5 Benda Yang Patut Lelaki Buat Selepas Hubungan Yang Gagal.

Dewasa kini, aku lihat ramai betul lelaki kecewa dengan perpisahan. Kalau binatang ada musim mengawannya, manusia lelaki yang kacak juga ada musim kena tinggal. Memang banyak salah silap yang boleh kita teliti. Bagi aku, seorang lelaki yang hina dan keji yang selalu di ludah dengan kata-kata kesat, aku rasa dalam satu hubungan yang gagal tu, tidak ada salah satu pihak sahaja. Dua-dua ada peranan masing-masing untuk meruntuhkan hubungan yang telah terbina.

Dan yang paling penting, kita mesti belajar dari apa kesilapan itu. Hah. Dah tersimpang dari tajuk ni. Kini, bersama saya, penulis.sahaja., merungkai 5 langkah terbaik untuk lelaki buat selepas mempunyai hubungan yang gagal. Mari kita sama-sama lihat.

1. Tumbuhkan Jambang Perpisahan.


Murung. Sedih. Tak lalu makan. Mandi tak basah. Sangat klasik. Tapi itu memang antara benda kegemaran yang di lakukan baik lelaki ataupun perempuan. Bagi lelaki, tak cukup untuk bersedih sahaja. Lahiriah kan kesedihan anda dengan membiarkan jambang tumbuh di sekitar pipi dan dagu kau. Biar dunia tahu kau di dalam keserabutan. Bela lah jambang itu dengan penuh kasih sayang. Biar bekas kekasih kau tahu yang kau masih perlukan dia. Jambang itu tanda protes. Tanda kau masih sayang. Tanpa dia, kau hidup tak tenteram. Dah tak kenal mana satu gillete, mana satu colgate. Dengan dia, kau bersih dan teratur. Itu yang patut dia tahu. 

2. Tuliskan Lagu Perpisahan.


"Perpisahan itu, selalu terjadi, kepada insan yang bercinta, sungguh sedihnya rasa, apabila ianya terjadi." Pernah dengar lagu ni? Tak pernah? Maknanya kau tak hidup dalam tahun 90 an. Lagu hits dari KRU ini di ubah suai dari lagu lama Perpisahan Terasing. Kau tulislah lagu sebegini. Dengan ayat metafora dan bukan hiperbola melampau, dengan izin Tuhan kau mampu lebih tenang dengan perpisahan yang berlaku. Lepas dah tulis lagu, kod gitar semua lengkap, boleh sangat kau muat naik dekat laman youtube. Kalau sedap, adalah orang komen membina. Dari situ kau boleh rasa lapang dada. Selain itu, lagu perpisahan ini juga mampu di mainkan di tembok-tembok penghujung kampung di sebelah malam. Seeloknya selepas isyak. Main tepi gerai burger abang leman. Selain dapat menghiburkan hati yang duka, kemungkinan abang leman akan beri kau wang royalti kerana mampu tarik lebih ramai pelanggan.

3. Duduk Tepi Tasik/Laut


Tasik dan laut sangat sinonim dengan percintaan. Masa awal percintaan, kau minat dia, laut dan tasik juga tempat kau luah perasaan. Semasa bercinta, kau bawak si makwe tu ke pantai atau tasik untuk berjalan-jalan. Masa berpisah juga, aku sarankan kau jumpa balik tasik dan laut tu. Motif? Air laut di tasik yang tenang dan deruan bunyi ombak mungkin dapat buat fikiran kau tenang dan berfikir secara rasional tentang hubungan yang gagal tu tadi. Kau cari mana salah silapnya. Belajar untuk buat lebih baik lain kali. Merujuk perkara [2], kau juga menyanyi lagu perpisahan ciptaan kau di tepi pantai/tasik sambil main baling-baling batu ke dalam air. Dengan cara ini, ia simbolik kepada membuang perasaan sedih itu.

4. Duduk Tepi Mamak


Melepak adalah gejala yang kurang sihat. Tuntas ramai membenci kaki lepak. Kalau anda bukan kaki lepak, sangat rugi. Kerana melepak berejam-jam di restoran mapley (mamak), adalah antara 5 benda yang patut anda buat selepas perpisahan. Kalau bukan, kau patut menjadi kaki lepak mulai sekarang. Melepak sinonim dengan minum dan sembang dengan kawan-kawan. Oleh itu, kalau anda punya kawan-kawan bukan kaki melepak, anda harus ajak mereka melepak. Di sini kita dapat lihat mana satu rakan sebenar mana satu hanya kawan masa senang. Waktu cadangan untuk melepak ialah dari pukul 10 malam sehingga subuh. Yakni selepas isyak dan melakukan aktiviti [2] di gerai burger abang Leman, kau boleh terus bawa gitar dan kawan-kawan ke mamak. Jangan bermain lagu perpisahan pulak dekat mamak tu, tak pernah di buat orang. Bukan apa, sembang dengan kawan-kawan sangat elok untuk melupakan kisah duka. Jangan lah pula kau lepak mamak, tapi bukak cerita sedih kau dengan bekas kekasih kau. It is so not cool you know.

5. Buat Bodoh.

Ini adalah aktiviti yang paling efektif untuk di buat selepas berpisah. Tak perlu nak sedih lama-lama sangat. Tak perlu nak berguling-guling atas rumput (tahu tak rumput tu miang?) selepas berpisah. Tak perlu nak rasa diri tu rugi sangat selepas berpisah. Hidup lah dengan terbuka. Peluang masih banyak. Masa kau single ni lah kau boleh buat aktiviti-aktiviti ataupun benda-benda yang kau tergendala akibat punya pacar dulu. Contohnya kau lebih boleh fokus dengan aktiviti berakit bersama-sama Kelab Pencinta Kucing di Sungai Klang. Tak pun dahulu kau pernah jual burger bersama abang Leman. Tapi lepas berpacar, kau tinggalkan abang Leman sorang-sorang jual burger, masa ni lah nak sambung jual balik. Hidup terus. Sedih itu mestilah rasa. Tapi sampai bila? Bekas kekasih kau gembira dengan hidup dia lepas kau tak ada, dan kau boleh masih bersedih sebut-sebut pasal dia pada setiap orang? Buat bodoh sudah. Simpan rasa tu sorang-sorang dan teruskan hidup. Dia mungkin sempurna untuk kau, tapi yakinlah, isteri kau lagi sempurna dari dia. Kalau dia jodoh kau, dia mesti datang balik. Dan dia akan datang dengan lebih sempurna. Jadi mengapa perlu tergesa-gesa? Dekatkan diri dengan Tuhan. Dia ada semua jawapan.

Okdahbai.

Ulasan

mr_right berkata…
hakhak. tale blah nak tulis lagu perpisahan segale><

http://hafizilmi.blogspot.com/2011/08/sila-countdown-semester-baru-instead-of.html
mR.sAm berkata…
huuhuhu...nk try buat cmni r..simpan jambang pnjang2..huhuh~~~thank..hidup msih pnjang kan..yakin je...n sabr
qiuchungho berkata…
gua dah buat dah yang first tu...
masalah baru sekarang, mak gua suruh potong rambut ngan janggut yg dah memang serabai nie... kih3 :D
Tanpa Nama berkata…
kau?
SN berkata…
jambang tu mmg paling obius kot...haha
Wadi AR berkata…
turun naik berat badan sgt ketara. yes, aku mmg nampk perubahan tu
Cooleustary berkata…
jambang tu mcm Ted Mostby je haha...
kaizen berkata…
yg no 5 tu sempoi...
penulis.sahaja berkata…
@Tanpa Nama

aku? aku buat semua benda ni sampai lah ke ayat terakhir tu. :D

tapi part jambang tu aku tahan dua minggu je. rimas. haha.
Cikya berkata…
terus teringat edward cullen..
hahaha...
jambang oh jambang
Tanpa Nama berkata…
Patutlah ex aku ade jambang lps clash dulu..siap buat profile pic..kahkah
Ibu Ammar berkata…
bela jambang takleh blah. sian dowh. ekeke.

alaaaa. putus cinta baru namanya hidup. kemonlah. move on. sedih2 gak. tapi sampai bila nak sedih kan. life is short, rugi sedih lama2.
Uzair berkata…
musim kene tinggal. kekeke. tak tahan gila aku part tu.
Kaki Merapu berkata…
ada lagi kot, dok tepi longkang..dok tepi tingkap...dok tepi couple2 yg ngah berkepit sambil mengenang kisah lalu...eh byk lagi...hahahahha....
zey berkata…
peh. bela jambang segala? larilah customer abang leman woii!
zoobida wiwi berkata…
pantai itu menenangkan..sangat betol!
Izzah | zulkifli berkata…
perlu ke bela jambang bagai utk kasi sume org thu tga kusut?..

haha..terbaek lah.. =)
Tanpa Nama berkata…
kalu pompuan plak??ngeh3..
sYafIk-wAy berkata…
nampaknya cara yang terakhir tuh dah pernah aku buat . marvelous2 . haha
berkata…
Shiyet! Aku terbuat semuanya kecuali yang no 4.

Tapi, aku bukan spesis tumbuh jambang. Aku bela misai instead. Bayangkan Norman Hakim. Memang faktab bila ingat balik!
alfsfr.ali berkata…
ko lupe satu..

duduk dekat gaung, menangis kuat2 kemudian terjun.

hahahahaha

*idea bodoh drpd alipapai*
RastaMat berkata…
bela jambang macam loque..
baru 2 minggu dah kene maki dgn mak guwa..
terpaksa hensem2 semula..
hahaha..


ada member guwa, putus cinta terus belajar main gitar..
sekarang dah otai macam man kidal..
berbaloi..
ZeBentPenzel berkata…
saya suka ayat ini:
"Tapi sampai bila? bekas kekasih kau gembira dengan hidup dia lepas kau tak ada, dan kau masih boleh bersedih sebut-sebut pasal dia dengan setiap orang?"

true. applies to both sexes.

p.s. @mr_right dik letak URL pun tak guna dik, abang Aqram dah disable Right Click.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.