digunakan kepada wanita yang ambil Masters. Yang tak bestnya perempuan sendiri yang cakap macam tu. Mana women empowerment weh? Korang ingat selama ni orang pumpangpumpang duk canang suruh pendidikan sama rata untuk wanita, supaya korang boleh jadi tukang buat sandwich bertauliah untuk suami?
Go diet lah dulu. binatang puna kucing. [link]
Takde maknanya bila orang lelaki cakap "aku degree kau masters, kita tak sekufu, takbole kahwin.". lagi-lagi kalau course lain-lain. Contoh, saya Masters Bioteknologi beliau Degree Teknologi Maklumat. Part bunyi teck-teck tu dah seghope dah. Tapi kalau saya belajar tinggi manapun Bioteknologi DNA genetic engineering sampai ke langit ketujuh pun, saya masih tak tahu macamana nak buat C++ basic programming yang ada dalam first year degree Teknologi Maklumat.

Sama juga jika awak sudah kerja tiga tahun di syarikat perdagangan sementara saya tiga tahun ambil Masters. Tamat tempoh tiga tahun itu, kita masing-masing ada ilmu. cuma ilmunya lain genre je la (ceh macam lagu pulak genre). Ya, memang tak sama. tapi setara lah kan? Fair-fair!

Dan sudah-sudahlah memikirkan bahawa segulung ijazah tu maknanya besar sangat sampaikan pasangan dia perlu mempunyai ijazah setara atau lebih tinggi. Satu, tak semua orang boleh sambung belajar, dan dua, kadangkala orang yang tidak ada ijazah universiti, telah mempunyai ijazah kehidupan. dan kadangkala lebih tinggi dari ijazah universitinya.

Fikir-fikirkan.
Assalamualaikum dan salam puasa!

Ulasan

AsyieqiN Rkey berkata…
nice one...clap2..=)
idafirdausi berkata…
hahahah.. pernah kena sekali!

sape yang kata awek MASTER tu sombong?? Meh kenal ngan kite..

anyway suka ngan dialog kat atas tu..


pssstttt.. suka entry nie.. !!
Lee-kun berkata…
sonok bace...

thanx sbb mengurangkan kekeliruan tanggapan orang bukan master terhadap awek master..

awek master manusia bese kooott..
ogies berkata…
dak master la pling relax.. haha
Alkisahnya saya ada la terdengar orang tu *cough, cough* cakap yang aweks2 Master ni sebab IQ dia tinggi sangat dia jadi arrogant mak hayam, jual mahal dan sampai susah nak takel.

Cough cough tu tahu sapa wei~

hahaha
jaY berkata…
bukan arrogant mak hayam.. dia pemalu tu. ikut resmi padi..makin berisi,makin tunduk..auw
sYafIk-wAy berkata…
ehem2 , tak mahu kawen ngan awek master laa . hahaha
miss lily berkata…
suka sgt!!!sbb bukan semua org faham pasal nie, especially lelaki yg ada degree jer, mesti fikir awek master mcm2...yaya magicshawl juga pelajar master, jual shawl online, menjahit, jaga anak dan suami...so siapa kata awek master xpandai sosial kan?and bukan semua pelajar master duduk lab jer... :)
kasih_ummi berkata…
nice one! suke ayat last..ijazah kehidupan kdg2 lg tinggi nilainya dari ijazah universiti..

besfren laki sy sllu tegur..belajar tinggi2 pon xgune.. nak tunggu ko abis blajar pon pnt.. x jeles ke tgok kwn2 ko dah kerja? i know what i want in my life..okayhh??? hahha
C'chanteque Manes berkata…
pemikiran yg truk...
my friends lagi kesian..sume laki stop being freind with her just krn die sambung master kt Sabah...
pdhal die ok je..cantik n kepala otak gila-gila..xde slekeh mekeh nie...
lelaki yg branggapn mcm tu sbnrnye die ego..takut perempuan lbh mguasi dr dia..huhu
KiD berkata…
ijazah kehidupan.aku suka ayat tu.
meyda berkata…
hehe... tul tu.
Tanpa Nama berkata…
aku ada je kawan perempuan ambek master, yang sambung phd pon ada. so far, ok je aku berkawan ngan dorang hatta aku ni masih buat degree. tiada penindasan dan dasar lupa diri pon oleh dorang.

-lelaki anti-sexism
AlexiaAqram berkata…
aku takde masalah dengan awek master. malah aku sokong apa yang dia buat dari dia mula sampai sekarang. memang aku faham dia sibuk. dan semua situasi yang kau tulis tu, banyak betul.

tapi persoalannya. apa kehendak awek master tu sendiri?

melihat teman lelakinya tidak setaraf macam dia, mungkin bf dia baru berijazah saja. belum dapat kerja. si awek master jadi risau melulu. seolah mendesak dengan kehendak.

si awek master ini mahukan bf yang ada kerja, berkereta dan rumah. mahu itu jawapan yang di jawab jika ada rakan bertanya. sedangkan si bf ini tiada semua itu. si bf ini masih mencari semua itu dan merancang satu persatu. kerana si bf merasakan masih ada masa untuk menyediakan semua itu.

tapi oleh kerana awek master ini tak boleh bersabar dan tak yakin dengan si bf-nya. maka dia pergi memutuskan hubungan meninggalkan bf-nya. membuang bf nya dari hidup dengan alasan mahu bf nya berjaya. mahu bf nya mencari matlamat hidup. dah berjaya, baru cari awek master itu balik.

hell no bila dah kena macam ni si bf nya akan kembali balik. ia seolah penghinaan. awek master seolah hanya nak bersama bf nya bila bergembira saja. bila susah, entah ke mana. pakai buang. seolah sombong dengan taraf masternya.

bagi si bf nya. awek master ini adalah segala-galanya dalam hidup. dan dia sedang melangkah sedikit demi sedikit untuk cari matlamat hidup agar dapat kekal bersama dgn awek master. namun apakan daya, takdir tuhan.

mereka berpisah kerana; "kalau awek master dah tak suka bf-nya, nak buat macam mana kan?"
A.R berkata…
statement THORBAIK.

gambar kucing debab tu paling best.
"go diet lah dulu.binatang punya kucing".
yes yang ini.
namasayatihah berkata…
*ehem* aqram ceritakan pengalaman sndiri ya...;)

itu la yg dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga~

well, apa2 pun...one cannot judge a whole species base on one sample..btl x??

aqram,

I believe, god has plan for u...mayb gf master itu bukan utk u...cm org tua2 ckp, masih byk lg ikan di laut...take ur pick k..
i pegang satu jer, if sum1 want to break up with u, it is not because of u..but it is because he/she does not need u in his/her life...what to do??
move on suda...no turning back babe~

cheers~
janji manis mu berkata…
@Aqram

awek masters akan paham situasi kamu jika kamu mahu berkongsi perasaan itu, citer baik2 kat dia.

"bagi si bf nya. awek master ini adalah segala-galanya dalam hidup. dan dia sedang melangkah sedikit demi sedikit untuk cari matlamat hidup agar dapat kekal bersama dgn awek master. namun apakan daya, takdir tuhan"

kalau nk 'melangkah' tu pun ikut keadaan la jugak. if umur masih muda..bole la kamu merangkak ke bergayut ke.. tp kalau msg2 dah tua, kamu sibuk nk merangkak tergolek bagai mcm SLOTH..hmmm faktor ini akan diambil kira.

kesimpulan, kalau betul kamu serius nk awek itu becerita & kongsilah keinginan kamu itu dgn sidia. jgn buat dia rasa betul ke tindakan dia menunggu kamu yg merangkak mcm sloth utk sampai ke garisan cita2 kamu itu?
nk bagi tanda/cincin mmg xkan dpt punye..jd bg la air liur- luahkn

spm/master/phd.. perempuan mahu disayangi ;)
LensaRosakReader berkata…
@Aqram

Pandangan aku dalam hal ni, aku rasa, awek master patut bersabar if si bf nya baru nak mencorak kehidupan. awek master perlu faham situasi si bf.

dan aku rasa awek master ni mengalami sindrom insecure bila tgk si bf nya masih lagi merangkak2.

dan aku rasa, keputusan awek master untuk memutuskan hubungan dgn si bf adalah tindakan melulu dan tak rasional. harap si bf tabah. sudah ditakdirkan bukan jodoh si bf dgn awek master.

bunga bukan sekuntum bro! :)
Abg Kamalbina berkata…
@Aqram

dude..kalau ade org buat camtu kt ko, ko delete fb dia dr fren list, delete no phone dia, dan semua berkaitan dgn dia.. ko hanya perlu kwn je dgn kwn2 dia..

satu hari nnti percaya la dia dtg cari ko blk..bila 1st time dia sms ko blk, ko reply la sms blk.."minta maaf..ni sape eh?"

percaya la dia mmg akan menyesal punya.. menangis xsudah..konon dh insaf..xpayah layan trus..

knp aku ckp camtu..sbb aku penah kene..dan aku buat ape yg aku cite kat atas..dan betul jd blk kt dia..

ape2 pun..kalau ade org wat camtu..tak perlu rujuk semula...cari org lain yg bgs..buka cerita baru..tapi utk kasi blk apa yg dia telah buat (secara tanpa sedar)..wat mcm aku buat tu... hebat.
Tanpa Nama berkata…
@Abg Kamalbina

kalo delete dr frenlist, knp perlu nk kwn2 je ngan kwn2 dia?? nak korek rahsia ler tu..sengal

merajuk-rajuk tp nk bizibodi...eeeee
TheBentPencil berkata…
terima kasih awek2 di atas kerana setuju dengan statement saya :)

dan kepada lelaki2 di bawah ni yang dah dikecewakan oleh budak master, ingatlah, anda dikecewakan BUKAN kerana dia budak master tapi kerana sikapnya sendiri.

kisah aqram sama je macam kisah awek-awak yang dapat gaji lagi tinggi lima enam ribu, tapi pakwe masih merangkak-rangkak dalam kerjaya. Lepastu si awek tinggalkan lepas jumpa lelaki lain yang gaji lebih tiptop, nak sekufu katakan.

dan pada perempuan yang macam ni saya cakap; rezeki ada kat mana-mana beb. kalau tinggalkan dia kerana benda-benda fizikal seperti gaji dan ijazah--ketahuilah bahawa kerja boleh bertukar, gaji boleh naik, dan ijazah boleh diambil. tapi personaliti, sifat, chemistry dengan lelaki--tu satu dalam sejuta. anda tak boleh cari benda yang sama walaupun jumpa lagi enam bilion manusia di bumi ni.

chalo! happy weekend!
AkuBukanLelaki berkata…
awek amik master sebab nak jadik Lecturer


wrong................

sape kate ade Master boleh jadi lecturer kecuali hebat asik dapat 3.15above aje le.
RastaMat berkata…
ada awek master ajak wa pegi berdancing..
wa bukan kaki club jadi wa tolak..

ada awek master ajak wa pegi reggae bar..
wa tolak jugak sebab time tu takde duit..

kesimpulannya depend kat individu lah..
nfar berkata…
suke entry ni =)
julie"anne berkata…
@Aqram
#alasanbreakup? lol!
Tanpa Nama berkata…
gua tak nak aweks master.. http://kimicnol2203.blogspot.com/2011/08/cermin-dulu-muka-kau-tue-arghhh.html
Tanpa Nama berkata…
@Aqram

bukan awek master tp awek degree je XD..ex bf aku spm je tak pon aku tinggalkan..tak ado kojo aku biarkan je,takde duit aku redha je,aku yg keja dan cari duit..aku bagi time kat dia utk cari dirinya..tp kehidupannya mengalahkan org yg kojo la pulak..nak ini nak itu,makan kat cafe,brg branded..aku sabor je...tup tap gi pub clubbing bagai ngan pompuan2 lain..camne tu..aku pun blah leh..now dia sedang rujuk plak ngan aku..//alamakstorypanjangpulak
nice and thnx. bersemangat nak amik master ni. wink4!!
Syuhada berkata…
Masters ke, tak Masters ke, yang penting kawen sok boleh masak untuk laki, di samping pandai mengambil hati mak mertua tanpa melupakan mak ayah seniri. tu prinsip yg gua pegang.

btw, gua malas nak sambung Masters. sebab nak amek Ijazah Kehidupan, majoring in Sains Rumahtangga. LOLOL.

cukup masa, gua kawen. aha! ^^
mira farhanah berkata…
haha nice nice.btw bentpencil ni budak upm ke?weee ad gang ad gang.

yg pasal slekeh sume2 tu mne ad.awek master vogue! :P
Mariam berkata…
Assalamualaikum, saya pun post-grad student jugak. tapi bukan awek Master la, awek PhD. By d way, awek post-grad takdelah nak poyo sangat sampai sembang pun pasal research. Haha. Usually kitorang kalau dpt bersembang memang TAK akan sembang pasal lab work what so ever sebab dah penat bercerita dalam lab/seminar/conference segala mak nenek tu. haha

Tapi awek pos-grad jangan nak sombong2 nanti takut orang nak dekat. bf saya pun buat phd dalam bidang yang sama jugak. So tak timbul la isu tak sekufu tu.
Raden berkata…
thanks 4 dis entry. postgrad gurls are hot! admit it!! hehe..
Tanpa Nama berkata…
pilihlah wanita kerana agamanya.. :)
Cik Nursya berkata…
aku terasa gak sbb aku dh nak grad master aku dh.. tp aku x cam ciri2 yg kat atas kot. aku ni pemalas dan org kg jer..
MinahSpekMerah berkata…
haha.serius.ak jarang komen kat terfaktab.tapi aku terasa nak bersuara plak.

satu je aku nak cakap kat orang2 yang suka men-stereotype kan manusia.
cetek pemikiran.dia label manusia mcm r dia dah jumpa dan kenal setiap wanita yang ambil master kat seluruh malaysia ni.padahal baru kenal sorg dua.haha.

tolong la.member aku budak master kot.elok je.bf dia tak terabai pon.kemas cantik je.bila jumpa siap ngumpat lagi.xde mention pon research ke mende.haha.
Aan MI berkata…
best gle entri ni..
tu laa org kita punya mentaliti..
tak boleh tgk perempuan lebih sket..

ape pun aku nak cakap..girl memang power, multitasking, hebat, semuaaa pun boleh..
ayue! berkata…
elek r aqram! kalau ada jodoh tak kemana, lama bercinta tu, ta syg ke? lau dia dah realize, accept jelah balik. maybe die keliru je tu. kau fokus build hidup je skrg.
mzfansuri berkata…
hehehehe.....aper la manusia nie kan....x semuanya mcm 2...
ザ-sylver- S berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ザ-sylver- S berkata…
sombong ke? haha

Laki melayu ni la nak-nak sekali tekel terus dapat payah aaa.. Minah rempit pun kene ajak round2 satu town, br sangkut..inikan pula..


Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga..
Yang penting hati kene ikhlas ..
gadis berkata…
orang yang close-minded je yang suka cakap macam tu. kan kan?
Fiffy Hazirah berkata…
nak tergelak bila baca part

Orang assume sebab awek Masters masuk keluar masuk lab pakai baju lab lusuh, assume di bawah baju lusuh itu juga ada seorang awek yang tak mencukur bulu kaki dan selalu lupa gosok gigi sebab hari-hari bangun awal rebut HPLC.

lolololol. dulu masa aku final year degree, ramai sama lab dgn budak2 master/phd semuanya sempoi je walaupun kadang2 ada la jugak syok2 makan gelak2 tetibe je ubah topic then tanya "Tiso4 yang kamu guna minggu percentage dia berapa eh? assay?"

=.=
MIA berkata…
camane kalau gf skrg tgh pursue degree, while bf pulak dh nak habis dip ? bf takde prob tapi kawan2 dia selalu compare and dia pun jadi tension sebab kawan kawan dia sendiri
TheBentPencil berkata…
@MIA

Mia, jangan peduli apa orang cakap (klise ayat tu, tapi betul, jangan kisah sangat).

sebab apa: tak semua orang boleh sambung belajar. tak semua orang dijemput lecturer utk sambung. tak semua orang dapat lecturer dgn geran berkepuk. dan tak semua orang diberi leave oleh boss untuk sambung postgrad (even yg keje kerajaan pun susah dapat inikan pula yg swasta)

lagipun untuk kerjaya tertentu, kekadang diploma pun dah cukup-sama gaji pulak tu.

dan kawan-kawan yang compare tu, bila nampak si bf dapat kerja yang baik, boleh sapot (bakal bini) lama-lama dia senyap gak. insyallah.
Ze_Mhis berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ibu Ammar berkata…
agak hangat topik ni, tapi macam keterlaluan pun ada.. bukan semua awek masters berciri sedemikian.

cuma banyaknya dari mereka, mmg agak berlagaks laaaa. #refer to student master my lecturer dulu.

tapi mmg bukan semuaaaaa, ada je yg elok!

aku rasa pempuan berlagaks (master ke phd ke ceo ke) mmg konon perasan dia deserve laki yg dah establish. ada keta, ada rumah, ada keja bagus. so sebab tu lah gaknya Aqram putus cinta..

kbai.
Qaseh Dalia berkata…
phewww byknya pandangan pd awek masters ..
emm maater ke degree ke .. kalau memang yg berlagak tu mmg ramai .. so jgn judge sebab kita nampak perangai sorg je sdgkan yg lain byk agy yang tak berlagak hihihi..
Tanpa Nama berkata…
nice entry!!

im doing my phd and my bf is just a diploma holder..
belajar bukannye sbb nak menunjuk sape yg terer.. bg aku belajar pun satu kerjaya gak.. still dpt monthly income gakk.. hehe..cume in the end after 3 years then we get the scroll.. ade hasil utk diri sendiri..klu keje ngn company org, hasilnye mostly nmpk tuk company tu la kot.. peace~~

-cattleya-
Unknown berkata…
Oh Ohhhh. siapakah author entry ini.. di lab amanakah anda berada? saye budak microb, UPM! haha. tp x smbung master walopun half class now dah start buat research..hehe.
Miss FZ berkata…
biotech mana? biotech 2 ke 3? hehe.
petisuara berkata…
tiba2 ada tersleit nama aku ni apasal?haha
ada je master yg nerd tpi ada je yg macam osem! haha
ikut la buat master apa kan, kalau yg buat taught course, mmg drg busy gila n nerd abis, kalau yg buat reserach ni bnyk masa terluang, tersenggang sebab tunggu barang nak smpai je amik masa 5 bulan, lepas tu masuk lab setakat stir barang lepas tu balik, mmg boleh buat bnde lain smbil buat master hehe
misZiSya berkata…
uish.. ne ade la.. =) igt dieorg tu suke ke wat research memanjang? otak pon giler2 oww.. mcm penulis terfaktab.lalalala
Tanpa Nama berkata…
haa. i budak degree je lah. malaih nak sambung master kikiki.

well, i ade member2 satu program yang pantang lepak skali, macam takde topik laen nak keluar. balik balik

" weii ko dah submit first draft? "

" ehh soft bound hantar next week kan? "

" pegi lab fyp ke lepas ni? "

huh sumpah nak muntah. tu baru undergrad tu. belom jejak master lagi.

kasihan aku sensorang mencari life sepanjang buat degree in chemistry sebab tak betah dgn budak2 skema nih >.<

hahaha

p/s : budak master kene rebut hplc kan. budak degree takyah. anta je kat pegawai tolong run-kan sample :)
TheBentPencil berkata…
@petisuara

Hai yana!! kihkih

tepat sekali apa yang anda katakan.
sebab tu boleh menulis sekarang ni, chemical tak sampai lagi.

wahaahhaahahahahaha
W a n a Eiskay berkata…
NOOOO! Wana tak macam tuh pun :D
Wid Skyline berkata…
oke, skrg aku x takut da nak amik Masters.. ^^,
Tanpa Nama berkata…
ak n member pn awek master gk..but then sama je mcm org ln..
Tanpa Nama berkata…
Maaf. Usahlah disebabkan pemerhatian terhadap beberapa orang perempuan yang mengambil master (but i'm quite certain that the observation was upon one particular girl and stories by your friends), konklusi sebegini terhadap keseluruhan populasi perempuan yang berusaha untuk mendapatkan master, dibuat. Saya juga merupakan post graduate student tetapi tidak pernah mengabaikan FAMILY dan teman lelaki saya. Bukankah sepatutnya post ini bersifat general : perempuan2 yang berlagak pandai etc mungkin mempunyai kriteria2 di atas. Thus, nobody hurts. Melainkan, perempuan itu sedar/tersedar, tentang sifat dia yang berlagak pandai dan merendahkan keupayaan lelaki. That's the beauty of writing. You can play with the emotions of the readers :) Therefore, I must say that criticize the attitude is much better :) Bagi saya, adalah sangat indah untuk seorang perempuan berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan agama. Dan keindahan itu yang saya cari :) Kepada sesiapa yang merancang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, teruskan. Jodoh itu di tangan Tuhan. Masih ramai lelaki yang mahukan perempuan yang berpelajaran untuk mendidik bakal anak-anak anugerah Allah :)

p/s : kadangkala kita tak mampu melihat yang tersirat di dalam sebuah pertemuan dan perpisahan :)
Fahmi Mahat berkata…
memang selalu kita belum mampu lagi melihat apayang tersirat juga yang benar2 tersurat dalam sebuah pertemuan dan perpisahan..


yang suka entri ni,
FahmiMahat
Tanpa Nama berkata…
pada aku, aku tak kisah walau si dia tak setaraf dengan aku, dan aku takkan memaksa untuk dia perlu ada apa-apa yang aku ada yang mungkin dia tidak mampu ada, sharing is caring kan. cukuplah sekadar aku tahu dia sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik setiap hari untuk jadi yang terbaik buat aku.

a guy shouldn't be bothered about gf's achievement. pada aku, itu semua untuk kepuasan diri. at the end, ia jadi bermakna sebab dia ada di sisi.
Admin berkata…
comeyyyyyyyyyyyyyyy !
Unknown berkata…
firstly, wanita semua sama saja..mereka mungkin lebih dari segi pendidikan namun dalam percintaan mungkin mereka kurang..maybe ada gurl yang terlebih bajet hot sebab taraf pelajaran mereka, tapi mereka lupa setinggi mana pun pelajaran mereka, dah kahwin nanti kena taat pada suami juga..tak guna belajar tinggi kalau tak reti taat pada laki sendiri..seandainya jodoh tue telah tertulis di luh mahfuz, maka itulah jodoh kau.. tak perlu nak banding3 kan kelebihan kau dengan kekurangan si dia..kau tahukan org zaman sekarang bercinta makin hebat..awek hot pun sekarang berpasangan dengan laki yang tak hensem langsung..dah sayang punya pasal...
Kesimpulannya, better take it from positive view rather than the other side.. kan elok berfikiran positif.. :)
Unknown berkata…
firstly, wanita semua sama saja..mereka mungkin lebih dari segi pendidikan namun dalam percintaan mungkin mereka kurang..maybe ada gurl yang terlebih bajet hot sebab taraf pelajaran mereka, tapi mereka lupa setinggi mana pun pelajaran mereka, dah kahwin nanti kena taat pada suami juga..tak guna belajar tinggi kalau tak reti taat pada laki sendiri..seandainya jodoh tue telah tertulis di luh mahfuz, maka itulah jodoh kau.. tak perlu nak banding3 kan kelebihan kau dengan kekurangan si dia..kau tahukan org zaman sekarang bercinta makin hebat..awek hot pun sekarang berpasangan dengan laki yang tak hensem langsung..dah sayang punya pasal...
Kesimpulannya, better take it from positive view rather than the other side.. kan elok berfikiran positif.. :)

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.