Siri Tafsiran Jantan : Mengungkit

Jika dadah merupakan musuh nombor satu negara, manakala sakit jantung merupakan punca kematian nombor satu rakyat Malaysia. Mengungkit pula merupakan pembunuh nombor satu dalam perhubungan percintaan, bahkan dalam perhubungan manusia.

Ia merupakan suatu sifat semula jadi manusia yang mahukan kemenangan dan hak mutlak bagi mempertahankan ruang hidup. An ego system with provide hatred-bound to achieve mission and victory.

Tidak kira sama ada sudah berkahwin atau pun belum berkahwin. Perlakuan mengungkit pasti juga akan berlaku dalam perhubungan kerana mengikut prinsip yang diketengahkan oleh Professor Madya Fahmi Che Mat dari Universiti Kebangsaan Kelantan ; "Perlakuan mengungkit sudah menjadi darah daging dalam manusia. Jika betul cara mengawalnya, menjadi sihat. Jika tidak betul, boleh kena kencing manis. Lebih teruk, putus tunang!"

Contoh stereotype

1. Duit. Masalah mengungkit bersebabkan duit adalah paling popular dalam perhubungan cinta. Jika meminjam duit dengan pasangan. Jenis lambat bayar balik atau buat-buat tak bayar sangatlah menyakitkan hati. Ataupun, apabila jenis berhadiah-hadiah dan mahukan pembalasan. Mulalah mempersoalkan pasangan sehingga meleret-leret dalam topik komitmen dan kesetiaan. Natijahnya, dalam perhubungan kawan-kawan pun, mengungkit pasal duit memang boleh buat naik darah antara peminjam dan penghutang kalau tiada kesabaran.

2. Seks. Ada banyak cabang-cabang perihal mengenai seks dalam kes mengungkit. Terutamanya hal apabila berkahwin dengan perempuan yang tiada dara kerana terlanjur. Atau mendapat teman wanita yang juga pernah terlanjur. Lelaki juga tidak terkecuali. Manusia mempunyai imbasan memori, dan imbasan memori apabila mengenangkan kes sedemikian sering membuatkan pasangan tak tidur malam. Kesan dari itu, berlakulah kes mengungkit ;

"U dah tiada dara masa kita kahwin dulu, kalau bukan I yang kutip u, susah hidup U. Jadi, dengar cakap I"

atau

"Abang ingat abang boleh jadi ketua keluarga yang baik kalau dah pernah main dengan perempuan lain sebelum kahwin? Sorry sikittt"

Oh ya, masalah ketidakcergasan dalam seks juga kerap menjadi perbualan dalam mengungkit. Serius!

3. Kesilapan remeh temeh. Manusia mana yang tidak terlepas dengan kesilapan bukan? Apatah lagi kesilapan kecil seperti terlupa tarikh anniversary, terlupa belikan makanan, terlewat hantar ke pejabat, dan sebagainya. Namun, sesetengah pasangan suka menjadikan kesilapan remeh-temeh sebegini sebagai faktor utama dalam kes mengungkit. Sampai ada beberapa kes, sebab lewat satu minit selepas detik jam dua belas malam untuk wish selamat hari jadi pun boleh jadi mengungkit. Hebat sungguh penangan cinta!

4. Kawan-kawan. Ini juga faktor. Ia dijelaskan melalui persoalan yang boleh diterangkan dalam dialog di bawah;

"I tak nak u kawan dengan si Jenny, dia musuh I sewaktu di universiti"

"Eh? Apasal pulak? I tak kisah pun nak kawan dengan Jimmy walaupun si Jimmy tu pernah sakitkan hati I masa I couple dengan dia dulu?"

Dan seterusnya, bermulalah perbualan mengungkit berterusan sampai takkan habis.

Kelebihan mengungkit.

Ada kelebihannya ;

1. Mengingatkan kita tentang kesalahan lalu yang boleh di jadikan iktibar.
Apabila mengungkit, kita akan lebih berhati-hati untuk tidak membuat kesilapan yang sama. Ada orang kata bukan mengungkit, tapi membangkit. Sebagai wadah nasihat sesama pasangan agar jangan melakukan kesilapan.

2. Faktor pengubahan diri menjadi lebih baik.
Bersangkut-paut dengan point pertama di atas. Apabila kita mendapat iktibar setelah kesalahan kita diungkit oleh pasangan kita. Maka, jika kita mengambil pendekatan positif. Kita akan jadikannya sebagai landskap mengubah diri menjadi lebih baik. Menurut saudara Jamil Hakim dari Persatuan Duda-duda Semenanjung; "Jadikanlah ungkit-mengungkit itu sebagai satu konsep ingat-mengingati yang perlu diterima oleh semua pasangan. Jika tidak, berduda dan berjandalah kamu nanti."

3. Mercu tanda sifat bertanggungjawab.
Seseorang yang mula mengungkit, motifnya hanya satu. Mahu menjadi bertanggungjawab dan tidak mahu tanggungjawab itu dibebankan dengan ketidaktanggungjawab dari pasangan. Ia merupakan suatu tindak balas pantas kerana sifat mengungkit sebenarnya turut mempersoalkan tanggungjawab, komitmen dan kesetiaan. Lalu, semakin banyak hal mengungkit dibincangkan, semakin besar tanggungjawab untuk dipikul.

Kelemahan mengungkit.

1. Pergaduhan
Telinga manusia mana yang boleh tahan kalau asyik berulang mengungkit suatu perkara? Lagi-lagi kalau ungkit pasal hal remeh-temeh. Jika tidak dibendung, satu dua das makian juga yang akan diterima bukan?

2. Ego dan keras kepala.
Seseorang yang mengungkit. Hanya jelas menampakkan lagi sikap ego dan keras kepala seseorang, apatah lagi jika cara penyampaian mengungkit tersebut dirundung dengan perasaan marah dan emosi.

"Ahhhh, u memang tak guna. Dulu u kalau habis cakap dengan I mesti ucap 'I love U'. Sekarang ni langsung tak. Sedar diri sikit. Dulu u dah janji nak ucap I Love U everyday everynight"

3. Mengugut
Apabila mengungkit tidak berjalan atau mula membesar. Akan berlakulah satu tahap pembunuh percintaan iaitu mengugut. Secara ringkas, mengugut sudah tergolong ke tahap yang sangat serius apatah lagi bila mengugut untuk menghebahkan rakaman video 3gp 'Manish bersama sayang' di laman web. Atau mengugut untuk memberitahu kesilapan lama kepada mak bapak dan kawan-kawan. Ini membahayakan!

4. Ketidaksefahaman
Tahukah kamu mengapakan alasan 'saya bercerai/clash sebab sudah tidak ada ketidaksefahaman antara satu sama lain' ? Inilah sebab utamanya. Mengungkit. 

Perbincangan

Mengungkit itu sebenarnya ada pro dan kontra. Ada baik dan buruk. Namun sebenarnya lebih banyak keburukkan dari kebaikkan. Dibenarkan kita untuk mengungkit jika kita mengungkit perkara-perkara yang boleh mendamaikan perhubungan. Seperti jika anda sudah berkahwin, anda bergaduh dan pasangan anda. Tak salah kalau anda mengungkit detik-detik manis ketika di ranjang bersama. Ehem ehem! Ungkapkanlah ayat seperti; "Sayang, kalau u marah-marah ni, buat  i rasa nak peluk u macam u kat atas i tanpa seurat benang". Ok, cukup. Ataupun kita mengungkit secara berhemah dan ikhlas. Gunakan budi bahasa yang tinggi sewaktu mengungkit agar perasaan pasangan kita tak tersinggung sehingga mencetuskan perbalahan dan dendam.

Ini baru sikit. Kalau nak banyak lagi, nantikan kemunculan Kitab Terfaktab ya?


p/s: Siri Tafsiran Jantan kembali!

Ulasan

Raden berkata…
kalo nk putus tuh mcm2 la alasan die bg. haktuih!
AlexiaAqram berkata…
hamboi cik raden. emo nampak?

kehkehkeh!
maksurozana berkata…
mengungkit tu KEPANTANGAN bagi aku. kalau nak tengok aku menyinga boleh try! huh.
erlina berkata…
woo ad kitab uhh hahhaha
AsyieqiN Rkey berkata…
salah ungkit...good bye forever ye dak?hehehe
azliah mohamed berkata…
benda kecik kalau dah diungkit leh jadi besar...time sayang kamain lagi rela, bila dah gaduh semua yg salah keluar..
Tanpa Nama berkata…
yg ni aku suka. hahahaa


" Perlakuan mengungkit pasti juga akan berlaku dalam perhubungan kerana mengikut prinsip yang diketengahkan oleh Professor Madya Fahmi Che Mat dari Universiti Kebangsaan Kelantan ; "Perlakuan mengungkit sudah menjadi darah daging dalam manusia. Jika betul cara mengawalnya, menjadi sihat. Jika tidak betul, boleh kena kencing manis. Lebih teruk, putus tunang!" "

lol !!
Ryrin Natasha berkata…
biasalah tuh..btui ckp cik raden n azliah.. sy sokong!!

tym cinta, sume indah, i jump u jump..tp bila dh xnk alasan semua bg..yg tak munasabah pon dia kasik juga..hadoi!!
Tanpa Nama berkata…
Hah. Kalau tak nk ckp j. Xpyh cipte alasn kn? Haha

Missi
kasih_ummi berkata…
no 4 tu selalu aku dengar.. perbezaan jadikan penghalang.. bukannya mahu perbaiki..pdhal baru 2 bulan kaple.. dah xnak semua bnde jdkan alasan..hampeh!
asdaf berkata…
mengungkit kene bertempat..tapi kalau semua benda sekecil kuman pon nak ungkit,bye3 je la..
sifat lelaki vd sifat perempuan??
Ibu Ammar berkata…
betul, mengungkit yg boleh terarah kepada +ve impak tak apa. jangan makin keruhkan keadaan hambik kau bala yg datang.
Tanpa Nama berkata…
hahaha..sungguh tepat kesemuanya...mcm ex aku,kejanya dok mengungkit je tp diri sendiri dok tak beringat...tak baik tau mengungkit ni mcm tak iklhlas ja,kalau dlm perhubungan la..
Teeha Mohd berkata…
kenapa ade pic kfcm ? teheeee
TheBentPencil berkata…
tahukah anda bahawa mengungkit kebaikan yang kita buat itu menghilangkan pahala benda yang dibuat?

tu je.
AlexiaAqram berkata…
mengungkit terbukti membunuh.

setuju?
Tanpa Nama berkata…
terfaktab=kamasutra? ==

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.