Berpuasa Cinta


Salam Ramadan semua!

Sorry, dah lama tak berFaktab dengan anda semua. Maklumlah busy kerja, study, dan tambah lagi dengan penulisan buku Terfaktab, hampir semua terlibat mengedit. Sudahnya blog ini agak terabai sedikit. Tapi takpe, kami rajin berada di Fanpage Terfaktab serta mention kami dalam @terfaktab, insyallah ada yang menjawab!


Anyway, topik ini berkisar puasa cinta. Ya, bukan setakat puasa Ramadan dan puasa Nazar dan puasa ganti saja yang wujud, puasa cinta juga amatlah diperlukan. Maksud saya ialah “berehat” sebentar dari bercouple atau mencari pasangan dan fokuskan kepada memanjakan diri dan memperbaiki personaliti.

Semenjak dua menjak ni saya tengok  agak ramai couple yang terputus. Yang itu curanglah, yang ini menipulah, yang itu cakap kasarlah, yang ini tak mahu kahwinlah, dan macam-macam lagi. Kadang-kadang sampai berperang FB, Twitter dan segala macam blog post dikeluarkan.

Antara tindakan melulu yang biasa dilakukan oleh orang yang putus, ialah mencari pengganti secara serta-merta. Kadangkala baru hari ni putus, lewat petang sudah bermanjaan dengan kekasih baru di dalam Wall FB. Baru putus dengan long-term girlfriend sebulan, dah bertukar-tukar kekasih—kejap dating di sana kejap dating di sini. Nak menunjukkan diri masih “market” aka “Laku” di pasaran. Satu lagi jenis, freely flirting dengan semua orang di social media. Tiba-tiba semua orang lain jadi sayang, darling, bushuk. Mana tahu flirting-flirting, sangkut sorang dua.

seolah-olah cinta itu dadah? [source]

Tapi tunggu dulu! Mungkin ini bukan tindakan yang baik. Melompat dari satu perhubungan ke perhubungan lain, tanpa rehat, adalah seperti kerja tanpa henti dua puluh empat jam. Atau makan tanpa henti sehari suntuk. Ya, sebab itu lah kita kena puasa bukan? Merehatkan perut selama sebulan setelah setahu disumbat dengan segala macam barang. Dan seperti sistem gastro-intestinal anda, sistem emosi anda juga perlukan rehat.

Rasionalnya adalah—sesuatu perhubungan itu, bagi saya, sejenis “kerja”. Kita “bekerja” untuk memenuhi keperluan emosi seseorang yang lain. Kita berusaha dari segi emosi, fizikal dan mental untuk membuatkan seseorag itu mencintai kita. Biasanya kerja kita ini ”terbayar” dengan balasan cinta kembali daripada si dia; namun—apabila tidak berbalas, sedang kita masih lagi bekerja memenuhi keperluan emosinya, ia menjadi bebanan kepada kita.

Hasilnya selepas terputusnya sesuatu hubungan kita menjadi penat dari segi emosi dan mental. Dan mungkin ada “parut-parut” lain terhasil, contohnya tidak lagi mempercayai lelaki/perempuan lain, menjadi pemarah dan pembenci, takut dengan komitmen dan macam-macam lagi.

Jika ini berlaku (dan ia biasanya berlaku), ambil masa berhenti seketika. Jangan terlalu terburu-buru masuk ke alam percintaan semula. Ditakuti kalau masuk lagi emosi  dan mental yang masih tidak sempurna, nanti perhubungan yang seterusnya tidak menjadi pula. Maka kita lebih kepenatan.

Itulah yang mungkin terjadi sebenarnya apabila seseorang mempunyai enam, tujuh sesi perhubungan berturut-turut tapi masih lagi kesemuanya gagal. Mungkin kerana kita tidak pernah berhenti seketika untuk merehatkan jiwa kita.
hanya masa boleh benar-benar memulihkan. [source]

Lagi satu masalah ialah apabila putus perhubungan  kerana kekurangan diri sendiri. Contohnya kekasih tinggalkan anda sebab terlalu pemarah, terlalu sosial, atau terlalu depress dan insecure. Kita kadangkala tidak menyedari kekurangan diri kita telah memberi kesan teruk kepada si dia sehinggalah dia “meletus” dan memberitahu perkara sebenar sebelum  kita ditinggalkan.

Keadaan ini akan menyebabkan kita samada menjadi atau terlalu kecewa dengan diri sendiri atau terlalu marah dengan si dia (biasanya berlaku kerana kita percaya ia bukan salah kita). Dan tindakan yang dilakukan seterusnya tentu untuk mencari yang lain bagi membuktikan kita boleh jadi lebih baik (atau membuktikan si dia salah).

Namun boleh saya katakan, breakup adalah titik tandaan mulanya masa muhasabah diri—pulihkan semua kerosakan emosi dan mental yang berlaku, serta betulkan kekurangan diri kita mana yang patut. Pernah saya kenali seorang  yang baik pekertinya, yang perkahwinannya berakhir bukan kerana salahnya. Namun nasihat yang dikeluarkannya pula begini “bila sesuatu macam ni berlaku, kita kena muhasabah diri dan lihat di mana kekurangan kita. Mungkin ada juga di mana-mana.”

Jadi ambillah time-out. Berhenti sebentar mencari pasangan. Puasalah. Cari hobi baru, iftar dengan kawan-kawan lama, buat aktiviti dengan keluarga. Apa saja boleh! Dan jangan lupa sambil tu lihat kekurangan diri dan berusaha memperbaikinya. Jadilah orang yang terbaik untuk diri anda sendiri dulu, barulah cari orang yang lain.

Adik ni bijak betei. jom join terfaktab. [source]


Sekian saja dari saya. Salam Ramadan, dan tunggu magazine Terfaktab yang akan muncul selepas Raya ini!

Ulasan

AsyieqiN Rkey berkata…
tak sabar tunggu magazine!!

puasa cinta..sounds good..hehehe
Unknown berkata…
Ha,post ceni best. terisi sket soul aku ni ha.
Wadi AR berkata…
single yang selesa
Ibu Ammar berkata…
betul3. jangan cepat je cari pengganti, rileks dulu. bagi ruang untuk diri sendiri.
Qaseh Dalia berkata…
jika kita senang mendapatkan cinta , maybe susah mendapatkan cinta sejati ..
Cob Nobbler berkata…
Aku tunggu bantal aku koyak - kalau tak jahit memang takkan repair.

Kalau tunggu2 boleh repair ke bantal yang koyak?

hahaha!
deylaSUPERB . berkata…
ngee . BEST GILA ! kene sgt dgn aku . mwahahahha . trimas ! :D
nots berkata…
waww ! ade magazine kah ? perhh , excited nak belii nihh ! HAHA D:
Unknown berkata…
giler best entry kali nie..

mmg ngh berehat dri bencinta dan sgt seronok bila xpkkan lg psl cinta :)
Wid Skyline berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wid Skyline berkata…
i'm enjoying my "holiday"

=)
Tanpa Nama berkata…
haha.. aku masih berpuasa cinta. 4 tahun sudah puasa cinta. rasa syok plak menyingle ni tp takot plak jodoh makin berat..

-masih puasa

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.