FIRST DATE FOR DUMMIES, DOs & DON’Ts
Wahai tuan puan dengar ini cerita, suami saya asyik balik awal saja, ada pembantu baru katanya. Tentunya anak ikan dia. Aww..
Ehhh.. Ehhh.. Terlepas pulak mak menulisnya. Tak tahan kepala mak memikirkannya. Maklumlah suami mak handsome orangnya. Bekas menteri pulak tu. Sekarang selalu tak balik rumah, busy sesangat dengan aktiviti-aktiviti kebersihannya. Kesian la mak ni ha.. Terkontang kanting keseorangan. Dibiarkan gersang tanpa erti kasih-sayang. *tangan ke dada, mata ke atas*
Mak bukannya apa dik non-dik non sekalian, mak rasa mak salah membuat pilihan dalam kehidupan. Mak rasa sepatutnya la kan, mak cepat-cepat blah dari my current suami ni masa awal-awal pertemuan. Kononnya perangai tak senonoh dia waktu date-date dulu tak akan memberi impak yang maksima dalam kehidupan mak. Eh.. tak sangka kau nok, kalau first date dik non-dik non dulu dulu tu memang di ambil kira either di terima atau di reject okay? Percayalah cakap mak yang dah berpengalaman dalam cintan cintun ni beratus puluh tahun lamanya. Dari zaman nenek moyang lagi ilmu-ilmu ni diperturunkan okay? Jadi haruslah lama. Mak tak propa okayyy?
Oleh itu marilah mak kongsikan sedikit sebanyak harus, tak harus, lojik akal, dan apa yang perlu difikirkan secara kreatif, kritis, gedik, retis lah segala bagai gitu kan. Haruslah percaya kata-kata mak yang lagi bermanfaat dan memberikan penuh makna gitu dalam kehidupan mendatang dik non sekalian. Marilah kita mulakan dengan kadar segera. Ayuh!!
Pertama sekali para jejantans dan juga peremps..
PAKAIAN
Para peremps serupa mak ni haaa.. Jangan lah dok birah sangat ha, first date bagai kau nak pakai t-shirt/blouse putih super jarang sambil ber coli merah. Feeling feeling ghairah ngan retis tu baik mak nasihatkan kau terjun je KB Mall tu ha. Semoga kau bertambah ghairah dan retis di alam fana sana. Pakaian first date tu biar la sopan segala. Idok la kalau kau tak bertudung sebabkan first date bagai kau nak bagi first impression dengan tudung segala bagai, cukuplah pakaian tu bersesuaian mengikut tempat yang kau pergi. Kata lah first date tu korang jumpa dekat perpustakaan, zaman belajar lah katakan, hentam segala kau pakai sun dress pendek dengan but separa lutut sambil feeling feeling jinjang Sungai Wang.
Jadi untuk dikatakan yang kau ni bukan dalam kategori bengap-bengap alam, seharusnya bersederhana lah. Pakai simple simple dan selesa tapi kau memaparkan ciri-ciri penuh kewanitaan walaupun kau tu nan ado sebenarnya. Lainlah kau super hot macam mak ni ha. Pakai apa pun tetap lelaki cair. Biasalah susuk Siam. Oh yaaa, tidak lupa jugalah untuk para jejantans sekalian. Mak tau lah kau nak bagi feeling feeling bagi teruja pada peremps tu masa first date. Tapi tak payah lah nak sangat tunjuk badan berketak kau tu dengan memakai baju sesendat mendat. Kononnya nak menayang segala ketulan di tangan dan six pack di perut tapi kalau dah sampai tahap terjojol puting nenen kau tu, mak rasa itu dah tahap JERJIS tahu? Eh, itu pun syukurlah kalau kau pakai baju macam tu ada juga ketulan hendak ditunjuk.
Kalau lah badan kau tu serupa dengan badan Brader Leplep kau tu, baik lupakan sahaja lah niat sesuci embun pagi kau tu. Mak takut nanti, kau ngan tiang pun peremps tak dapat bezakan. Mahulah rasa insecure si peremps tu menebal. Takut nanti apabila di serang todak, mungkin peremps tersebut yang menjadi tempat kau berlindung. Sadis okayyy..
Seterusnya, kita beralih kepada soal TEMPAT KEJADIAN
Mak nak kabarkan la kat jejantans dan peremps semua, kalau memilih tempat first date tu kenalah ada persetujuan. Dikatakanlah si jenjantans ni nak ajak jumpa dekat rumah sewa dia, peremps of cos la tak nak melainkan dia jenis perempuan-suka-pakai-baju-putih-ber-coli-merah-serta-dilahirkan-retis-secara-semula-jadi, maka tukar lah tempat lain. Lagi satu jejantans sayang, tolong lah inform dekat peremps tu mana kau nak bawak dia nanti. Kata lah dinner date, tempat macam mana nak di bawak. Hotel ke, restoran five stars ke, sila nyatakan.
Kau jangan tak tahu, yang peremps ni banyak pantang larang tahu? Maklumlah kami kan memang dilahirkan sebagai insan yang gojes. Contohnya, kata nak date kat mamak je (pesen save budget), takde lah beria sangat si peremps tu nanti bersiap bagai nak rak bagai. Lepas tu, kata lah nak bawak ke hotel, candle light dinner katanya, si peremps tadi boleh lah pulak pakai selekeh ya amat. Haa.. haruslah kau di hamun nanti. Nanti date ke mana, kau ke bawah meja. Tak ke merana? Kasut yang ni tak boleh pakai kat tempat macam tu, kasut ni pulak sesuai untuk tempat ni je. Haa.. banyaklah kekdahnya. Tahu?
Kemudian,
ATTITUDE/PERLAKUAN
Sebut tentang ni pulak, kalau ada score board, perkara ni lah yang menentukan pemarkahan dik non sekalian untuk lulus. Contohnya, mak dulu ada seorang kawan la masa geng-geng retis mak tu. Punyalah cantik, hidung terletak, pandai bergaya tapi yang tak senonohnya, suka korek bijih tanpa mengira masa, ketika, mahu pun tempat. Tak ke haru jadi nya? Kau dah punya cantik melepsss macam tu, dok bercerita komain panjang lebar lagi ha, tup tup, pause kejap, krek bijih depan jejantans. Ohhh.. Taubat nasuha la mak oiii.. Tak sanggup mak melihat peremps seperti itu. Rasa nak seret muka kau ke jalan tar tahu? Kalau ye pun tak senonoh tak payah la nak riak sangat dengan perangai ala-ala manusia tak bertamadun tu pun. Lain lah dah jadi suami isteri and comfortable. Tu pun still ada isteri segan nak korek bijih depan suami tahu?
Sama juga dengan perlepasan angin secara merata. Tak kira lah dari mulut atau yang bawah tu. Di buatnya sendawa bau durian, kentut pulak bau petai, kau yang jejantans sanggup? Kalau kau sanggup la Ali oiii, mak rela serahkan diri mak ni pada kau siang dan malam gitu. Jangan risau, mak ni pembersih orangnya tahu?
Selain daripada itu, para jejantans di nasihatkan menjaga dan mengawal perangai serta mata kau dik non oi. Kata lah memang kau di lahirkan mata keranjang, masa first date nanti takkan lah mata still lagi nak dok meliar memandang lurah dendam peremps lain. Kang tak makan steak depan mata, wedges di kaki peremps tu yang kau makan. Luruh segala gigi kau nak.
Walaupun ada peremps separuh bogel yang berlalu pergi di kiri kanan kau, haruslah di pendam sahaja segala perasaan. Paling tak pun buat-buat pergi tandas, pastu boleh la mintak nombor phone peremps lain. Hidup harus bijak tahu? Pesen bengap bengap alam ni memang mak tak berapa berkenan.
Yang paling terakhir ingin mak kongsikan di sini kesayangans mak semua ialah,
PENAMPILAN DIRI
Oh para jelitawan sekalian, make up kau dah very the nalaaaa, baju very the gojes, handbag Gucci, kuku dah French Manicure, bibir merah melekat, tapi sekali ada BO la. Body Odour tahu? Badan berbau. Very the turn off okayyyy.. Kalau lah jejantans jumpa peremps jenis ini, yang memang ada masalah tu satu hal, lepas tu memang jenis sambil lewa tentang kebersihan diri, nasihatkan lah mereka. Cakap jangan jadi peremps, mungkin lebih sesuai menjadi sejenis kambing. Malu okay kalau jenis macam ni. Menjatuhkan martabat peremps gojes seperti mak ni haaa.
Lagi satu untuk jejantans yang menghisap rokok, apa kata spare la gegula ke, chewing gum ke, apa jenis spray kejadah ke. Ni tak, mulut memang satu hal berbau ditambah pula dengan bau rokok. Kalau jenis hisap Dunhill Menthol tu tak pe lagi. Yang jenis Nusantara? Meriah baunya nak. Kalau dah feeling dekat-dekat terus terbau adakah kau ingat hati peremps akan bergelojak seperti percikan bunga api? Harapannn oiiii.. Harapan kau nak ditinggalkan sangat tinggi. Lagi lah dapat jenis peremps yang sikit sikit bau asap rokok, buat muka macam sesak nafas, tangan terkitai-kitai. Lepas tu lari jauh-jauh ke tepi jalan. Haa.. hirup la kau asap bas, lori segala bagai. Moga tenang hidup kau. Ehhh, mak ni marahkan jejantans ke peremps? Takde lah, kalau perangai peremps macam tu pun mak memang panas hati, bau asap rokok muka dam macam nak kena stroke. Dah kau mintak duduk kat tempat boleh isap rokok, haruslah. Pergilah mintak ‘No Smoking’ Area. Barulah sesuai.
Eh eh eh, sudahlah. Maka kalau nak tulis lagi habis satu blog ni mak memunya. Mak bukan apa Senah oii.. hanya mengingati sesame kita. Yang pentingnya, haruslah kau membuat research dan berfikiran panjang dalam segala hal macam ‘First Date’ ni. Kang cakap lelebih kang, kau kata kau lagi terror dari mak, so mak share je lah apa yang patut ye.
Dengan ini mak berharap para jejantans and peremps yang membaca ni semua berbahagia la kehendaknya ye. Oh lagi satu, kalau first date tu peremps yang kena bayar sebab tetiba je jejantans stu tertinggal wallet, kau tinggalkan je lah dik non. No more second, third date bagai. Jenis jejantans macam tu tak patut dibuat laki, harus di buat alas kaki saja tahu? Haha. Mak cakap betul ni. Peremps semua, kita yang berhak memilih okay? Jejantans hanya mencuba nasib, keputusan di tangan kita. Buruk baik jadinya, kau lah yang menjawab sendiri tahu?
Okay lah, mak nak bersiap. Mak pun ada first date juga. First date untuk bakal boyfriend ke puluh puluh ratus. Awww.. jangan marah. Mak kan gebu.
Ulasan
Nice! :D
haha, tips terbaekkk mak nonn weh
setuju bebenor rasenye. :D
terbaek punye tips..:D
tak penah fail buat aku gelak..
hahahahahahahahaa :D
terbaek mak !!
kalau gitu mak tulis sampai 4 pages la tgk korang muntah ke tak nak baca nya.
ada kebenarannya apa yg mak tulis..
tulisan mak santai..
tergelak sy baca.. :)
ER senget! wakakkkaaa
-peminat ER